May 19, 2019

Kisah Kita

Kami mendapat arahan dari mentor. Hanya 1200 patah perkataan untuk setiap kisah yang ditulis. Kata Cikgu Muhammad Syafik, ini antara syarat utama bonda Nor yang perlu dipatuhi.

Ianya haruslah pengalaman sendiri yang menukar persepsi. Kisah yang menjentik hati. Mengubah sikap yang dulu menjadi diri hari ini.

Termenung saya dibuatnya. Gelap fikiran. Sarat dengan pelbagai kenangan. Pedih dan sedih. Resah dan gelisah. Rindu dan sendu. Seram dan kelam. Segalanya bergaul dan mengelirukan.

Mana satu nak dipilih? Saya tak mahu kisah duka menjadi cerita. Selama ini esak tangis disimpan saja.

Bila rasa dosa menghimpit dada, hanya dengan Allah saya kongsi rasa. Allahu... Malu nak mengaku sebagai pendosa walaupun saya tahu, semua manusia sama. Tak ada insan yang sempurna kecuali Rasulullah.

Kalau tak mahu kisah yang menjerut rasa dan memerah airmata, habis tu, nak tulis kisah gembira? Ada pengajaran ke?

"Abang ingat tak semua kenangan kita? Apa yang paling berkesan?"

"Ingat!" Jawabnya yakin.

"Betul?" Agah saya. Kerana setahu saya lelaki ini bukan seorang yang terlalu sentimental. Fikirannya lebih banyak diguna untuk menyimpan fakta yang penting saja.

Kenangan yang biasa-biasa, mudah saja disapu masa. Lagipun yang terkesan ialah saya, bukan dia. 😄

Kisah yang saya pilih ialah kisah antara saya dan dia. Kisah perjalanan rumahtangga semasa proses memahami dan menerima.

Saya agak, banyak kisah yang hebat dan berat telah dikongsi oleh sahabat penulis.

Lalu, saya catatkan kisah saya yang ringan. Dalam jerut rasa sakit dan perit, ada indah yang terpahat, ada pengajaran yang tersemat.

Kisah saya ada dalam buku Sakitnya Tu Di Sini. Nak tahu? Jom beli dan baca.

Tapi jangan ketawakan saya ya! Ai shai la.... Ahakss... 🤗

Sila klik
Https://orderbukubdc.wasap.my

#jombelidanbaca
#jomwaqafdankutippahala
#BDC2019
#bondanor

No comments: