Apr 20, 2019

Cermin Diri

Gara2 mengait buah mempelam, muka terpercik getah. 

Abaikan je. Tak rasa apapun. Macam kena percikan air saja. 

Dek kesibukan, petangnya baru melihat cermin. 

Ya Allah! Mana datangnya bintik-bintik hitam ni? Buruk benar. Benci melihat kulit muka yang dah "cacat". Walaupun ianya tak memberi kesan pada deria utama yang digunakan, tapi saya tak selesa. 

Allahu... 

Itu baru wajah fizikal yang tercemar. Udah benci begitu rupa. Udah gelisah. Merajuk dengan cermin yang tak pandai berbohong. Tak mahu melihat cermin kerap sangat kerana sakit hati dengan wajah baru. 

Kemudian, saya ambik langkah tegar. Gel aloe vera disapu. Hirisan tomato ditampal. Rendaman beras digunakan untuk basuh muka berkali-kali. Telor dibancuh madu dilumur. Segalanya kerana mahu kembalikan kulit asal. 

Tapi mana mungkin ia pulih dalam sekejap masa. The damage has been done. Huhu...

Ampun Ya Allah... Astaghfirullah.... Astaghfirullah... Astaghfirullah....

Bayangkan andai perangai buruk kita mampu dipaparkan oleh CERMIN. Agaknya bagaimana reaksi kita? 

Mampukah kita berdiri depan CERMIN, bercakap dan berbahas? Mengambil tindakan pantas untuk merawat "penyakit" yang menyakitkan mata yang melihat? 

Andai segala petua itu mampu "menghias" diri menjadi cantik di sisi Allah, saya mahu CERMIN itu saya miliki. 

CERMIN ajaib yang boleh membantu saya mencalitkan make up pada perangai, menghilangkan noda-noda,  menjadikan diri lebih baik dari sebelumnya. Saya mahu berusaha untuk "mendandan" amalan saya, agar bila sampai masa saya dijemput olehNya, roh saya glowing dan berseri. Anda bagaimana?

Saya malu sendiri. Terlalu banyak kekurangan yang perlu diperbaiki. Ampun Ya Allah...

Siri buku Bercakap Dengan Cermin mungkin membantu kita memiliki CERMIN itu. Jom beli dan baca!

#BDC
#BondaNor
#SPMBN

2 comments:

Akashah Kassim said...

jumpa blog ni tulis pasal BDC

Su Aznah said...

Blog ni antara penglibatan awal dalam proses luahan minda. Suara yang tak kedengaran, tapi berbicara sebagai pelepas rasa.