May 3, 2019

Sakit!!!

 Sakit!

Dah dipesan Allah, ini adalah jalan syurgamu. Jalan lurus.

Tapi kerana ada bunga-bunga indah ditepi jalan, langkah jadi perlahan. Kerana ada buah-buah enak yang ranum merendang, hanyunan kaki tertahan.

Merengek, merayu dan merajuk minta dipenuhi keinginan hati, tak dipeduli. Sedang dawai berduri dipasang, larangan jelas halangan melintasi, tapi degil.

"Aahh... Cabaran dan dugaan itu kan warna2 kehidupan yang mencorakkan perjalanan menuju kedewasaan..." Ayat penyedap hati.

Merah itu berani, biru itu berahi.
Merah itu marah, biru itu berserah.
Tafsir warna, rujukan kamus merapu. Bisikan dari yg tak nampak.

Sudahnya kawat duri dilanggar. Tangan dan kaki tercalar. Pedih. Hadiah hasil pilihan terlarang.

"Kan dah cakap! Dah pesan banyak kali... Jangan... Jangan... Jangan... tapi nak jugak. Sekarang rasakan!" Bebel yang ringkas, tapi menyakitkan.

"Allah dah bagi panduan, jalan senang nak ke syurga kan ada, kenapa pilih laluan duka? Simpang ke tempat merah menggelegak tu jugak yang dipandang mata!" Sel-sel otak berselirat. Serabut. Pedih telinga.

Sakitnya Tu Di Sini.

Insaf.

Ikutlah Al-Quran dan Hadis. GPS autodownload yang telah lama tersedia dari Yang Maha Kuasa.

Biru + Merah = Ungu
Warna kulit buku. Terharu.

*****

"Jangan pegang cawan tu, panas." Larang Umi.

Masih lagi si kecil mencari jalan nak menyentuhnya.

"Abi kata air tu panas. Tak boleh minum. Nanti lidah melecur." Kakak mengingatkan.

Tak peduli. Kalau lambat nanti abang habiskan sorang. Mana aci!

Ligat dia mencari peluang mendekati untuk merasai. Menunggu masa terlepas pandang.

Abi diam, tak berganjak. Tapi kelakuan adik masih dipantau. Menjeling dengan ekor mata.

Peluang!

Huaa!!!! Sakit!!!

Anak itu harus tahu bagaimana rasa bila panas disentuh untuk dia hindari kesakitan berulang.

"Haa... Dah tahu panasnya tu macamana? Nak rasa lagi?"

"Adik tobat tak akan buat lagi...." Sendu. Ada pengajaran disitu.

#BDC2019
#sakitnyatudisini
#bondanor

1 comment:

Nicole Short said...

Hello, thanks for posting this