Jul 7, 2008

Ubati rindumu...

Alahai... Combi sedang bersedih. Sedih kerana merindukan anakandanya yang telah kembali meneruskan perjuangan mencari ilmu di UiTM. Itulah hati seorang ibu, di depan matapun rindu tak jemu, inikan pula jauh beribu batu.

Tapi rindu Combi rindu zaman moden yang banyak sekali cara untuk mengubati. Tiba-tiba saya teringat rindu saya yang lama. Zaman persekolahan dan kehidupan di kampung yang serba kekurangan.

Semasa mula tinggal di asrama, saya tak jelingpun telefon yang tegak berdiri di sebelah bangunan. Yang saya tunggu adalah surat. Yang saya rindu adalah lembaran bertulis yang dihantar posmen.

Bila kakak sudah bekerja, barulah telefon dipasang dirumah. Tapi saya pulak yang terpaksa beratur panjang menunggu giliran untuk membuat panggilan. Terkadang nasib tak menyebelahi, beratur berjam-jam, sudahnya terpaksa berlalu pergi bila tertera 'emergency call only'.

Sayang sekali generasi sekarang tidak lagi merasai nikmatnya berutus surat terutama surat pada ayahanda dan bonda tercinta.

Surat sudah tak digunakan lagi untuk mencurahkan rindu dihati. Public phone pun sudah tak kelihatan lagi orang beratur panjang menunggu giliran untuk melepaskan rindu dendam.

Kini, segalanya mudah. Memiliki handphone seolah satu kemestian dalam kehidupan sehingga ada yang cakap; "Aku tak boleh hidup kalau tak ada hp". Ungkapan yang menunjukkan betapa pentingnya hp sebagai alat komunikasi di zaman sekarang. Selain dari hp, email, ym ataupun webcam menjadi alat perhubungan alternatif yang paling kerap digunakan.

Terkadang saya rindukan masa lalu. Dimana saya akan mengumpul rindu, melakar dan mencurahkannya di atas kertas. Ia mengajar saya erti kesabaran dan menjauhkan saya dari prasangka.

Bagi saya, penantian itu satu keindahan dan bukannya penyeksaan, tapi prasangka yang menukarkan keindahan penantian itu menjadi penyeksaan.

12 comments:

echah_syed said...

citer kita sama su..

tp combi tgu surat kwn2 jer..

famili tak pernah anto surat sbb tiap 2 mgu bole balik umah..

bila precious dok asrama mase dia form 1..combi terima kad ucapan hari ibu,hari jadi dan mcm2 kad yg dia buat sendiri..mmg kreatif anak2 diluar jangkaan kita.. :D

skrg ni terima mms laa pulak..cepatnyer teknologikan.

Tie said...

Surat memang sesuatunya berharga. Bila terasa rindu, surat tetap istimewa, seolah2 penulisnya berada dekat dgn kita.

thafiexq said...

rindu juga,, hheheh sape ek nk rindu merindu

suara said...

combi...
syukurlah precious begitu pandai mengambil hati combi. anak-anak memang diharapkan menjadi penyejuk hati. bukanlah itu doa yang sering diluahkan oleh ibu bapa setiap kali selepas solat?

Alhamdulillah... syukur pada Allah kerana memberi kenikmatan perasaan seorang ibu pada combi. su tumpang gembira. :)

Dunia semakin maju. Su pernah kerja dengan telecommunication company selama 4 tahun. Memang tak terkejar rasanya.

tie...
betul tu. dan tie percaya tak, su masih simpan lagi surat-surat lama dalam satu kotak khas. Dan su sayang sangat surat-surat tu. :)

thafiexq...
rindu kat sapa ya thafiexq? rindu yang dok kat depan mata pun, apa salahnya, kan? ;)

Akak said...

Salam Su...

Akak jarang dapat surat..hehe teringin juga, Sulah yg kirim surat kat akak boleh ke??

suara said...

Salam akak...
Su selalu dpt surat tapi surat yg dpt skrg hanyalah surat rasmi spt bil telepon, surat bank, surat jemputan. Tapi semua surat tu tak best... Surat peribadi jugak yg best.

Akak nak surat su? Bagi alamat... Kalau surat tak sampai, mungkin sbb posmen tu orang baru... atau posmen lama dah pencen... hehe

KAKTINY said...

betullah su.. zaman surat menyurat memang best..

teringat Dr.I dulu suka kirim surat kat sekolah (masa sekolah menengah) - gamat satu sekolah.. tiap2 minggu lak tu.. sampai cikgu sendiri pun jadi posmen bagitau surat dah sampai - ada kat pejabat.. chess..

masa kaktiny kat ITM (dia kat Ireland), Dr.I hantar surat kat kolej - kecoh gak kolej bila ada surat yang stamp nya dari Ireland.. aduhai .. surat surat..

tapi bila time bercinta ngan abang.. jgn kata surat.. birthday kad pun takder..mmg abang jenis tak suka menulis (ntah camner dia leh lepas amik law...) hampes tul..
sms pun payah.. berjela kita bagi - dia jawab "ya x k" jer.. eeeee...
(tapi kalau tepon, selang 15 minit dia lagi..)hehehheh

suara said...

kekeke... tu la... bestkan?
surat su pun sampai kat sekolah. tiap minggu mesti ada sampai org tanya sapa yg rajin sgt hantar surat pd su tu? su senyum je...

skrg bila dah kawin, jumpa kekawan lama dan perkenalkan, mrk bisik..."psst.. ini ke org yg dok kirim surat tu?" angguk je la... hehe

thafiexq said...

rindu... suatu perasaan yang menyedihkan..

suara said...

bagi saya tak semua rindu itu menyedihkan. sebab rindu lebih kepada ingatan terhadap kenangan. kalau kenangan tu sedih, maka sedihlah yg dirasa...

Mezain said...

Salam buat Suara,

Rindu sesuatu yang mengasyikkan tetapi jangan sampai kita terleka dengan mainan perasaan rindu tu... tak jadi kerja nanti. Tapi kadang kadang rasa rindu jugak pada zaman remajaku...hehe

suara said...

salam mezain...

bagi su, rindu biarlah bertempat walaupun sarat... barulah kerja tetap menjadi. tak gitu..? ;)