May 24, 2019

Buktikan!

"Kamu cinta suami/isterimu?"
"Mestilah. Sapa tak sayang bini/laki oi!"

"Kamu sayang anak-anak?"
"Memanglah. Susah payah nak lahir dan besarkan mereka."

"Kamu cinta mak ayah kamu?"
"Pasti. Budi mereka tiada tandingan."

"Buktinya?"
"Seluruh harta dan tenaga dicurahkan buat mereka. Apa saja yang mereka nak, cuba dipenuhi sehabis daya."

Dalam rumahtangga, sekecil-kecil perbuatan adalah pembuktian hati yang sayang. Bukan setakat sediakan rumah, makan dan pakai tapi dengan pelbagai cara dan kejutan yang manis.

.....

"Kamu cinta Allah?"
"Ya!"

"Kamu cinta Rasul?"
"Tentu!"

"Kamu mahu syurga?"
"Of course!"

"Buktikan!"
"...."

Berapa ramai yang benar-benar mampu membuktikan kasih dan cinta kita pada Allah dan Rasul? Cukupkah dengan solat dan puasa sahaja?

Adakah kita dah penuhi tanggungjawab kita sebagai hamba? Dah buat perkara-perkara tambahan yang membuktikan kata cinta yang kita luahkan?

Ramadan. 10 malam terakhir. Lailatul Qadr. Jom kita sama-sama beramal dengan sehabis daya. Tanda cinta kita pada Allah dan Rasul.

.....

Di tangga manakah saya berada dalam proses pembuktian cinta yang diwar-warkan?
Allahu.... Jauhnya... Ampun Ya Allah. 😭😭😭

#jomkejarpahala
#jomtargetsyurga

1 comment: