May 15, 2019

Kerana Dia Cinta Aku

Siapa tak nak berbesan dengan orang senang. Kalau tak dapat tumpang menantu pun, paling tidak hati senang bila fikirkan masa depan anak cucu lebih terjamin.

Itu fikirnya saat menjodohkan anak lelakinya dengan si polan. Mudahnya dia meramalkan.

Akur. Jodoh pilihan ibu pastinya lebih baik. Restu bonda lebih utama dari hati sendiri.

"Buat apa nak rendah diri. Kau bukannya kurang apa-apapun. Ustaz lulusan luar negara. Agama ada. Kerja pun dah ada. Rupa tak kurang kat mana-mana. Bukan senang nak dapat suami macam anak umi ni." Pujuk bonda saat disuarakan kebimbangan hati.

Akad dilafaz dengan mudah. Perjanjian hidup yang dimeterai dengan lafaz Bismillah. Mengharapkan bahagia sehingga ke jannah.

~Seadanya Kuterima~

.....

"Awak lambat sangat beli TV, abah dah belikan. Nak tunggu sampai bila kalau harapkan gaji awak tu." Suara si isteri sambil tangannya mengelap TV baru.

Apa yang boleh dikata. Pemberian dah pun diterima. Menolaknya bimbang menjadi isu lain pula. Egonya terjentik. Hatinya terusik dek kata-kata isteri, tapi didiamkan saja.

Dia kesal. Terasa benar diri gagal mendidik.

~Meludah Ke Langit~

.....

Saat melangkah masuk ke dalam rumah, matanya terpaku. Ruang tamu yang kosong, kini terisi dengan sofa kulit yang mewah.

"Mana datangnya sofa nih?" Tanyanya ringkas.

"Mama belikan. Dia tu sakit lutut. Datang sini nak kena bersila atas lantai sebab tak ada sofa. Mana dia nak. Sebab tu la dia tak mahu datang rumah kita." Jelas si isteri.

"Mama cakap gitu?"

"Tak. Saya yang cakap. Sekali je dia datang rumah kita lepas rumah ni siap. Sebab tu la agaknya. Rumah baru pun tak guna kalau kosong. Payah nak harapkan awak yang penuhkan rumah ni. Dalam mimpi je la..." Terhiris lagi hatinya sekian kali.

~Sakitnya Tu Di Sini~

.....

Entah di mana silapnya sehingga ini yang tersedia dalam satu episod kehidupannya.

"Awak menyesal berkahwin dengan saya?" Tanya dia ingin tahu.

"Kalau saya kata ya, apa awak nak buat?" Soalan yang dijawab dengan soalan adalah jawapan yang menyakitkan, kerana ia tiada keikhlasan.

Mungkinkah ada dosa yang dilakukan sehingga ini yang dia harus terima.

Astaghfirullahal'azhim...

~Tamparan Takdir~

.....

Bukan sekali dua, tapi berulang kali ia terjadi. Menerima pemberian mertua bukan isunya, tapi cara ia dikhabarkan membuatkan hati pedih.

Bukan tak pernah ditegur, tapi anak manja itu tak mahu akur. Sudahnya dibiarkan saja luka itu sehingga lama kelamaan ia bernanah.

Ibarat pesakit kencing manis, saat luka semakin parah, jangkitan dah merebak, cara terbaik untuk menyelamatkan nyawa ialah dengan memotongnya.

~U-turn Ke Syurga~

.....

"Maaf, saya tak mampu menjadi suami yang sempurna pada awak. Daripada membiarkan hati saya terluka dan saya jadi tak redha dengan awak, baiklah kita pilih jalan nih." Ucapnya sayu.

Isterinya tunduk. Diam. Tak ada reaksi. Sukar sekali menduga apa kata hati wanita itu.

Mungkin itulah sebaiknya. Kembalikan dia pada orang tuanya. Dan dia juga kembali pada status diri yang dulu. Single. Tapi dengan title baru; duda.

~Jalan Pulangku~

.....

Berakhirlah satu ikatan. Mudahnya terlerai akad itu semudah ia diikat dulu. Hanya satu lafaz dengan ucapan berbeza.

Dia keluar sehelai sepinggang dengan rela hati. Meninggalkan apa yang pernah dibina.

"Saya tak mampu nak beri apa yang awak minta sepanjang perkahwinan kita. Hanya rumah ini sebagai tanda kita pernah hidup bersama. Awak ambillah, saya ikhlas menyerahkannya..."

Anak-anak dibiarkan bersama isteri kerana ada yang masih kecil. Namun tanggungjawab sebagai bapa akan terus dipikul sehingga mereka mampu berdikari.

~Berani Berhijrah~

.....

Dalam diam kesabarannya dikagumi seseorang. Setelah diuji, dia ditawarkan dengan rezeki lain. Walaupun dibentangkan segala kekurangan yang ada, dirinya masih diterima.

"Saya tak mahu meminta apa-apa, cukup dengan apa yang mampu diberi untuk meneruskan kehidupan sementara di bumi Allah. Yang penting, jadilah imam kami yang mampu membimbing keluarga untuk kebaikan dunia dan akhirat..." Ikhlas sekali luahannya. Entah dari mana datangnya bidadari ini.

Tenang sekali. Usai hujan dan ribut membadai, angin damai mengambil alih. Sungguh Allah itu Maha Pengasih. Pantas dia sujud syukur dengan linangan air mata.

~Bumerang Kasih~

.....

Perit.
Sakit.
Dengan tenaga yang tersisa, yg mampu dilakukan hanyalah redah dan redha....

Tapi hidup tak terhenti dengan begitu saja. Biarpun lelah, teruskan jua demi satu janji yang pasti. Janji Jannah, janji Allah pada hambaNya yang sabar.

Allah itu Maha Pemurah. Walaupun anak-anak tidak dibesarkan di depan mata, tapi mereka lebih rapat dengan dia dan ibu tiri berbanding dengan ibu kandung sendiri.

~Perjuangkan Syurgamu~

.....

Kisah ini adalah secebis dari kisah benar yang diceritakan. Setiap laluan hidup insan, akan melalui fasa-fasa yang mendugakan. Bagaimana kita menghadapinya, akan menentukan hasil seterusnya.

Adakala kita lemah, tidak kuat untuk melangkah. Tidak punya semangat untuk melakar mimpi indah. Fikiran kaku untuk bermuhasabah. Rebah terduduk dan tertunduk.

Bunga api indah dilihat dimalam hari. Tapi percikannya mampu memusnahkan hutan apatah lagi saat menghadapi kemarau yang panjang.

Andai mampu, mahu saya tawarkan satu sokongan dari hati. Sokongan dari kumpulan kami yang seramai 214 orang dibawah Akademi Bonda Nor.

Tulisan yang kami hasilkan menceritakan bagaimana diri diuji, sedang ia sebenarnya adalah sapaan cinta dari Allah.

Buku Siri Muhasabah Diri, Bercakap Dengan Cermin. Di dalamnya terkandung kisah-kisah penuh warna yang membuktikan bahawa anda tidak bersendirian.

Https://orderbukubdc.wasap.my

Setiap orang punya dugaan terdiri. Ada yang boleh diceritakan, ada yang hanya mampu dipendam saja. Paling mujarab, mengadulah pada Dia Ar-Rahman, insya-Allah hati akan lebih tenang.

Selamat membaca!

#jombelidanbaca
#jomwaqafdankutippahala
#BDC2019
#muhasabahdiri
#bercakapdengancermin

No comments: