Jan 28, 2020

Labu


Healthy breakfast. Boleh je kalau nak makan untuk lunch, atau dinner...

No rule, no restrictions.

Simple, mudah dan paling penting sihat.

.....

"Sira labu! Sedapnya!!!" Mata saya bercahaya setiap kali ada sira labu di majlis kenduri-kendara. Memang sepinggan pun boleh abih.

Manis, harum, lemak dan lembut. Terasa seolah mencair di mulut.

Itu dulu. Dan sampai sekarang pun masih suka. Cuma semenjak menjalankan kempen zero sugar nih, saya memang saya elakkan makan sira labu.

Saya sesuaikan resepinya. No sugar at all. Lebih sihat dan tetap berkhasiat. Insya-Allah.

....

"Abang ingat lagi, arwah tok mek selalu ada simpan labu kat rumah dia. Besaaarrr buahnya. Mungkin sebab buah tu boleh tahan lama. Sebab tu dia selalu beli dan simpan." Suami sering bercerita tentang arwah neneknya. Tok mek yang tak sempat saya kenali.

"Abang rasa labu tu besar sebab abang kecik masa tu..."

Cara dia gambarkan kebesaran saiz labu tu, sehingga saya membayangkan labu dalam cerita dongeng Cinderella. Labu yang pari-pari tukar dan buat kereta kuda tu la... 🀣🀣🀣

.....

Labu adalah antara makanan yang disebut dalam Al-Quran (Ash-Shaaffat:146).

Ketika Nabi Yunus dikeluarkan dari perut ikan, dia dalam keadaan lemah dan sakit. Lalu Allah tumbuhkan sejenis pohon untuk memulihkan kesihatannya. Tumbuhan itu adalah labu.

Ia juga adalah makanan kegemaran Rasulullah. Kisahnya ada dalam beberapa hadis yang diriwayatkan.

Khasiat labu yang diceritakan dalam buku Metode Pengubatan Nabi juga panjang lebar. Pendek kata, ianya memang digalakkan untuk dimakan.

....

Ahhh.... Rindunya saya pada masakan arwah Ma. Labu masak lemak... πŸ˜”

#menusihatalami
#nosugarpls

Jan 27, 2020

Gurau

Hati-hati dengan kata. Tersalah bicara, buruk padahnya!

.....

"Lebat betul hujan semalam. Mesti sebab kau menyanyi nih." Pecah tawa kami dek gurauan teman.

.

"Pancaran kepala kau tu lebih hebat dari matahari. Silau mata aku..." Dia tersengih sambil mengusap-usap kepala yang baru dibotakkan.

.

"Tumpang lalu ye tok. Cucu nak masuk melihat-lihat je." Sesekali matanya melilau, pokok-pokok hutan yang tegak mencanak di sepanjang kiri dan kanan perjalanan amat menyeramkan. Kawasan keras kata orang.

.....

Sebenarnya, apabila kita menyatakan sesuatu yang tak sepatutnya, kita telah meletakkan akidah kita dalam keadaan bahaya.

Walaupun sekadar gurauan, walaupun sekadar bisikan, tapi ia mungkin membuatkan syaitan bersorak kegirangan.

Astaghfirullahal'azim...

#jagahatijagakata

Jan 26, 2020

Kita berbeza

"Kak Su buatkan teh herba untuk Yah deh! Teh campuran halia + kunyit + serai + madu + limau kasturi. Nak tak?"

Dia mengangguk.

"Tapi kunyit tak mahu boleh? Tak suka baunya." Permintaan.

"Cubalah dulu. Sebab ianya bagus untuk organ dalaman orang perempuan. Nanti Kak Su letak sikit daun pandan untuk kurangkan bau kunyit." Saya berdegil mahu dia cuba.

"Ok. Yah cuba." Dia mengalah.

"Kak Su letak beberapa hirisan je." Jelas saya. Lalu saya siapkan rendaman bahan-bahan tadi dalam mug yang berisi air panas dan ditutup.

Bila suam, saya campurkan madu dan limau kasturi.

"Boleh telan?" Tanya saya sambil memandang reaksi wajahnya.

"Kalau setakat ni, boleh je Yah telan." Alhamdulillah...
πŸ˜ƒ

.....

"Kak Su, lepas minum air tu, Yah jadi pening la." Dia memberikan feedback. πŸ˜’

"Oohhh... Ye ke? Alahai..." Saya simpati bercampur rasa bersalah. πŸ˜₯

Kemudian saya teringat, dia ada masalah darah rendah. Seharusnya saya campurkan sedikit garam Himalaya atau garam laut untuk elakkan masalah ni.

Memangnya orang yang mengalami darah rendah, elok kalau diberikan minuman bergaram. Tapi bukan garam dapur. Sebaiknya garam yang punya mineral baik seperti Himalaya salt atau sea salt. Itu yang diajar, tapi saya ambil mudah, saya lupa, saya leka...

Allahu... 😣

Maaf ya Yah... Mahu membantu tapi memberi masalah lain kerana terlalu teruja nak berkongsi ilmu sihat alami yang kak Su pelajari dan amalkan.

πŸ˜ͺ
.....

Saya tak seharusnya mengandaikan setiap orang akan memberikan impak yang sama kerana daya tahan badan antara individu juga berbeza.

Hakikatnya, setiap individu perlu sesuaikan resepi dengan kemampuan badan. Tiada siapa yang lebih memahami badan kita, selain dari diri sendiri.

Memangnya ada orang alah dengan kunyit. Boleh saja diabaikan penggunaannya. Kalau tetap mahu kerana khasiatnya yang amat baik, mulakan dengan sehiris dulu.

Sedikit pengubahsuaian, mungkin mampu menyelesaikan isu kepeningan atau masalah lain. Insya-Allah.

.....

Perjalanan menuntut ilmu kesihatan alami masih jauh. Saya harus terus mencari dan mencari. Harus terus meminta dan merayu pada Dia agar membimbing saya.

Jangan mudah lemah...
Jangan cepat mengalah...

Sungguh saya yakin dengan janji Allah. Saat Dia mencipta manusia, pasti Dia juga sediakan 'spare part' kita.

Pasti ada bahan yang serasi dengan diri dari sumber alam. Kita cuma perlu cari dan cuba apa yang sesuai. Kita cuma perlu meminta dari Dia, Pencipta kita...

Ya Allah... Berikan kami kesihatan yang baik, agar dengannya nanti, kemampuan ibadah kami juga dapat dilakukan dengan lebih baik...

#sihatcaraalami

Jan 23, 2020

Air rempah

Cuti-cuti gini, memang payah nak jaga makan. Selalu terlanjur. Selalu tersengajakan. Selalu terrr.... aje. Huhu...

Adehh... Alasan memang selalu ada je kan...🀭

.....

Usai solat Subuh, kami singgah rumah adik Ipie. Mat dan Nadiah dari Terengganu pun balik jugak. Ambil peluang cuti begini untuk berkumpul dengan keluarga.

“Abang call Mat kejap.” Suami mengambil tindakan segera. Dah berada depan rumah, baru call. Ad-hoc sungguh... πŸ˜†

Kononnya nak ajak breakfast kat luar sambil cari lauk. Sempatlah minum air herba sebelum makan. Saya berkira-kira sendiri.

Tapi...

"Mat dah beli nasi. Marilah naik." Ujarnya saat dinyatakan hajat. Alamak...

Sudahnya nasi ayam cobek Kg Bukit mendahului acara ‘gapo dulu hok masuk perut’ hari ini. πŸ˜…

Apapun, Alhamdulillah.

Rezeki jangan dijeling, hadap je terus dengan rasa syukur. 🀲

Kenyang sehingga ke petang harapnya. Menu tengahari nanti, kita masuk majlis timbang tara dulu... πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

.....

Takpe. Tunggu 2-3 jam, kita minum air herba pulak. Menu mudah.

1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
1 sudu madu

Rebus 3 bahan rempah seketika. Biarkan suam dan masukkan madu. Siap untuk diminum!

Khasiat kayu manis.
Mengandungi antioksida yang berperanan untuk menjaga jantung, menurunkan kadar gula, anti kanser, mencegah infeksi dan virus.

Khasiat bunga lawang.
Mempunyai unsur penenang, memperbaiki masalah tidur dan membantu meringankan masalah saraf.

Khasiat bunga cengkih.
Anti kanser, membunuh bakteria penyebab penyakit, menguatkan fungsi hati dan tulang, membantu masalah ulser dalam perut dan membantu mengawal kadar gula.

Khasiat madu.
Antara makanan terbaik di dunia yang Allah hadiahkan pada kita manusia. Merupakan antioksida dan mengandungi terlalu banyak kebaikan dan unsur penyembuhan.

.....

Jika tak mampu amalkan secara betul dan istiqamah, jangan tinggalkan terus. 😁

Jom sihat!

#sihatcaraalami

Jan 22, 2020

Metode Pengubatan Nabi

Hati saya dipagut pilu setiap kali mendengar dan membaca kisah saudara mara dan sahabat handai yang diduga dengan masalah kesihatan.

Saya juga ada dugaan sendiri walaupun tak sehebat sesetengah mereka. Alhamdulillah....

.....

Kemudian saya sedar, betapa Allah itu Maha Pemurah dan Penyayang. Dia sediakan ubat hanya di sekitar kita sahaja, dengan kos yang rendah dan ikut kemampuan.

Lagi lama saya renungi bicaraNya, lebih jelas apa yang cuba disampaikan. Hanya saya yang kabur dan semangat kendur... Melayan hati yang mudah teradun dengan bisikan syaitan. πŸ˜₯πŸ˜ͺ

.....

Saya bukan pakar perubatan, bukan juga pakar pemakanan. Tapi ilmu Allah tak terbatas. Kita hanya perlu mencarinya.

Lalu, saya ketepikan kelemahan diri, mencari kaedah yang terbaik untuk hidup sihat. Mencari formula dalam Al-Quran dan Hadis, buku-buku kesihatan, kursus-kursus dan juga perkongsian di YouTube.

Allahuakbar... Banyak sekali yang saya temui. Banyak sekali yang ingin saya kongsi.

Insya-Allah, semoga diizinkan satu ketika nanti. Saya perlu mantapkan dulu diri sendiri, penuhi dada dengan pengetahuan sebanyaknya, asah keyakinan dan saya akan kongsikan secara percuma.

Itu legasi saya. Saya mahu sihat dan mahu orang lain juga sihat. Sihat roh dan jasad, sihat zahir dan batin.

Andai tidak keberatan, mohon aminkan doa dan impian ini agar jadi kenyataan.

#sihatcaraalami
#qurandanhadissebagaipanduan
#Rasulullahidolasihat

Jan 17, 2020

Kidney bean

My hubby is my tester. Dengan kata lain, my mangsa untuk menerai menu baru. Haha... πŸ˜…

"Ok tak kalau masak macam ni?" Soal saya mahu mendapatkan feedback dari suami.

"Ok... Ok..." Jawabnya sambil terus menyuapkan nasi ke mulut.

Alhamdulillah... Lulus! πŸ˜„

Ye lah... Yang saya nak jaga kesihatannya adalah dia... Kalau dia boleh telan, maknanya bolehlah saya masak lagi...

....

Kacang merah.
Dalam bahasa Inggeris, red bean.
Atau kidney bean.

Gabungan nama kidney dan kacang  (bean) cukup sepadan dengan rupanya.

Bentuknya sama. Serupa. Seiras. Khasiat kacang merah melengkapi fungsi organ dalaman kita, buah pinggang.

Tapi berapa kerap kita mengambilnya dalam diet harian? Dalam bentuk apa? Selalunya bubur atau inti kacang atau ABC. Yang ditambah gula, susu dan santan.

Menu sihat? Tidak lagi bila digabungkan sebegitu cara.

Rugi betul...

.....

Banyak kali info tentang kesihatan melintas di Whatsapp dan juga FB.

Banyak yang saya baca sekadar untuk pengetahuan, bukan untuk dipraktikkan. πŸ˜“

Angkuh amat, kan? πŸ˜’πŸ˜©

Ampun Ya Allah... πŸ˜ͺ

.....

Allah punya pelbagai cara untuk berkomunikasi dengan kita. Bahasa alam. Bahasa yang tak perlukan suara dan isyarat. Cuma perlukan pemerhatian.

Yang membuatkan saya teruja ialah kacang juga ada disebut dalam Al-Quran. (2:61) πŸ˜ƒ

.....

Lalu misi kidney bean dimulakan... Jeng jeng jeennggg....

Makan tengahari yang diminta suami ringkas sahaja hari ni. Nasi goreng.

Lalu saya masak nasi dengan red bean dan kemudian buat nasi goreng. Tak guna sos cili, kicap dan tak guna garam langsung.

Sekadar bawang putih, sedikit sos tiram, sesudu ikan talam kering dihiris halus dan sayur-sayuran.

Bahan tambahan ialah lada hitam atau lada sulah. Ianya ibarat bahan perasa yang meng... extend kan lagi rasa. (Maaf, tak tahu perkataan yg sesuai.)

Maksud saya, ianya adalah bahan penambah rasa semulajadi. Tapi ia bukan bertindak seperti Mr Ajinomoto, yang menyesuaikan rasa dengan lidah kita. 

Kalau garam biasanya guna sesudu, bila masukkan lada hitam, saya hanya guna setengah sudu saja. Pure black pepper. Rumah buatan... Ehh.. Buatan rumah la (homemade). 😁

Gitu lah lebih kurang resepi sihat yang boleh saya kongsikan hari ni.
 
Selamat mencuba!

Psstt... Yang nak kurus pun patut gunakan kacang merah ni tau... (Sila baca info di foto).

#menusihatalami

Jan 16, 2020

Jihad sihat

Kata mahu taat pada perintah Allah.

Kata cinta dan sanggup mencontohi apa saja sunnah Rasulullah.

Kata mahu berjuang untuk ummah.

Kata mahu menyumbang untuk agama tanpa berbagi belah.

Kata mahu kuat menjunjung aqidah.

Kata mahu setia membenteras salah.

Semangat! Kononnya sedia untuk berjihad! Demi Allah!

Tapi... Nyata masih gagal menahan nafsu. Tersungkur... Selalu begitu. πŸ˜ͺ

Nak tolak gula pun payah... Sedang tahu itu membawa musibah. Yang boleh membuatkan kita lemah dan rebah.

Jom #saynotosugar!

Jan 14, 2020

Nanas

"Tak payah makanlah empulur nenas tu. Keras. Buat sakit gigi dan gusi je nanti." Itu yang pernah saya cakapkan. 😣

Sekarang.

"Eehh... Jangan buang empulur tu. Su nak blend buat air. Banyak kandungan vitamin nih." ☺️

πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„
.....

Kejahilan yang merugikan. Biasalah kan... Nak yang sedap je. Yang tak sedap, buang. 😝

Hakikatnya, yang selalu kita buang itulah yang merupakan yang terbaik untuk dikonsumsi. πŸ˜ƒ

Nenas adalah buah yang amat banyak khasiat dan kandungan vitaminnya.

Tapi sebaiknya gunakan yang segar dan bukan yang diproses atau dalam tin. Lagipun ianya buah yang senang dapat dan tidak bermusim. 🍍🍍🍍

Maha Pemurah Allah yang memberikan kita satu produk kesihatan yang mudah dan murah. Tinggal lagi, nak atau tak nak.

Nak tahu kelebihan nenas? Google atau klik sahaja πŸ‘‡
https://www.bidadari.my/manfaat-nanas/

.....

Minuman sarapan untuk pagi ni.

Empulur nenas
Batang celery
Limau kasturi
Halia

#nosugarpls

Memang sedap. Nak khasiat lebih, letakkan 3 ketul ais Aloe Vera yang disimpan bekukan.

Permulaan yang sihat. Warm up for my dear intestines!.  😍

#menusihatalami

Resepi mudah dan sihat

Kata pakar pemakanan, nak sihat, kurangkan guna minyak.

Ok. Jimat.

Nak maksimumkan khasiat sayur, sebaiknya kukus.

Ok. Steam.

Nak kukus, kena beli pengukus ke?

Tak payah. Letak je atas nasi yang dah hampir masak. 3-5 minit dah cukup.

Ok. Jimat lagi.

Tak payah beli pengukus. Tak perlu masak. Tak bazirkan gas. Tak payah basuh periuk/pengukus.

Jimat air, jimat sabun, jimat masa.

Bukan malas tau. Tapi nak sihat. 😁

Ini cara saya.

Diizinkan tiru kalau mahu. πŸ˜‚

....

Telur dadar kacang botol.

Dua dalam satu.

Setengah sudu minyak. Tumis bawang dan masukkan kacang botol. Panaskan hanya setengah minit. Masukkan telur. Lipat bila telur setengah masak (ini cara nak selamatkan protein telur dari rosak terus).

Taburkan serbuk lada sulah untuk rasa yang lebih enak.

Telur yang lembut digabungkan dengan rangup kacang botol. Alhamdulillah... Sedaaapp!πŸ˜‹

 #menusihat

Jan 9, 2020

Khasiat Halia

Masya-Allah...

Rupanya halia itu adalah minuman dari syurga!

.....

Dulu.

“Nak order apa bang?” Tanya adik yang mengambil order.

“Teh halia ada?” Tanya suami kembali.

“Ada.” Jawabnya ringkas. Lalu suami mengangkat jari telunjuk, mengisyaratkan satu order dibuat.

“Air halia? Eeeiii... Mesti pedas.” Saya membayangkan rasanya. Tak sanggup nak minum rasanya.

.....

Sekarang.

“Air apa nih?” Tanya kak Nun, sepupu yang baru sampai pagi tadi.

“Cubalah kak. Air herba. Bagus sangat!" Sokong Hasni beria-ia. Strong recommendation.

"Apa bahan-bahannya?" Soalnya ingin tahu.

“Halia, serai, kunyit, ketumbar dan lada hitam. Bagus untuk keluarkan toxic dan perbaiki sistem badan.” Jelas saya berlagak pakar. 😝😝😝

Pembuka perut. Breakfast. Rare. Mana ada orang bagi tetamu minuman macam ni. Jimat gula! πŸ˜…πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Aiishhh... Bukan calang-calang minuman nih. Minuman syurga tau!😍

Sebab tu lah ia kaya dengan kebaikan berganda-ganda.

Semoga dengan rasa yang diberikan, yang mencicipinya lebih bersemangat untuk beribadat. 🀲

Jom sihat!

#menusihatalami

Ubati diri sendiri

"Abang, Su nak mintak cuti masak hari ni boleh?" Mesej dihantar.

"Boleh. Tapi kenapa?" Soalnya kembali.

"Tak larat. Sakit badan. Letih. Malas. Rasa nak demam." Uihh... Banyak betul alasan untuk permohonan cuti tak rasmi. 😡πŸ₯΅πŸ₯ΆπŸ€•πŸ€’πŸ€§

"Ok. Rehatlah. Tak payah masak. Nanti kita beli atau makan kat luar." Balasnya lagi.

Alhamdulillah... 😘

.....

Bila badan tak berfungsi seperti sepatutnya, saya sering mengambil alternatif pertama; rehat. πŸ€’

Mungkin hanya itu yang badan saya perlukan.

Bila sakit kepala, saya lebihkan sujud. Mungkin otak kurang oksigen dan hati pula kurang vitamin iman.

Bila telinga rasa bengang semacam, mungkin itu disebabkan dosa mendengar sesuatu yang tak sepatutnya, lalu saya cuba perbanyakkan bacaan Quran. Dengan suara yang sedikit nyaring dari kebiasaan.

"Bacaan ayat-ayat Quran tu adalah syifa'. Lagi sakit, lagi banyak baca Quran. Kalau tak mampu, banyakkan dengar." Pesan guru Quran saya, Ustazah Wan Khadijah. 

Ada kala mata berpinar, tak mampu membaca, mata berat disertai dengan sakit kepala (mungkin kerana banyak melihat perkara tidak berfaedah), lalu saya pasangkan bacaan Quran dan akhirnya terlena.

.....

Kemudian, saya banyakkan makan sayur dan buah. Guna segala yang ada di dapur sebagai bantuan ke arah kesembuhan secara alami.

“Tidaklah Allah menurunkan penyakit kecuali Dia juga menurunkan penawarnya.” (HR Bukhari).

Dalam satu-satu masa, di rumah saya mesti ada lebih dari 2 jenis buah.

Saat saya menulis ini pun, di rumah ada limau, pisang, delima, nangka, nenas, lemon, mangga... Tak termasuk lagi buah terung, cili, timun, buah kabung, buah kurma, buah tin, kismis, buah ulu (baulu).... πŸ˜†πŸ˜…

Oohhh... Ada satu lagi; buah kelapa. πŸ˜ƒ

Semua tu rezeki. Yang dibeli, ditanam dan yang orang sedekahkan... Alhamdulillah.

Tinggal hanya perlu dimanfaatkan saja. Dimakan untuk kenyang, untuk kesihatan dan kesembuhan.

Akhirnya sakit itu hilang sendiri. Demam yang dialami kebah tanpa disedari.

Sakit itu sebenarnya cara Allah memberikan signal bahawa ada sesuatu yang perlu diperbaiki.

Hati dan jasad saya perlukan vitamin tambahan. Bukan supplemen yang perlu diorder dan dicari serata dunia. Hanya gunakan saja apa yang dah tersedia di depan mata.

Saya memang liat nak makan ubat. Selagi boleh dielak, saya memang tak mahu.

Saya fikir... Kenapa saya harus mencari ubatan yang menghapuskan peringatan Allah?

Saya hanya perlu kembali pada Dia...

“Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkanku.” [Asy Syu’ara: 80]

#muhasabahdiri
#ubatanalami
#vitaminrohdanjasad

Jan 7, 2020

Air santan?

Selepas menonton YouTube Dr. Zaidul Akbar tentang kelebihan kelapa; air kelapa muda, air kelapa tua dan santan, saya terus memasang niat untuk memaksimumkan penggunaan kelapa dalam penjagaan kesihatan.

Kemudian saya menonton YouTube Dr. Noordin Darus tentang empat minuman pengganti susu terbaik di dunia. Salah satunya adalah santan.

Wahh...Saya benar-benar teruja. Mudah, sihat dan... murah!

Apalagi.... Cuba je lah... πŸ˜ƒ

.....

"Maksu, balik kelas nanti kita singgah umah Kak Yah kejap ya. Nak beli santan."

"Nak masak apa?" Soalnya.

"Nak minum!" Jawab saya sambil tersengih.😬

"Minum?" Membutang matanya mendengar jawapan saya. 😲

πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

.....

Setakat ini saya mencuba dua resepi.

Santan + air kelapa muda + aloe vera

Dan...

Santan + buah kabung + air nabes (air dari kurma yang direndam)

#zerosugar

Masya-Allah. Sedap sangat! Rasanya lemak + manis + wangi. Memang tak ada nikmat seperti ini pada air susu biasa. πŸ˜„

Terus saya jatuh cinta dengan santan... 😍

....

Setelah dua kali mencuba, saya dapati...

1. Rupanya bila minum santan segar mentah, tak menyebabkan sakit perut punnn.... Asalkan bersih.
2. Rasa kenyang yang lama bertahan. Bagus sekali untuk yang mahu menurunkan berat badan.
3. Jangan risau. Santan segar yang diminum tidak akan menjadi lemak yang terkumpul bila diminum begitu saja.

Tak percaya?

Dengar saja penjelasan Dr. Noordin Darus dalam YouTube. Penerangan dia mungkin lebih jelas dan meyakinkan.

Yang penting, ianya sihat dan sedap!

#menusihatalami

Jan 5, 2020

Ibu mentuaku

Tersengih sendiri.

Setiap apa yang dilakukan, selalu ada bayangan dia di situ.

Selalu ada kenangan yang buat saya tersipu.

Selalu ada ajaran yang diselitkan, membawa saya hanyut dibuai masa lalu.

.....

"Kenapa sayur tak masak nih?" Tanya Ma bila melihat sayur yang saya masak masih 'hidup' daunnya.

"Tak boleh masak sampai layu Ma. Nanti hilang kandungan proteinnya. Separa masak cukuplah." Saya memberi penjelasan. Seboleh mungkin saya mahu memastikan keluarga mendapat khasiat terbaik.

"Kalau macam ni, tak makanlah ayah nanti." Nada suaranya kendur.

"Kenapa Ma? Ayah tak suka sayur masak macam ni ke?" Saya pulak terpalit rasa kecewa.

"Bukan tak suka, tapi tak 'lut'. Ayah tu giginya banyak yang dah tanggal. Tinggal beberapa batang je lagi. Masak apapun kena bagi lembut. Dia tu dah la payah nak makan sayur. Masak macam ni, lagilah dia susah nak makan." Jelas Ma panjang lebar. Saya terpegun.

Ma begitu teliti dalam menyiapkan hidangan untuk ayah. Dia ada alasan tersendiri hasil pemerhatian yang dibuat.

Memujuk dengan cara yang begitu halus... Membuatkan pemergian Ma begitu dirasai oleh ayah.

.....

Kehilangan ibu di usia muda tak menjadikan saya kekurangan kerana Allah menyerahkan saya kepada seorang lelaki yang mempunyai ibu seperti Ma.

Dia... Melimpah dengan kasih, cinta dan sayang.

Dia... Sarat dengan liku-liku hidup yang mendewasakan.

Dia... Kaya dengan pengalaman dan ajaran.

Dia... Setiap tegurannya saya boleh rasakan keikhlasan.

Terima kasih ya Allah... Kerana meminjamkan dia walaupun hanya seketika cuma.

#kisahmentuamenantu
#akurindudia

Jan 4, 2020

Amalan untuk ibu² muda

"Kak Su, supplemen apa yang paling baik untuk diambil semasa mengandung?" Tanya Izah. Ibu muda yang pertama kali mahu menimang cahaya mata.

Saya tersenyum. Seronok bila ada yang bertanya. Bukan apa, peluang untuk kongsikan sedikit ilmu terbuka. Rezeki buat saya. Simpanan pahala yang mahu saya bawa ke akhirat nanti.

"Makanan yang terbaik adalah apa yang dicadangkan oleh Al-Quran. Izah makan je kurma, minyak zaitun dan madu. Ambil secara konsisten, bermula dari seawal kandungan sehingga melahirkan." Nasihat saya.

"Minyak zaitun? Eeeiii.... Rasa macam tak boleh telan je." Reaksinya sama seperti saya satu ketika dulu. Walaupun tahu kebaikan minyak zaitun, tapi menelan minyak begitu saja memang menggelikan tekak.

"Sapu kat roti pun boleh. Makan dengan salad pun ok. Bukan banyak pun, sesudu je." Pujuk saya lagi.

"Fikirkan baby. Paksa diri. Awal² mungkin payah, nanti dah biasa, tak rasa apa² dah."

"Ok lah. Nanti Izah cuba." Katanya akur.

"Apa khasiatnya kak Su?" Tanyanya lagi.

Lalu, bermulalah episod ceramah kesihatan saya. Bla... Bla... Bla...

Kalian nak tahu jugak?

Google je lah ye!.

Letih saya nak menulis. Sedangkan info dah banyak tersedia.

Selamat menggoogle! 😊

Jan 2, 2020

Untuk dia

Tarikh ini datang lagi.

Bukan seperti 2902 yang hanya muncul 4 tahun sekali, 0201 hadir seperti biasa.

Alhamdulillah.

Terima kasih Allah.

....

Pagi ini. πŸŒ…

Saya menyiapkan halwa lidah dan hati untuknya. Biasa tapi istimewa. (Psstt... Ayat pening. πŸ₯΄)

Air panas dituang ke dalam gelas yang berisi pandan, cengkih dan pelaga. Ditunggu sebentar sehingga aromanya naik dan air menjadi suam. Kemudian dimasukkan sesudu madu dan dikacau sambil membisikkan doa. Doa yang sentiasa diulang-ulang. 🀲

Semoga dia tenang-tenang saja.
Biar bahagia mengisi hatinya.
Biar rindu pada saya sentiasa membara. 😍 (Jampi kasih ni....πŸ˜‚)

Mengharapkan agar roh dan jasadnya dibaluti dengan vitamin iman yang akan menjaga setiap kata hati dan perlakuannya. πŸ˜‡

....

🌳Diari Alam🌳

Daun pandan dan cengkih adalah herba alam yang cukup istimewa. Antaranya ia bersifat sebagai penenang dan juga anti-kanser. Menghidunya saja fikiran terasa lapang, inikan pula kalau meminumnya. 😌

Buah pelaga juga mempunyai banyak sekali kelebihan. Antaranya ia mampu mengurangkan stress, membantu pencernaan, menghalang infeksi, baik untuk tulang dan juga membantu mencairkan kahak. 🀧

Madu. Raja segala makanan. Disebutkan banyak sekali dalam Al-Quran, malah ada satu surah khas menceritakan kisah si lebah yang bertugas mengumpulkan segala kelebihan alam dalam satu nikmat makanan untuk kesihatan.🍯

Masya-Allah... Manfaatnya tidak terbilang. Antara petunjuk betapa Allah begitu sayangkan hambaNya. (Sila rujuk Surah Al-Nahl: 28-29). 🐝

Lalu, saya adunkan semuanya sebagai tanda cinta dan sayang. 😍

....

"Abang, selamat menyambut ulangtahun kelahiran. Semoga hanya yang baik-baik sahaja berlaku dalam kehidupan..." Ucap saya kali kedua sambil menghulurkan segelas air bancuhan alam sambil mendoakan agar dia diberikan segala kebaikan yang Allah salurkan melalui ciptaanNya.

Saya tersenyum puas. Mungkin apa yang dibuat tak istimewa dipandangan orang. Biasa.

Cukup kalau dia dapat rasakan keikhlasan yang saya hadirkan dalam setiap ucapan dan perlakuan.

Semoga kemanisan ini akan berkekalan... Mohon doa juga dari kalian. ☺️

πŸ’–πŸ’πŸ’–
#kisahakudandia
#sihatcaraalami

Jan 1, 2020

0101

0101

Tarikh ini sering menyedarkan saya bahawa ia bukan saja satu tarikh untuk satu permulaan, tapi boleh juga menjadi satu tarikh pengakhiran... πŸ˜”

Satu haribulan satu.

Ramai yang meraikan. Ramai yang memperbaharui azam. Ramai yang menjadikan ianya satu tarikh untuk memulakan sesuatu.

Tapi bagi saya, tarikh ini punya kisah tersendiri. Kisah airmata. Kisah sayang dan cinta yang penuh makna.

Tarikh ini ada cerita yang lara. Kisah perpisahan antara kami dan dia...

Perpisahan antara roh dan jasad. Lalu, saya lebih suka mengingatinya dengan cara saya sendiri. 😒πŸ˜ͺ

Ibarat perpisahan antara malam dan siang, tak akan ada pertemuan sehingga kita semua dibangkitkan.

Lalu, rindu itu akan terus begitu...

.....

Doa Buat Dia.

Buat ibu mertua yang amat ku sayangi, insan istimewa yang sudi menerima diri dan melayaniku bagai anak sendiri...

Terima kasih kerana mengisi kekosongan hati yang kerinduan kasih bonda setiap hari...
Terima kasih kerana menurunkan segala ilmu kehidupan yang amat bererti...

Terima kasih kerana tidak pernah mengungkit kekurangan diri...
Terima kasih kerana sudi berkongsi segala yang dimiliki...
Terima kasih kerana tidak pernah mengenepikan diri ini dari segenap segi...

Terima kasih kerana menceriakan hidup ini dengan usik tawa yang menghiasi taman hati...
Terima kasih kerana sentiasa setia mendengar luahan rasa sepi...
Terima kasih kerana tidak pernah letih memaafkan kesilapan diri ini, malah selalu mengajar untuk memperbaiki diri...

Buat insan yang terlalu bermakna dalam hidup ini...
Che Esah binti Aminah @ Che Esah Binti Che Mamat
Terima kasih atas segalanya...

Halalkan kasih sayang dan ilmu yang pernah diberi kepada menantumu ini...
Dan maafkan Su andai ada ketidaksempurnaan sepanjang tempoh diri ini menjadi ahli keluarga Ma...

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim....
Tempatkan dia di kalangan hambaMu yang Kau redhai...
Tempatkan dia di kalangan mereka yang Kau kasihi...
Tempatkan dia di kalangan mereka yang Kau lindungi...
Tempatkan dia di syurgaMu yang paling indah sekali...

Lapangkanlah ruang kuburnya agar dia selesa di alam sana...
Permudahkanlah hisabnya agar dia segera ditemani bidadara syurga...

Andai ada kekurangan dalam ibadatnya, Kau terimalah ia dalam keadaan sempurna Ya Allah...
Andai ada keaibannya yang hanya Kau ketahui, sembunyikan ia Ya Allah...
Andai ada dosa-dosanya yang belum Kau hapuskan, ampuni dia Ya Allah...
Andai ada silap dan salah yang belum sempat dipohon kemaafan, lembutkan hati mereka untuk memaafkannya Ya Allah...
Andai ada doa-doanya yang belum dimakbulkan, Kau sampaikanlah hajatnya Ya Allah...

Ya Allah Ya Rahman Ya Waduud...
Tuhan yang Maha Melimpah Kasih Sayang, Yang Maha Menguasai Cinta...
Terima kasih kerana mengizinkan aku menikmati kasihMu melalui dia yang bergelar ibu mertua...

Mohon padaMu Ya Waliyy, peliharalah dia, lindungi dia, kasihi dia, anugerahi dia dengan segala kebaikan dan kelebihan sebagai hambaMu penghuni syurga...

Ya Allah...
Temukan kami dan kumpulkan kami  di Syurga Firdausi...
Tuhan...
Kabulkanlah doaku ini...

....

Airmataku melimpah lagi untuk ke sekian kali.... 😭😭😭

Resepi kelapa muda

Air kelapa muda, memang minuman kegemaran saya.

"Abang, nak beli air kelapa boleh? Dahaga la." Saya bertanya separuh merayu.

Cuaca panas membuatkan tekak sedikit kering. Selepas meneliti air pelbagai warna yang banyak dijual digerai, air kelapa juga yang didambakan.

"Ok. Abang beli sebiji terus." RM3.50. Itu harga hampir 15 tahun lepas di bandar Kinrara.

Kadang dapat yang manis, kadang jumpa yang wangi dan sering juga dapat yang tawar.

Itu dulu.

....

Sekarang.

"Abang, nak beli air kelapa boleh?"

"Tak payahlah. Kalau setakat nak air kelapa, tunggu baliklah. Nanti abang ambik kat rumah. Setandan cukup?" Dia menolak sambil mengusik.

"Pilih la air lain." Sambungnya lagi bila saya mula buat muka kecewa.

Memang rezeki bila balik kampung. Peluang untuk hidup lebih mesra dengan alam. Segalanya mudah dan sihat.

Sama seperti durian, kelapa ada kepelbagaian nama dan rasa.

Saya tak mahir dengan spesis kelapa. Yang saya tahu cuma kelapa tua, kelapa muda dan kelapa pertengahan (kelapa yang sesuai untuk buat kueh). πŸ˜‰πŸ˜†πŸ₯₯

....

"Abang, kelapa pandan kita dah tanam ke?"

"Dah, tapi belum berbuah." Jawabnya jelas.

"Oohh... Ok."

....

Kelapa pandan memang sedap. Tapi buahnya kecil je. Sebiji, hanya segelas air.

Tak ada ya? Tak apa. Penyelesaiannya mudah. Allah dah bagi alternatif, guna je lah.

Resepi detox paling baik.

Kelapa muda (yang isinya berhingus)
Daun pandan dihiris
Serai diketuk manja.

Siap!
No ice, no sugar please!
Kalau nak manis, tambah saja madu.

Nota:
Resepi ini amat baik jika diamalkan selalu.
Kalau wanita yang haid mengamalkannya, ia membantu mengeluarkan segala darah kotor yang berpenyakit dengan maksima. Badan rasa lebih segar dan bertenaga selepas period habis.

Amat digalakkan untuk dikonsumsi oleh wanita yang merancang untuk kehamilan. Tapi awas, bila dah hamil, jangan minum lagi kerana ia mungkin boleh menyebabkan keguguran! Paling tidak untuk 5 bulan pertama, elakkan. Selepas itu, amat digalakkan.

#resepidetoxalami
#sihatsecaraalami
😁

Semanis gula

"Terasa nak aiskrim la. Sedapnya panas-panas macam ni, dapat makan aiskrim."

"Sejuk macam ni, kalau dapat minum hot chocolate, memang best!"

"Musim hujan tak sah kalau tak makan ubi rebus cicah gula. Fuh!! Sedap wei!"

"Kalau dapat makan kuih cekmek molek ni, memang mentua lalu pun tak perasan."

.....

Craving for sweet food or drink.
Atau dengan kata lain, ketagihan makanan dan minuman manis.

Ini masalah yang tak disedari. Dah makan kek, teringin nak makan aiskrim lagi.

Dah dibantai bubur, masih mahu minum teh tarik.

Dah nak lewat malam, masih mahu menelan kopi.

Saya pernah begitu. Malah sesekali, masih ada rasa itu.

Sekarang, saat memasukkan jenis makanan dan minuman itu ke dalam mulut, saya terbayang sedang meminum racun.

Allahu....

....

Sedikit demi sedikit, saya kurangkan pengambilan gula pasir.

Samada dalam minuman atau masakan, untuk diri dan untuk suami, saya gantikan dengan kurma dan madu.

Masalahnya... Kalau sendiri buat, memang saya boleh elakkan. Tapi kalau dah terhidang indah menghias pandangan, memang boleh terhilang ingatan...

Ya Allah, kuatkan semangat ku... Aku mahu hidup sihat!

#katakantidakpadagula