Jul 10, 2008

Tolonglah... Jangan merokok lagi.

Tertarik dengan satu lagi entry tentang merokok, saya ingin memetik satu jawapan ringkas bila ditanya kenapa merokok.

"Best... Entah la..Payah nak explain. Ada satu feel yang tak boleh nak terangkan. Nikmat rasa."

Saya lebih suka menafsirkan kata-kata itu sebagai 'merokok membuatkan seseorang itu kehilangan perasaan (feel) atau deria rasa.' Bukan nikmat namanya kalau tak boleh menjelaskan kenikmatan itu!

Saya pernah berjumpa dgn ramai perokok. Saya memang bukan jenis yg suka bertanya walaupun nak tahu, apatah lagi kalau ianya soalan yg mungkin menaikkan kemarahan... Mungkin itu kebaikan dan mungkin juga keburukan saya.

Tapi saya suka membayangkan jawapan yang diberikan jika ditanya kepada individu tertentu yang merokok.

Doktor : Saya merokok sebab tekanan kerja. Pesakit banyak sangat bercerita tentang masalah mereka. Masalah saya, sapa nak dengar. Lagipun saya sibuk sehingga tak ada masa untuk diri sendiri. Merokok adalah masa untuk diri.

Ustaz : Saya ni manusia biasa. Ada masalah jugak. Merokok sekadar suka-suka je, bukan bermaksud apa-apa, bukan niat nak mempengaruhi sapa-sapa.

Guru/Ibubapa : Saya beli rokok dengan duit sendiri aper. Kenapa sibuk nak menyoal? Kalau tahu asap rokok tak elok, pegi duduk jauh-jauh. Kalau tahu merokok tak baik, jangan le ikut.

Itu mungkin jawapan daripada orang-orang yang dirasakan paling patut menjauhi rokok kerana mereka adalah role model dalam masyarakat kita. Apa jawapan dari golongan profesional atau yang biasa-biasa? Apa pula alasan mereka?

Penulis : Saya merokok untuk mendapatkan idea. Bila otak rasa beku je, merokok boleh mencairkan idea dan dengan itu saya lebih mudah menulis.

Engineer / Arkitek : Beban kerja banyak. Masalah duit, diri dan keluarga.

Buruh / Tukang kebun : Letih buat kerja buruh ni. Merokok sebab nak rehat.

Pelajar IPT : Banyak assignment! Tension!

Pelajar sekolah : Saja nak try. Best je tengok orang merokok ni...

Itu hanya sebahagian dari jawapan yang akan diberikan jika ditanya kenapa mereka merokok. Mungkin ada banyak lagi jawapan yang saya lebih suka mengkategorikan semua jawapan itu sebagai alasan.

Apa sekalipun alasan yang diberikan, tapi kenapa rokok yang dipilih? Bukankah kita ada Allah untuk mengadu dan merintih? Bukankah Dia sentiasa ada untuk kita menagih bantuan meringankan beban?

Merokok bukan saja merosakkan kesihatan sendiri, tapi juga kesihatan keluarga tersayang atau teman terdekat. Kejamkah kalau perokok dikatakan pembunuh? Bukankah hanya mereka yang tidak berperasaan sahaja yang sanggup menjadi pembunuh...? Lalu salahkan tafsiran saya tentang jawapan yang diberikan oleh salah seorang perokok diluar sana?

Bagi saya merokok adalah satu tindakan yang boleh dikatakan membunuh diri sendiri dan orang lain. Antara penyebab kematian yang boleh dielakkan.

Memang semua orang akan mati tak kira perokok atau tidak. Terdedah kepada asap rokok meningkatkan lagi risiko kematian. Tapi adakah orang yang merokok itu ingat tentang mati? Mengingati mati adalah satu cara untuk mengubati hati sepertimana
sabda Rasulullah. Tapi adakah ia membuatkan perokok lagi kuat beribadat? Lalu dimana kebaikan merokok? Tak ada!!..

Malah rokok mungkin menjadikan hati seseorang tu keras sehingga tak mempedulikan nilai dan nikmat kesihatan yang Allah berikan. Tanpa sedar mereka menjadi insan yang tidak prihatin terhadap orang lain. Boleh juga dikatakan perokok tidak bersyukur dengan nikmat rezeki yang Allah berikan sehingga melakukan pembaziran setiap kali asap dihembuskan.

Bayangkan.... Nilai rokok itu boleh membeli makanan untuk si fakir yang kelaparan, boleh mengubah masa depan bila ia digunakan untuk menjelaskan yuran peperiksaan, boleh menyembuhkan sakit ibu yang malang yang mungkin sedang menahan kesakitan.

Kerana sayang, prihatin dan simpati... saya ingin sekali menyeru kepada perokok hentikanlah tabiat yang tak elok itu. Kuatkanlah azam untuk mengubah diri. Kepada yang mengenali perokok, berikanlah galakan pada mereka agar berhenti merokok.

Mungkin tulisan saya tak begitu bernas sebab tak ada fakta dan data ttg keburukan merokok dan pandangan merokok dalam Islam. Jadi saya berikan link yang mana penulisnya memberikan kupasan yang jauh lebih baik dan berkesan.

Rokok : Satu Kajian. oleh ibnurashidi
Anti rokok oleh saladin
Sebab rokok oleh raszana
Kenapa merokok? oleh neemhumairah

Semoga dengan maklumat yang diberikan, akan tercetus keinginan untuk berhenti merokok. Bacalah walaupun tak suka kerana yang pahit itu banyak baiknya.

Saya pernah dengar satu ceramah tentang khasiat Asma Ul-Husna dalam usaha penyembuhan penyakit. Dan antara yang menarik, ialah beramal dengan Asma Allah Al-Khabiir. Masalah ketagihan kepada sesuatu bukan senang untuk disembuhkan. Mengamalkan nama Allah yang ini amat disarankan kerana ia juga merupakan satu kaedah rawatan pemulihan. Bukan itu saja, ia juga boleh mencerdaskan minda bagi sesiapa yang masih belajar.

Kerajaan telah memfatwakan yang merokok adalah haram. Lalu kenapa masih ramai yang merokok? Masa hidup ibarat memandu di jalan sehala, akan selamat jika kita ikut peraturan yang ditetapkan. Allah telah berikan panduan untuk pastikan hidup kita selamat, tapi dalam sesetengah perkara, seperti merokok, mengapa masih ada yang mahu memandu menghala ke arah gaung? Hairan saya dengan pilihan sebegitu.

Kalau kempen kerajaan tak menjadi, biarlah kita blogger kempen sesama sendiri.

Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan.... lalu, apa pilihan anda?

15 comments:

echah_syed said...

suami combi berenti merokok sejak hari pertama kami kawen.. :)

alasan dia famili lebih bermakna dari rokok.alhamdulilah

Kaktiny said...

dulu masa study, hubby (dulu bf ler kan..hihih) merokok.. kaktiny penah kuar kete tahan taxi balik kolej sbb dia hisap rokok (first time kuar..heheh)

sejak dari hari tuh sampai hari ni Alhamdulillah.. cikabang dah tak hisap rokok lagi.. bau asap rokok pun dia dh naik pening lalat.. dh 8 tahun dah..

moga2 berkekalan hendaknya begitu..

hendak seribu daya... mahu seribu cara kan su kan..

Akak said...

Salam Su....

Sebut tentang rokok, baru2 nie Akak pi Jusco Tebrau, ternampak ramai juga anak2 gadis yg merokok dgn selambernya, kalau yg lelaki tu dah biasa dah, suami Akak lagi kuat merokok..

suara said...

combi..
Itu dah kira macam hadiah perkahwinan kan... Syukurlah..

kaktiny,
kekeke... tindakan yg baguzzz sgt.

suara said...

salam akak...
masa kat tempat keje lama su dulu, bukan je anak gadis, yg dah jadi mak org pun merokok jugak. berhenti sat masa mengandung je.

bila laki bini merokok... terpikir gak, agaknya umur berapa anaknya akan belajar merokok nanti... su sedih fikirkan anaknya...

akak cubalah pujuk suami akak berenti merokok... usaha dan doa. su doakan jugak utk akak ye...semoga Allah lembutkan hatinya dan cetuskan keinginan utk berenti merokok dlm hatinya...

Anonymous said...

hurm.. sentapla baca entri ni.. waaa.. hurm..

suara said...

sentap sampai terjatuh putung rokok ke? kekeke...
saya teka je... maaf kalau tak kena ;)

Anonymous said...

Hanya perokok jer yang tahu nikmatnya sedutan rokok tu Suara...lebih lebih lagi lepas menjamu selera..hehe

Tapi untuk kesihatan jauhilah rokok sebab ia suatu pembaziran yang nyata. Dalam proses nak berhenti ni...

suara said...

paparock... menjamu selera tu lebih nikmat dari merokok. sbb tu paparock makan dulu sblm merokok... kan? :)

Tak payah proses lagi, nekadkan diri utk berhenti... Anda boleh!!! ;)

neem said...

salam, akak.

salam ziarah.

heheh...katakn lah tak nak kepada rokok~~

Saladin Convoy said...

Saya berpendapat, perokok ini perlu didiskriminasikan sediskriminasi-diskriminasinya di dalam "sistem" kita, contohnya dalam pemilihan calon untuk bertanding pilihanraya ka, atau untuk kenaikkan pangkat ka.

Macam yang dicadangkan kat Kelantan nak tengok sama ada orang tu Solat atau tidak sebelum dinaikkan pangkat (ka saya salah faham berita?), aspek "merokok atau tidak" tu pun patut diperhatikan juga.

Dengan cara itu, barulah orang sedar bahawa merokok ni lebih merugikan daripada menguntungkan.

Apa orang bilang? "Diskriminasi bersistematik"? Aa, camtu la lebih kurang!

Tapi susah la sikit sebab orang atasan atau penguatkuasa sendiri pun merokok di kawasan larangan merokok (contoh: IPTA), jadi macam mana nak kuatkuasa, apalagi nak larang orang lain daripada merokok kan?

Walau apapun, saya nampak di sini, "kuasa" ini terletak di tangan WANITA! Wanita yang tak merokok ler kan!

Wanita² ini boleh bermula dengan TIDAK memilih lelaki yang merokok untuk dicintai/pacari/nikahi. Cari la lelaki lain yang tak merokok. Contohnya macam saya ni, kakakakaka! :P

suara said...

Salam Humaira...
Tak nak! Tak nak! Tak nak!... Erm.. maaf sbb link kan n3 humaira tanpa izin. :)

Saladin...
Cadangan yg baguzz!! Promosi diri yg baguzzz jugak! kekeke...

Jadi kepada adik-adik diluar sana yang masih mencari calon bukan perokok... maka Kak Su ingin menyenaraikan... calon-calonnya ialah... (ala-ala penyampaian anugerah gitu..)

Cadangan pendiskriminasian (saja nak menambahkan lagi koleksi perkataan 'diskriminasi' saladin) yg dikemukakan mmg baguz.

Untuk membersihkan 'jelaga' yang menggelapkan banyak hati mmg perlu dimulakan dgn apa juga cara atau kaedah yg dirasakan boleh membantu.

Mulakan dgn solat. Ye lah... kempen jangan merokok atau lebih dikenali dgn kempen katakan Tak Nak! pd rokok boleh dikatakan gagal. Kempen membasmi dadah... rasuah... dan lain-lain kempen yg lebih bersifat keduniaan juga tak menunjukkan perkembangan positif. Kenapa ye? Kerana 'tiang' tidak kukuh!

Solat itu tiang agama. Lalu kenalah perbaiki tiangnya barulah yg lain mampu berdiri teguh. Dan tiang yg paling besar yg perlu dipegang ialah tiang yg dibina pemimpin!

Siapa pemimpin?
Kita juga adalah pemimpin, jangan buat-buat lupa!

Kuasa di tangan WANITA. Terima kasih atas pengakuan... dan penghargaan. ;)
Sesungguhnya tangan yg menghayun buaian, boleh menggegarkan dunia.

Ibnurashidi said...

salam..

syukran kak su linkkan artikel rokok tu.ana hargai..tula mslhnye, hukum dh tau.sume dh mengerti..tpi msih buat..bila dh ketagih susah nk ubah melainkan iman yg kuat..sokongan juga perlu..

kpd wanita tu,pilihla laki yg tak perokok..insyallah anda selamat dan bahagia..

suara said...

Salam...

afian. Ilmu yang baik patut disebarkan. maaf jugak sbb kak su link tanpa izin.

Ramai juga perokok tak mengaku yg mrk dah ketagih, tapi tak cuba untuk berhenti. Malah ada yang terang-terangan beritahu yang mereka tak akan berhenti merokok!

Sedih jugak sebab ada yg mengambil jalan 'membunuh diri' dgn cara begitu. Tapi apa kuasa kita. Hanya Allah yang mampu mencetuskan ilham kepada mereka untuk berubah.

Pesanan yg baguzz tu... pesanan untuk mereka yang masih membariskan calon yg berpotensi untuk ditempatkan disisi... pilihlah yg tak merokok...

Unknown said...

hehe. berhenti rokok memang susah. kena betul2 nekad dan kuatkan semangat.. Mungkin entry ni membantu :) : TIPS JIMATKAN DUIT GAJI SUAMI RM728 SETIAP BULAN