Feb 13, 2020

Makanan roh @ jasad

Good food is good mood.

So, kalau bad food, memang boleh menyebabkan bad mood.

Astaghfirullah hal'azhim...

....

"Kau ni kan, asyik makan je. Kau sedih, kau makan. Kau marah, kau makan. Kau happy, puuunn... kau makan. Abih tu, bila masa kau tak makan?" Bebel sahabat bila dilihat temannya itu laju menyuapkan kek dan ayam goreng ke dalam mulut. Macam dah seminggu tak makan.

"Aku sedih nih. Otak rasa bengang! Stress!" Jawab teman sambil meneruskan aktiviti suapan. Parah kalau gini la bahana sedih... 😲

"Kau makan macam ni, bukan boleh selesaikan masalah pun. Ini macam nak bunuh diri je." Sahabat menggelengkan kepala. Risau.

"Abih tu, kau nak suruh aku buat apa? Mogok lapar?" Geram teman bila mendengar kata sahabat yang tak memahami hati.

"Makan tu boleh. Tapi bukan makanan macam ni yang kau perlukan..." Nasihatnya pun bermula....

.....

Saat diri diselimuti gelisah, sedih dan marah teradun menjadi nanah, badan dan hati terasa begitu lemah.

Solusinya apa? Makan.

Makanan roh dan jasad.

Tapi makanan apa yang diperlukan oleh badan? Makanan yang lembut dan menyihatkan. 

Makanan yang membekalkan tenaga dan dalam masa yang sama melunakkan hati.

Makanan roh ialah apa yang dilihat, diucapkan dan yang didengar. Yang mampu mengisi dan merawat hati.

Harusnya yang baik-baik saja...

....

"Abih tu, kau cadangkan aku makan apa?" Soal temannya.

"Kau makan la makanan yang sejuk. Buah ke... Jus ke... Air madu pandan ke... Air kelapa muda ke... Insya-Allah, kau akan lebih tenang." Sahabat mencadangkan. Antara minuman yang banyak mempunyai effect penenang bila diminum.

"Makanan yang kau makan sekarang ni hanya akan sebabkan kau lagi sakit...." Sambungnya lagi. Temannya terdiam. Kunyahannya terhenti.

....

Bisikan syaitan mudah menguasai hati bila emosi kita dalam keadaan tak stabil. Lalu terhasillah penyakit fizikal seperti jantung, darah tinggi, kanser, kencing manis dan macam-macam lagi.

Bagaimana nak atasinya?

Kuasailah suara hati. Tipsnya banyak sekali dalam Al-Quran.

#jomhidupsihat
#sihatcararasulullah
#nasihatbuatdiri

Feb 1, 2020

Risau

Suaranya sedikit sengau, bersin yang kerap dan hidung berair. Disertai batuk² kecil. Tanda awal selsema.

“Abang dapat virus selsema dari mana nih? Ada kena hujan ke?" Soal saya sebaik saja mengesan kelainan dari suaranya sebaik pulang dari kerja.

"Takde kena hujan pun." Jelasnya ringkas.

Risau. Maklumlah, sekarang kan musim Corona Virus. Allahu....

.....

Bila penyakit datang, maknanya ada amaran yang badan mahu nyatakan. Mungkin ada sesuatu yang kurang dalam makanan. Kurang vitamin dan mineral.

Rehat secukupnya dan tambah apa yang kurang. Itu langkah pertama yang saya ambil.

Capai je dulu apa yang ada di dapur. Allah tu kan Maha Penyayang. Dia sentiasa memudahkan urusan hambaNya. Ubat untuk penyakit apa sekalipun, selalunya ada disekitar kita sahaja.

Yang diperlukan hanyalah sedikit usaha dan doa.

.....

Malamnya saya siapkan air rempah yang direbus, dicampurkan sedikit madu dan sepinggan kecil potongan nenas.

Teringat satu petua yang diberi oleh Dr Hisham Hashim, seorang perawat perubatan alternatif dari Perlis.

Katanya, jika ingin membuang kepanasan dalam badan menggunakan madu akibat demam, masukkan madu dulu dan diikuti dengan air. Kemudian dikacau dengan sudu mengikut arah pusingan tawaf. Insya-Allah, ia akan memberikan kesan yang diinginkan.

Kalau mahu membuang kedinginan dalam badan, gelas diisi air dulu dan kemudian baru masukkan madu.

"Abang habiskan air sebelum sejuk ya. Minum masa suam. Habiskan nenas ni sekali. Untuk vitamin C." Pesan saya sambil meletakkan gelas dan piring yang berisi di tepi komputernya.

.....

Pagi ni. Suaranya kembali pulih. Alhamdulillah. Tapi kebimbangan saya masih ada.

Sarapan. Air madu+rempah dan minyak zaitun. Saya pastikan dia minum sebelum melangkah keluar rumah.

Cuma breakfast pagi ni sedikit berbeza. Ubah sikit.

Kentang, kurma dan limau.

Ya Allah, semoga demam dan virus selsemanya terhalau terus 🤲

#ubatanalami
#menusihat