Jul 15, 2008

Mungkar di mata (Part 1)

Seorang teman sepejabat bercerita...

"Semasa aku ke seminar di Genting, aku jumpa sepasang remaja sebaya adik aku yang berkepit mesra. Melihatkan pakaiannya aku memang tak tahan. Dengan baju sendat dan seluar jeans yang hampir terlucut, yang menampakkan lurah belakang, memang buat mata aku sakit. Bukan mata saja, hati akupun turut sakit. Aku beristigfar panjang..." Bersungguh dia bercerita. Seperti biasa, begitulah caranya.

"Ustaz kata kalau tak dapat berjihad dengan anggota badan seperti kaki tangan atau mulut, berjihad dengan hati pun cukuplah." Aku mendengar tekun tanpa mahu mencelah.

"Aku tanya hati sendiri... aku ni lemah ke? Lemah sehingga tak boleh nak menegur cela yang berada di depan mata?" Kemudian dia berhenti sambil menarik nafas panjang.

"Habis tu? Apa kau buat?" Aku bertanya."Kalau kau... kau nak tegur tak?" Tanya dia kembali.

Aku diam. Hati aku bertanya soalan yang sama...

'Bagaimana ya? Aku ni pun banyak kelemahan. Tapi lemah sangatkah aku? Lemah sehingga tak mampu nak membuka mulut menegur apa yang Allah tak suka? Memprotes apa yang Allah murka? Akan dianggap celuparkah jika aku aku membuka mulut? Mungkinkah akan diherdik sebagai penyibuk?'

Kalau anda berada di tempat kawan saya... apa yang akan anda lakukan?

12 comments:

Tie said...

Hmm.. Kalau Tie sorang , takkan tegur pun..Tapi kalau ada teman.. mungkin berani kot, he he... tak ikhlas bunyinya.. nak buat camna, tie ni jenis penakut.. Tapi tie selalu harap dan berdoa agar kita dan keturunan kita tak ada yang 'berpenyakit' sebegitu atau 'seangkatan' dgnnya.... Inshaallah...

arsaili said...

salam...penyakit social yg semakin meruncing

KAKTINY said...

kaktiny rasanya tergolong dalam org yang paling lemah iman.. 'tegur dgn hati'.. kalau bertembung dgn org yang tak kenal.. tapi kalau adik beradik, sedara mara kengkawan buat camtuh.. mmg bukan dgn hati lagi dah.. siap berkuntau dgn bebudak tuh pun sanggup.. suh diorang tukar baju tu 'jam' tu gak..

Mak Su said...

takut akan dikata penyibuk kalau ditegur lalu diberitahu pula tentang halehwal kubur sendiri sendiri jaga, di situlah letak kelemahan kerana tak dapat nak menguasai keadaan pertelingkahan.

Akak said...

Salam Su...

Akak rasa Akak mmg tak mampu nak menegur, nanti ditempelaknya kita balik susah, cam kata Maksu kubur sendiri sendira jaga..

Kalau anak atau anak2 sendiri insyaAllah..

echah_syed said...

combi pernah tego dak pompuan ngn bf dia.dorang bermotor.kebetulan berenti kat trafic light..

combi betol2 disebelah dia..'weii suar dlm ko nmpk tu..lenkali pakai suar dlm yg mahal sket jgn laa yg cikai..'selamba je combi tego :D

dak pompuan tu tersipu2 malu sambil dok tarik baju yg mmg senteng..anak2 combi terkedu..

pastu dorang ketawa guling2..'mama mmg bravo !

GDIZ said...

salam,

zaman sekarang susahla sy rs. Nak tegur nnti kata kita penyebok.
Agaknya sebab tu la byk org kena rogol tu. Geram kat org lain, lepas nafsu kat org lain. kadang budak2 kecik pun jadi mangsa.

Kak Long said...

susah sebenarnya. kita ni takut nak berjihat.tak cukup kuat. nak lawan hawa nafsu sendiri pun tak tentu berjaya.nikan pula nak tegur orang secara berdepan, orang yang tak kenal pulak tu. lemahnya diri ini.

[cintabadi] said...

Salam,
Biar hina di mata manusia..asalkan demi kebaikan..pasti Allah akan tolong demi kebaikan :)

suara said...

tie,
InsyaAllah... su pun selalu doakan.

arsaili,
meruncing dan menajam sehingga mencucuk mata dan hati, kan?

kaktiny,
tu la... menegur bukan keje senang, kena ada kekuatan.

mak su,
banyak andaian yg dibuat mmg menghalang kita dari menegur.

akak,
kalau kita mampu menegur anak sendiri... alhamdulillah dan insyaAllah, moga kekuatan bersama kita semua...

combi,
bravo... bravo... kalau su ada pun, mesti gelak guling-guling gak

gdiz,
mungkin ramai tak sedar pakaian menjadi faktor penyumbang kearah kejadian yg lebih memilukan...

kak long,
sbb tu dikata jihad yang paling besar ialah jihad melawan nafsu. pakai macam tu adalah contoh nafsu yg mahukan diri kelihatan cantik.

cintabadi,
InsyaAllah...

Su tak sabar nak sambung entry ni... tapi skrg ni bz. curi masa buat sikit-sikit...

nahwanNUR said...

assalamualaikum...

pandangan saya la kak su, kalau tiada orang maka saya akan tegur. Kalau ada orang pun, saya akan cuba pergi dekat dan slow talk. Cuma bila dalam keadaan ramai orang, sesak, maka saya rasa akan malu untuk bertindak.

Sini ada satu cerita macamana cara orang ni menegur, agak menarik.

http://nahwannur.blogspot.com/2008/04/kayanya-saya.html

pernah ada suatu kali tu saya tegur sekumpulan anak muda, dan selepas itu terus berlalu, masa tu dengar diorang memerli ayat-ayat saya. Saya tak sedih, tapi saya syukur atas kekuatan saya saat tu, namun rasanya kini, hati saya seakan takut untuk buat macamtu lagi.

apapun, bila tiba masanya nanti, moga kita di beri kekuatan mencegah kemungkaran dengan perbuatan kita, biar di hina oleh manusia, namun akan berbangga nya Sang Pencipta.

suara said...

W'salam.

Menegur bukan mudah. Memang perlu kuat. Kak su sendiri tak pernah menegur orang yg kak su tak kenal. Tapi kak su mmg mengagumi mrk yang punya keberanian itu. Berharap satu hari nanti, diri ini akan punya kekuatan yg cukup untuk bersuara mencegah mungkar.

Orang-orang seperti Ustaz Kamarudin mungkin tak ramai skrg ni. Semoga kita diberi kekuatan utk mencegah kemungkaran...