May 19, 2019

Kembali padaNya

Ustaz Hassan Din. Sebelum Ramadan bermula, dia dijemput Allah.

Faziani Rohban Ahmad. Sebelum Ramadan berakhir, dia menghembuskan nafas terakhir.

Innalillah hiwainna ilai hira ji'un.

Allahu... Semoga Allah tempatkan mereka dikalangan hambaNya yang dikasihi.

Al-Fatihah.

Puan Faziani, pengasas D'nars Skincare terlibat dalam kemalangan di Pattani, Thailand ketika dalam perjalanan untuk menyerahkan zakat ke sekolah pondok tahfiz di sana.

Dia tak pernah saya kenali secara peribadi, walaupun pernah bersalaman dengannya beberapa kali. Pernah menghadiri majlis di rumahnya juga. Namun, saya kenali orang-orang yang rapat dengannya. Keluarganya dan pekerjanya.

Tak pernah sekali saya dengar orang berbicara buruk tentang dia. Keramahan dan kemurahan hati beliau yang kerap diperkatakan.

Dia kembali pada Penciptanya saat dalam perjalanan melaksanakan ibadat zakat. Perginya pula dibulan penuh keberkatan, Ramadan.

Saya membaca dan merenung berita pemergiannya penuh syahdu. Terlintas difikiran, aku nanti bagaimana ya?

Tak pernah diberitahu, berapa banyak masa yang Allah berikan untuk menumpang bumiNya ini. Lalu, setakat mana persiapan kita untuk menghadapi hari kembali?

Apa yang boleh kita bawa dan apa yang mahu kita tinggalkan untuk bekal kita yang berkekalan?

Dengan ilmu dan amal yang tak seberapa, layakkah kita melangkah masuk taman idaman?

Yang bakal kekal membantu saat kita telah tiada hanya 3 perkara; anak soleh yang mendoakan, ilmu yang dimanfaatkan dan sedekah jariah yang disalurkan.

Semoga Allah ringankan tangan dan hati kita untuk berinfaq. Pilih saja bagaimana, apa, berapa dan dimana.

Salah satunya ialah projek waqaf buku BDC.

Tak pernah memaksa. Yang penting, ikhlas.

https://orderbukubdc.wasap.my

#BDC2019
#jombelidanbaca
#jomwaqafdankutippahala
#muhasabahdiri
#akukankembalipadaDia

No comments: