Jul 19, 2008

Mungkar di mata (Part 2)

Dia menarik nafas panjang kemudian melepaskan perlahan. Seolah sedang melakukan latihan pernafasan sewaktu warm-up.

Dia menyambung cerita.

"Aku katakan pada diri; aku tak lemah. Kalau aku tak menegurnya, aku mungkin tak berpeluang lagi. Peluang untuk aku melihat dia berubah kerana teguran aku mungkin hanya 0.01% tapi kalau aku tak cuba, percentage tu mungkin jadi 0%. Lagi teruk, kan?" Katanya dengan nada gagah penuh keazaman.

"Kau pegi tegur dia?" Saya bertanya meminta pasti walaupun boleh mengagak apa tindakannya. Dia bukannya baru ku kenal sehari dua, dah boleh mengagak rentak tarinya.

"Kau tahu aku kan? Hehe... Aku bangun... "

Yusliza bangun. Langkahnya teratur penuh yakin. Dia menyentuh bahu anak gadis itu sambil tersenyum.

"Boleh Kak Yus cakap sikit?" Memulakan bicara dengan pertanyaan seolah meminta izin. Selesa membahasakan namanya kerana baginya itu memudahkan mesra bercambah. Gadis itu diam, kemudian mengangguk perlahan.

"Dik... Bila Kak Yus tengok adik kan, rasa macam tengok adik Kak Yus yang umurnya lebih kurang sebaya dengan adik." Dia berhenti seketika kemudian menyambung; "Adik muslim?" Gadis itu mengangguk.

"Ok... Alhamdulillah..." Dia menarik nafas lega.

"Lagilah Kak Yus terasa macam tak salah kalau Kak Yus nak tegur sikit. Boleh kan?" Gadis masih tak bersuara. Lelaki yang bersama dia juga terdiam. Hanya berkelip-kelip matanya memandang.

"Boleh agak tak apa yang Kak Yus nak tegur?" Pertanyaan dengan nada lembut penuh hati-hati terus diasak tanpa menunggu jawapan di beri untuk soalan tadi.

"Erm... pakaian saya?" Jawapan berbentuk soalan diberikan dengan suara sedikit serak. Gugup dan teragak-agak. Yusliza senyum.

"Pandai... Erm... Apa yang tak kena dengan pakaian adik ni?" Tanyanya lagi.

"Seluar saya kot."

"Adik rasa cantik ke?"

"Kalau tanya saya mestilah saya cakap cantik. Tapi mungkin ada orang tak suka tengok." Jelasnya sambil pandangannya matanya dilepas jauh.

"Erm... itu adik sendiri cakap tau. Kak Yus tak tegur pun adik dah boleh tahu apa yang ada dalam fikiran orang lain. Itu tandanya adik masih boleh menilai buruk baik sesuatu perkara." Katanya lembut. Senyuman masih tak lekang dari bibirnya. Gadis itu kembali tunduk.

"Kak Yus pun rasa seluar adik tu rendah sangat. Tak manis untuk anak gadis. Adik lebih cantik kalau tak pakai fesyen macam ni. Betul tak?" katanya sambil fokus matanya beralih memandang lelaki yang sedari tadi hanya memerhati. Mata mereka bertembung seketika.

"Adik ni pakwe dia?" Tanyanya sambil memandang terus lelaki itu, memerhati dan cuba mencari riak yang boleh di jangka.

"Sayang dia?" Dia mengalihkan pandangan ke arah lain. Mungkin malu dan segan ditanya soalan begitu oleh orang asing.

"Nak kawin?" Lelaki tu terus membisu.

"Mesti nak kawin kan? Tak kan nak bercinta macam ni je." Katanya menjawab soalan sendiri.

"Kalau adik nak kawin dengan dia, adik kenalah didik dia." Lirikan matanya menghala ke arah gadis tadi yang juga membekukan diri.

"Suka ke kalau orang lain tengok makwe adik dengan pakaian macam ni? Suka tengok lelaki lain terliur kat dia? Mesti tak suka, kan?" Matanya masih tak lepas memandang wajah lelaki yang tak bersuara sedari tadi. Kemudian matanya beralih ke arah anak gadis yang juga masih begitu. Kaku.

"Cuba ubah ya sayang?!!.." Katanya sambil menyentuh pipi gadis itu. Tersentak dengan dingin tangan yang menyentuhnya dengan mesra.

"Kak Yus tegur ni macam tegur adik sendiri je. Tegur untuk kebaikan adik berdua. Kalau bolehlah kan, adik janganlah pakai lagi macam ni. Tak elok sangat bila kita bagi orang tengok apa yang sepatutnya kita jaga." katanya sambil memperlahankan suara di hujung ayat. Sedikit berbisik, namun masih boleh didengari jelas.

"Erm... Oklah. Kak Yus pegi dulu. Assalamualaikum." Dia berlalu tanpa menunggu salamnya berjawab. Senyumnya tak dibalas. Dia mengatur langkah sambil melemparkan sekilas pandangan.

Petang itu sewaktu turun untuk makan malam, Yusliza melihat gadis yang sama datang menujunya dengan senyum terukir dibibir.

"Kak... Saya dah nak balik. Mulanya saya ingat nak stay kat sini dengan pakwe saya. Lepas akak cakap tadi, saya buat keputusan nak balik petang ni jugak. Boleh saya ambil nombor telefon akak?" Yusliza tersenyum puas.

"Kau bagi?" Saya bertanya penuh minat.

"Tentulah aku bagi. Tak ada apa yang mengembirakan hati aku dari mendengar pengakuannya tu. Kerana teguran yang ringkas tu, dia buat keputusan nak balik, tak jadi stay kat situ. Secara tak langsung aku dah menghalang satu kemungkaran besar yang bakal berlaku. Kalau dia stay, kau tentu tahu apa maknanya, kan?" Saya mengangguk, tanda bleh mengagak apa maksudnya.

"Allah telah berjanji untuk menghadiahkan kemenangan bagi yang berani berkata kerana benar. Aku tak melihat ia sebagai kemenangan aku, tapi kemenangan adik tu yang pasti lebih hebat. Jihad menentang nafsu." Kagum. Ahh... Yusliza memang begitu sedari dulu. Jujur, berani dan ikhlas bila menyatakan sesuatu. Mungkin kerana itu, setiap langkahnya dipermudahkan.

Baginya, formula untuk jadi berani menentang kemungkaran mudah saja. Lihatlah dan anggaplah mereka sebagai keluarga dan pasti hanya yang terbaik mahu diberikan. Kekerasan hanya akan menjarakkan lalu gunakanlah kelembutan untuk mengalirkan kasih sayang. Teguran itu niatkanlah kerana Allah. Pasti Dia akan membantu membetulkan perjalanan yang jelas bersimpang dan berliku.

Kita tak tahu latar belakang mereka, tak pasti sejarah hidup mereka. Setiap yang berlaku adalah bersebab. Jangan mudah membuat andaian, jangan terus memberi hukuman. Terkadang teguran orang luar lebih berkesan, lalu kenapa tak mahu cuba untuk membuat perubahan? Itu nasihatnya.

"Kalau satu hari nanti anak aku 'tersesat' atau hilang arah, dan aku tak ada disisi untuk membimbingnya, aku harap ada insan yang sudi menegur, menarik dia ke jalan betul. Kerana aku akan lakukan perkara yang sama untuk adik-adik dan anak-anak di luar sana yang aku tak tahupun namanya."

Saya terkedu mendengar katanya, mendengar ceritanya. Semoga ramai lagi yang mampu melakukan sesuatu sepertinya tanpa ragu. Saya juga seperti kebanyakan orang lain, suka mengambil langkah berjaga-jaga. Tak punya keberanian untuk menegur bimbang dikatakan penyibuk dan suka menjaga tepi kain orang. Tapi kisah ini benar-benar membuka mata. Bukankah kita selalu kata; belum cuba belum tahu...

Mampukah saya jadi sepertinya? Dalam diam saya berdoa, "Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk berjuang demi kebenaran, mencegah mungkar di mata yang semakin berleluasa dengan cara yang aku terdaya...."

19 comments:

Akak said...

Salam Su...

Syukur masih ada insan yg mempunyai kekuatan semangat kasih sayang sesama insan dan sanggup membuat teguran secara lembut dan penuh diplomasi..

Alangkah baiknya jika akak juga boleh bersikap seperti Yusliza, malang akak ni insan yg tak kuat (terasa diri nie terlalu kecil)...

Teringat insiden akak menegur seseorang (dari kalangan keluarga) hingga kehari ini dia masih merajuk, marah & tak mau menghubungi akak dulu alkmost everyday dia talipon)..

^aNgRiAni^ said...

salam su...
riani dtg tengah malam ni...tapi
sebenarnya dah nak tido
cerpen su ker ni?
best laaaa
ada unsur2 pengajaran...

riani dah tak emo dah :-)

suara said...

Salam akak,

Ya... syukurlah kerana masih ada insan yang punya kekuatan sepertinya. Su banyak belajar darinya. Dia pangkat kakak pd Su tapi kami mesra dengan panggilan nama je. Banyak ilmu dan ajaran yang Su perolehi dari dia. :)

Su tak berani seperti dia. Su pun penakut bila masuk bab-bab menegur ni sbb diri banyak sgt kekurangan. Tambahan lagi su tak pandai sangat menyusun kata bila berhadapan. Kelu, kecuali dgn keluarga. Menulis lebih selesa bagi Su. Dan Yusliza, kalau bab cakap, mmg dia power. Such a good motivator. She's my inspiration, my advisor.

Sedih kan kak, bila menegur utk kebaikan tapi mrk tak faham. Su pasti satu hari nanti dia akan faham niat baik akak. Bila berlaku keadaan cam ni, su rasa lebih mudah menegur org luar yg kita tak kenal kerana hubungan belum terbentuk, jadi tak ada jalinan yg terjejas.

Demi generasi akan datang, semoga kita juga akan perolehi keberanian dan kekuatan seperti Yusliza. :)

suara said...

Salam riani...

Tulisan ni berdasarkan kisah benar yang diceritakan oleh officemate Su. Kisah benar yg ditulis kembali. Sekadar berkongsi. :)

Syukurlah, Riani dah tak emo lagi... Ceria dan senyum selalu tau, sbb senyuman Riani manis sangat. ;)

Kaktiny said...

salam su..

pagi ni kaktiny baru lepas menegur 3 orang budak opis kaktiny.. sbb 'perlakuan' mereka di acara bowling tournament ofis smlm..

si A boleh terima.. si B diam sahaja.. tapi si C tarik muka..

Betul mcm apa yang su cakap.. kaktiny pun tegur mereka sbb kaktiny harap agar nanti bila kaktiny takder di sisi anak2 kaktiny dan mereka melakukan sesuatu yang 'tak sedap dipandang mata dan agama'.. akan ada org sedarkan mereka.. bukan utk dptkan nama atau tunjuk bagus..

Anonymous said...

bestnye.. saya print cerpen ni letak kat meja.. sentap

Anonymous said...

Salam kak tiny,

Su yakin, kaktiny juga seberani teman su tu. Bukan semua org menghargai teguran yg diberikan. Tapi yg penting bg su, bila kaktiny menegur, kaktiny dah jalankan tanggungjawab sebagai saudara seagama. Penerimaan mrk tk penting sgt, yg penting ialah perlaksanaan 'amar makruf nahi mungkar.'

Memangnya tak ada janji yg semua teguran tu akan diterima baik. Tapi itulah keistimewaan laluan hidup kita. Manis itu utk kita nikmati, pahit itu utk mengubati. Macam makanan jugak, kalau semuanya manis... nanti kena diabetis pulak, kan? hehehe...

InsyaAllah... jika kita 'menjaga' adik2 atau anak2 org lain (samada org yg kita kenal atau tidak)dgn niat kerana Allah, Dia pasti mengutuskan penolong utk menjaga kita dan keluarga. Seperti maksud bacaan masa sujud dlm solat tahajjud yg bermaksud; "Masukkan aku melalui pintu kebenaran dan keluarkan aku dari pintu kebenaran, dan berikanlah pertolongan padaku." Lebih kurang begitulah maksudnya... tak pasti sgt sbb su tak pernah belajar bahasa Arab pun.

Tahniah... Su bangga dgn kaktiny, combi dan akak. Teman-teman yg lain juga mungkin ada pengalaman yg sama dgn pendekatan yg berbeza, cuma tak dikongsi saja.

Anonymous said...

thafiexq, (ish, tiap kali nak kena semak ejaan nama, betul ke tak. hehe)

sentap tu bagus tau. ibarat kejutan eletrik yg diberikan untuk mengembalikan degupan jantung. moga kisah ini mampu mengepam jiwa yg mungkin 'kaku' sebelum ini, memberi makna tersendiri buat thafiexq dan menyuntik 'semangat teguran' untuk saudara seagama. ;)

arsaili said...

salam..kagum..sungguh...teguran dengan cara berhemah...semoga kita menjadi lebih berani utk jalan kebenaran....

arsaili said...

salam..kagum..sungguh...teguran dengan cara berhemah...semoga kita menjadi lebih berani utk jalan kebenaran....

arsaili said...

salam..kagum..sungguh...teguran dengan cara berhemah...semoga kita menjadi lebih berani utk jalan kebenaran....

arsaili said...

salam..kagum..sungguh...teguran dengan cara berhemah...semoga kita menjadi lebih berani utk jalan kebenaran....

nahwanNur said...

ALLAH...ALLAHuakbar!

sungguh bangga hati ada muslimah yang ikhlas memelihara muslimah lainnya. Kasih sayang dan persaudaraan dalam islam dalam suasana memperingati ALLAH swt dan saling menasihati itu sungguh tak bertepi dan penuh baraqah.

berair mata saya membaca kisah ni, bukan kerana sedih dengan perangai orang muda sekarang, tapi gembira dan bersyukur masih ada yang kental atas dasar sayang saudara sesama islam

Barakallahu fiik

sampaikan salam saya pd kawan kak su tu ya dan salam sayang saya buat kak su. Lama xberbual

Meera Melati said...

salam tuan rumah,
terima kasih ziarah blog saya...

terkesima baca cerita ni...
byk yg berlegar dihati, difikiran, diminda dan dijiwa... namun tak mampu dizahirkan ngan perkataan dan ayat...

terasa sebak...

suara said...

arsaili,
amin...

NahwanNur,
andai keikhlasan kasih sayang itu wujud, pasti dunia lebih aman tanpa marah dan dendam. Hasilnya mungkin kita boleh lihat tika itu juga spt dlm kisah ini, tp mungkin juga kita tak akan dpt melihatnya, namun kesannya ada. Kita tak tahu, tapi Allah Maha Mengetahui....

InsyaAllah, nanti kak su akan sampaikan salam dilah, susah nk jumpa dia sbb dia selalu outstation. Salam sayang dari dilah, kak su sambut penuh syukur... Alhamdulillah...

Meera,
salam. terima kasih atas kunjungan balas. :)
Terkadang menzahirkan dgn kata-kata itu tidak perlu, cukup dgn rasa yg singgah didada...

Ibnurashidi said...

salam kak su...

Trima kasih sudi datang dan komen kat blog ana.Ana hargai..

Entri yang bagus,suspen juga dwatnye..bagusla ada org mcmtu lgi..teruskan usaha gitu. Kim salam kat sapa yg terlibat..kata innallah ha ma'ana..

sekian..syukran..

suara said...

Salam dik,
Salam telah telah selamat disampaikan. :)

Anonymous said...

Cerita teladan yang membuka minda. Memang benar, silapnya kita apabila memandang serong terus kepada orang seperti adik itu, lalu menghukum. Walhal mana tahu, memang dia tidak pernah diajar tentang agama.
Mereka perlu diberi faham bahawa tindakan kita bukan untuk menjadi busy body, tetapi concern.
'People don't care what you know, until they know that you care'
Mereka perlukan perhatian. Tetapi perhatian perlu berhikmah. Terima kasih kerana berkongsi cerita ini. Sebuah pengajaran bermakna.

suara said...

'People don't care what you know, until they know that you care'

'Jangan pedulikan apa yg orang kata.' Itu kata-kata nasihat yg sering buat manusia tak kisah untuk buat salah. Sedangkan bagi kak su, pandangan orang lain adalah garisan yg perlu kita beri perhatian kerana kita hidup dalam masyarakat. Dan kita sebagai salah seorang ahli masyarakat, perlu menunjukkan yang kita peduli kerana sayang, bukan benci.

Moga ada sst yg mampu di kutip di sini. :)