May 12, 2019

Hujan Dan Wahyu.

Suara lantang Maulana Fadhilul Hakimi jelas kedengaran. Sesekali tersentap bila terkena batang hiding sendiri.

Aduhai.... banyak sekali ilmu yang diperolehi dari Daurah ini.

"Bumi yang subur, kena ada air. Tanah yang kering kontang akan tumbuh macam-macam tumbuhan dan buah bila hujan turun. Dari mana datangnya hujan? Dari langit kan?" Nafasnya ditarik dalam.

"Kalau nak iman kuat, kena ikut Quran. Hati yang kering dan sakit, akan terubat bila baca Quran, lebih baik lagi kesannya bila faham Quran. Quran tu apa? Wahyu Allah kan? Dari mana datangnya wahyu? Dari langit kan?" Tegas suaranya.

Tafsir surah Al-Hijr dikupas dengan begitu mendalam. Tak mampu saya kisahkan di sini semuanya.

"Nampak tak persamaan antara air hujan dan wahyu? Ia sama-sama turun dari langit, sama-sama berfungsi menyuburkan...." Perumpamaan yang diberi cukup jelas.

Memangnya untuk insan yang kurang ilmu seperti saya, banyak yang tak mampu dilihat walaupun terjemahan dibaca berkali-kali. Kerana itulah saya harus menghadiri majlis-majlis seperti ini. Curahan ilmu lebih mudah lekat dihati.

Insya-Allah.

#tadabburquran
#darulhadithannabawi
#BDC2019
#bondanor

No comments: