May 18, 2019

RnR

Kata bonda Nor, buku siri Muhasabah Diri, Bercakap Dengan Cermin tak dirancang awal. Segalanya berlaku secara spontan.

Saya tak ingat dari mana saya dapat info tentang Seminar Penulisan Mega Bonda Nor tahun lepas. Saya juga tak mengenali dia sebelum menyertai seminar itu. Tapi entah bagaimana hati tergerak untuk mendaftarkan diri. Bukan dekat, dibuat di KL sinun... Saya pula di Kelantan sinin...

.....

RnR. Redah dan Redha.

Tanpa ada matlamat nak terbitkan buku, sekadar mahu belajar, saya redah je. Naik bas pagi, masuk seminar. Abih seminar, naik bas semula, balik kampung.

RnR. Rehat dan Rawat.

Tadah telinga, tadah ilmu. Dengar untuk tahu. Dalam masa yang sama, mahu rehatkan minda dan rawat jiwa. Itu matlamat saya.

.....

Saya kagum dengan mereka yang korbankan masa untuk berdakwah. Amal makruf nahi mungkar. Beruntunglah mereka di akhirat kelak.

Saya?

Ilmu yang kurang, semangat yang kusam dan jalan yang berbalam-balam. Tak nampak jelas arah mana yang mahu dikejar. Sedangkan usia semakin hampir ke penghujungnya.

Dakwah santai melalui penulisan. Itu yang menarik hati saya saat bonda Nor berbicara.

Ketika dia mengedarkan surat tawaran untuk menyumbangkan karya bersama dalam antalogi BDC, saya menangis kesyukuran.

Saya tak tahu saya mampu atau tidak, tapi saya ingin cuba. Demi matlamat yang satu itu, saya mahu menyahutnya. Perjuangkan Syurgamu!

.....

Bila Bonda Nor memberitahu tentang royalti yang akan diserahkan sepenuhnya, 💯% pada Rumah Anak Yatim Baitul Jannah Kedah, hati riang berbunga.

Saya tak punya wang berkepuk-kepuk untuk membina dan menguruskan badan sebegitu. Tak ada semangat yang kental untuk bergerak ke arah itu. Tapi BDC membuka jalan, melebarkan ruang tanpa perlu mengeluarkan 💰 dari akaun sendiri. Allahu...

Bonda Nor tak merancang untuk menerbitkan antalogi BDC. Saya tak merancang untuk menjadi penulis. Tapi sungguh Allah yang Maha Perancang. Dia menyilangkan takdir kami. Menyimpulkan pertemuan 215 penulis dalam satu antalogi.

.....

"Sehebat manapun buku, tak ada gunanya kalau tak ada orang baca. Tugas kita ialah bagitahu kewujudannya. Sampaikan pada kawan, pada sahabat. Allah yang akan gerakkan hati orang untuk beli dan baca." Kata Bonda Nor yang buat saya mengerakkan jari di sini.

.....

Team kami sekarang sedang melancarkan Projek Wakaf buku-buku Siri Muhasabah Diri, *BERCAKAP DENGAN CERMIN.*

*1 Lot wakaf ada 9 buah buku bernilai RM180.*
Tuan puan boleh juga wakaf sekurangnya sebuah buku, *HANYA RM20* sahaja.

Tajuk-tajuk buku BDC ialah :

1) Berani Berhijrah
2) Tamparan Takdir
3) Jalan Pulangku
4) Meludah Ke Langit
5) Bumerang Kasih
6) U-Turn Ke Syurga
7) Perjuangkan Syurgamu
8) Seadanya Kuterima
9) Sakitnya Tu Di Sini

Cerita tulisan saya ada di dalam buku *Sakitnya Tu Di Sini*

Sesiapa yang berminat untuk membeli mana-mana buku pilihan atau mahu terus menyertai projek waqaf buku kami, sila klik
https://orderbukubdc.wasap.my

Semoga Allah membalas niat baik kalian.

#jombelidanbaca
#jomwaqafdankutippahala
#BDC2019
#bondanor
#sakitnyatudisini
#perjuangkansyurgamu

No comments: