Jul 23, 2012

Apa dah jadi pada suara...?

Lama tak menulis. Rindu....

Suara diminda masih hidup. Masih bersnyawa. Alhamdulillah...
Tapi kenapa membisu tanpa bicara? Dan pencen dari menulis? Aduhai... Tak ada perancangan untuk berhenti mencatat cuma masa tak begitu mengizinkan.

Sibuk dengan akriviti Suara Picture. Tak banyak tugasan yang diterima tapi cukup untuk mengisi masa hujung minggu yang ada. Saya mahu memberikan yang terbaik buat mereka yang memberi kepercayaan untuk merakam dan mengabadikan kenangan. Dalam sehari, hanya dua jam mampu saya peruntukkan untuk mengedit dan men'design' gambar-gambar yang diambil.

Hasilnya? Alhamdulillah.... saya berpuashati dan setakat ini, mereka yang menyerahkan tugas pada saya juga berpuashati.

Apa yang saya dapat dari Suara Picture? Kepuasan. Terutamanya bila melihat wajah mereka yang tersenyum gembira saat saya menyerahkan hasil akhir.

Apa yang berbeza dengan hasil photographer lain? Saya tak layak untuk berkata yg hasil kerja saya lebih baik dari mereka. Setiap orang ada sentuhan yang berbeza. Dan saya hasilkan yg terbaik dari pandangan mata saya. Design saya berbeza setiap kali saya hasilkan album pengantin. Setakat ini idea saya masih belum kering. Syukur pada Allah...

Saya mahu doa saya mengiringi setiap laluan hidup mereka, lalu doa itu saya lakarkan di album. Saya mahu mereka berdoa untuk kehidupan yang bakal mereka lalui bersama, lalu saya bisikkan bicara jiwa disitu. Moga tiap kali mereka menatapnya doa itu mereka baca dan sebati dengan suara cinta mereka.

Rumahtangga pasangan kini banyak sekali dugaannya... Badai melanda tak kira masa. Saya tak mahu berhenti berdoa untuk mereka... Saya juga tak mahu mereka berhenti berdoa. Semoga setiap kali mereka membelek gambar itu, mereka akan berdoa... berdoa dan berdoa...