Ku sangka aur di pinggir tebing
Kiranya tebu di pinggir bibir
Ku sangka jujur pancaran batin
Rupanya palsu penghias zahir
Ku kira hati jiwa nurani
Suci seindah wajah terbayang
Ku kira puji seikhlas budi
Ku lupa lidah tidak bertulang
Dek manis gula semut binasa
Kail berduri bersalut umpan
Dek manis kata insan terlena
Kerana budi hamba terkorban
Inikah dia lakonan hidup
Di pentas dunia insan berpura
Tipu dan daya pencapai maksud
Budi dan harta merangkum noda
Nota : Lagu ini lagu lama. Saya bukan sukakan lagunya, saya suka liriknya.
Jul 5, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Salam Su...
Apa khabar? Akak suka lagu Datuk SM Salim nih.. (penuh makna)
i like....
4 rangkap terakhir sesuai dgn politik yg sgt meloyakan skrg ni.. :(
salam akak... su sihat, syukur pada Allah yang memberikan nikmat kesihatan pada su. su pun suka sbb ayatnya berirama dan punya maksud yg amat dalam...
thafiexq... su pun suka. indah sekali susunan bahasanya, kan?
combi... sedar atau tidak sebenarnya politik mengajar insan menjadi manusia yang pentingkan diri sendiri. dan kerana pentingkan diri, seringkali ia akan melibatkan penipuan... sengaja atau tidak, hanya Allah yang tahu niat sebenar. su mmg sedih bila fikir pasal pilitik :(
Post a Comment