Jul 24, 2008

Marah?

Bila terbaca entry thafiexq tentang marah, saya terpanggil untuk menulis tentang tajuk yang sama. Saya tak pasti samada ini boleh dikatakan tips untuk mengawal kemarahan atau sekadar entry biasa.

Bila hati rasa panas, saya seringkali mengingatkan diri tentang beberapa perkara yang akan saya kongsi di sini. Perkara-perkara yang buat saya berusaha lebih kuat untuk menenangkan diri.

Marah memang perlu dijauhi. Ia bukan sahaja bahaya untuk diri, tapi juga bahaya untuk orang lain. Bahaya untuk satu hubungan samada hubungan suami isteri, keluarga, kekasih mahupun kawan. Malah, lebih teruk lagi, menambah bahaya dengan musuh yang sentiasa mencari sebab untuk berlawan.

Memikirkan tentang bahaya yang dihadapi jika membiarkan marah merobek diri, lalu saya berusaha mempraktikkan sabar. Mengharapkan diri sentiasa berada dalam keadaan sedar dan terkawal.

Kata thafiexq, dia cuba berubah, berusaha untuk menahan marah dengan cara memendamkan segalanya di dalam hati. Sayangnya kesan yang terjadi adalah kemurungan. Emosi mudah gugah kerana memendamkan perasaan. Individu yang memendam perasaan akan mengalami satu keadaan yang dipanggil
al-Fatrah (feeling down).

Memendam perasaan memang akan memakan diri, lalu kenalah meluahkan. Tapi meluahkan marah kesannya mungkin lebih parah terutama jika tak kena caranya. Lalu bagaimana cara nak menyejukkan hati sendiri, agar tak ada yang merana dan terseksa berduka, agar ceria tetap ada menghiasi bibir sentiasa?

Mari kita kaji kenapa marah dan murung seringkali terjadi. Bila sesuatu perkara atau peristiwa terjadi dan ia mencetuskan rasa tak puas hati, maka akan ada 'perbualan' antara hati dan fikiran. Seolah ada syaitan dan malaikat yang sedang berdebat sehingga kita yang menghakimi menjadi letih sendiri. Kegilaan dan kewarasan berebut dan berperang. Yang menang akan berkuasa mempengaruhi setiap tindakan yang dilakukan.

Sehingga kini, siapa yg menang? Tanya diri, bersuaralah hati...

Kembali kepada cara nak mengawal kemarahan. Banyak cara yang boleh dipraktikkan. Antaranya boleh dibaca dalam satu artikel menarik bertajuk
'Natijah dari kemarahan'. Satu lagi artikel yang perlu dibaca ialah 'Sifat marah cermin jiwa tidak tenteram'.
Untuk muslim, 'petua' dan ilmu mengawal kemarahan yang diperturunkan zaman berzaman oleh Allah melalui Rasulullah SAW, tak boleh ditinggalkan. Beristighfar dan berwuduklah. Mudah saja. Walaupun mudah, tapi tak ramai yang mempraktikkannya.

Saya tak akan mengulas panjang apa yng telah dikupas dalam kedua artikel itu. Anda boleh membacanya di situ. Jadi saya akan lebih tekankan kepada kaedah lain yang mungkin boleh membantu menguatkan keazaman untuk mengawal kemarahan.

Kemarahan terjadi kerana rasa tidak puas hati dengan sesuatu atau seseorang. Suara-suara negatif berlegar meracun fikiran, menyebabkan 'kesakitan' yang memberi kesan kepada mental dan fizikal individu terbabit.
Bagaimana nak hilangkan segala bisikan negatif tu? Bagaimana nak jadi lebih positif? Tak mudah, tapi tak mustahil untuk dilakukan.

Selalunya kalau hati sudah panas, kata-kata yang terluah tak mampu dikawal. Keluar pelbagai kata-kata yang tak sedap di dengar samada di depan orang mahupun tika bersendiri. Samada kata-kata kasar itu terluah dimulut mahupun secara bertulis.

Kalau perlu meredakan kemarahan dengan cara meluahkan, lakukanlah. Tapi elakkan guna bahasa yg kasar sebab tanpa kita sedari itulah yang membuatkan 'sakit' itu semakin parah.

Pernah baca tak buku atau artikel tentang kuasa ungkapan terhadap air?
'Message from the water' memaparkan kajian oleh Prof Masaru Emoto tentang struktur molekul air yang dibekukan selepas acara 'bercakap dgn air' dilakukan. Sungguh menarik. Dan saya diberitahu bahawa air yang dibaca dengan ayat-ayat Quran juga telah diuji dan ianya sungguh menakjubkan!

Ungkapan kata negatif seperti sumpah seranah atau muzik liar seperti black metal pula jelas menunjukkan hasil yang amat buruk. Manakala kata-kata yang baik menghasilkan molekul yang begitu indah.

Tahukah anda bahawa 80% dari badan kita terdiri dari kandungan air? Lalu tak terlintaskah difikiran tentang keadaan molekul dalam badan kita bila marah? Marah yang menyebabkan kita mengeluarkan segala kata-kata negatif termasuk sumpah seranah terhadap orang lain dan mungkin juga terhadap diri sendiri?

Words have power!
Words can heal, words can kill.
Words can influence our thoughts.
Words lead to thoughts lead to action.


'Watch what you say' adalah mesej utama Barbara Levine's dalam bukunya yang saya tak pasti apa tajuknya. Apa yang saya tahu ialah beliau memulakan catatan bukunya dengan menceritakan pengalamannya melawan penyakit barah otak yang dihidapi. Keinginan untuk terus hidup membuatkan dia mengkaji faktor-faktor yang membuatkan seseorang itu jatuh sakit dan bagaimana sesetengah orang pula boleh kekal sihat.

Fokusnya tertumpu pada kajian saintifik yang menunjukkan ada hubungan yang menarik antara 'languange and disease'. Dia membuktikan kemampuan mengawal kesihatan diri dengan cara membuang segala 'bahasa' negatif yang ada dalam fikiran.

Jelasnya bila diri dikuasai kemarahan, banyak sekali bahasa negatif yang terluah mahupun tersimpan. Diluahkan atau disimpan, ia tetap memakan diri. Kerana itu, ubat yang terbaik ialah 'forgive and forget'. Bukannya 'forgive but it will remain in memory'. Bukan kemaafan namanya kalau ia masih disebut dan diungkit. Itu kata-kata dari Datuk Dr Fatima Az-Zahra yang buat saya merenung kembali segala kenangan lama.

Jika ingatan pahit masih dibongkar, tanpa sedar bahasa negatif di minda masih berlegar. Dan ia menjadi salah satu faktor utama yang menyebabkan tekanan dalam diri atau stress. Lebih parah jika pendengar yang dipilih untuk berkongsi cerita terlebih emosi dari diri sendiri. Sudahnya, sembuh yang sedikit akan menjadi lebih parah. Itu dari segi mental. Dari segi fizikal pun ada kesannya, kerana ia saling berkait. Kalau orang kata lagu dan irama tak boleh dipisahkan, tapi saya kata mental dan fizikal lagiiii... lah tak boleh dipisahkan.

Sedarkah kita bahawa semua itu mendedahkan diri kepada risiko gangguan kesihatan dalam jangka masa panjang. Sesihat manapun badan kita, sekerap manapun kita bersukan untuk menjaga kesihatan, seteliti manapun diet dijaga dengan segala suppliment tambahan, kalau roh sudah sakit, jasad akan turut berpenyakit.

Tak mahu sakit dan berpenyakit, mulakan dengan mengawal rasa marah. Berusaha untuk memahami dan difahami. Buka ruang untuk perbincangan yang menjadikan tenang sebagai asas penting. Maksudnya, jangan sesekali menggunakan bahasa yang keras dan kasar, jauhkan sumpah seranah dari menjadi bunga bahasa yang berulam di bibir.

Mungkin akan ada pula yang terus bertanya; bagaimana nak berbincang dengan tenang bila hati sedang marah? Lalu kembalilah kita pada nasihat yang selalu kita dengar; bila rasa marah, beristighfarlah. Ambillah wuduk, kerana air wuduk yang membasahi badan akan dapat memadamkan api kemarahan.

Kepada thafiexq dan sesiapa saja yang punya masalah mudah marah, jangan berputus asa untuk berubah. Ingatlah, jangan kita beri kemenangan kepada syaitan dengan membenarkan kemarahan mengisi hati. Membiarkan perasaan menguasai fikiran hanya membawa ke arah kebinasaan. (Ingatan untuk saya juga)

Demi kasih sayang dan persaudaraan sesama Islam, mulakan dengan memberi kemaafan. Maafkan saya kerana menggunakan tajuk yang sama. Semoga ada isi dalam artikel ini yang boleh dimanfaatkan bersama...

24 comments:

Akak said...

Salam Su...

Good info, akak sendiri kadang2 tak mampu nak lawan rasa marah..

suara said...

Salam akak...

Kita manusia biasa kak, marah itu wujud dlm diri cuma kita boleh perbaiki cara mengawalnya.

Kalau kita tahu betapa teruknya kesan kemarahan kepada mind, soul and body kita, insyaAllah, kita lebih bermotivasi untuk mengawalnya.

Akak kena usaha keras utk kawal marah tau...

ze said...

su - akak selalu mengamalkan memulakan apa saja keja, mahupun yg kecik2 ngan bismillah...

amalkanlah selalu, mengucap kalimah-kalimah ALLAH, insyaallah takan suka marah2... :-)

suara said...

kak sepi...
InsyaAllah, apa jua amalan baik perlulah istiqamah, kan. Semoga Allah mengampunkan su atas sifat lupa yg kadang terjadi.

Anonymous said...

nice entry...tq....

Jun said...

marah? rasanya bila umo dah meningkat ni..marah pon kna tempat gak la..pastu leh kawal lagi rasanya...kna positif selalu..hehe. akak bila x d tempat nak ilang marah...pegi la wat keje sungguh2..masak k, basuh toilet k...haaa, ade gak hasil yg elok kan kan? heheh. pas tu sejuk la...

Mak Su said...

betul tu, tak ada gunanya layan marah

Tokyo BLUE said...

akum.. maaf baru je reply.
terima kasih la sal sudi nk add info sal marah nie. saya dah lame bace article ni tapi tak sempat nk reply sal bz skit..

mmg terkene ape yang awak cakap.
setakat solat n istigfar mmg la salah satu cara pengubat marah tapi takde sangat kite nk praktik. betul n setuju sesangat!

'Message from the water' .. My gosh!! saya pernah melihat sendri akan keberkesanan experiment tersebut.mase tu saya attended ceramah kebende tah.. hehe pasni saya nk memuji ke kat air.. sayang air.. hehe

betul kata awak.. kalau kita tidak tahu cara untuk mengawal kemarahan dan emosi ia akan menganggu kesihatan. betul sesangat

terima kasih suara kerana membantu saya eloborate ttg isu ini.. mmg banyak membantu saya,,

tq!! yey!
pergi MASKARA tak 2 ogos nanti?

cendawanintim said...

mekasih tuk inf yang berpanjangan...

saya kalu marah, akan diam ajer, kekadang lelama tuko jadi dendam..parah bukan?

harap info ini dapat membantu..

Zamz said...

kalau marah gi tido...dah bangun sure kurang dah rasa marah tu
cuma masalahnya leh ke tido hehe

ryann said...

terlalu sabar hingga marahku tidak terluah

Ibnurashidi said...

salam..

Marah?!time mrh mmg sukar untuk mengawal perasaan. Mudah, kalau marah cuba tengok muka dicermin. Muka ketika marah mesti lebih hensem lagikan?Bila dah tengok terus ambik wudhuk sbb api lawannya air.

Link artikel Marah..

http://ibnurashidi.blogspot.com/2008/01/lelaki-dan-marah-seputar-ulasan.html

tuan umah said...

salam su

bgus info ni,kita kalau marah,abislah toilet kita sental..takpun gardening buleh hilang rasa marah.

suara said...

Nash...
tq :)

K'jun...
masa mendewasakan kita, kan kak? Sbb tu lah bila semakin lama kita hidup, semakin banyak pengalaman berdepan dengan kemarahan, semakin kita boleh mengawalnya.

Hehe... kalau dah abih sental rumah akak tapi marah tak hilang jugak, rumah su ada lagi tau...

Mak su...
marah lebih banyak menyebabkan kesakitan diri. Org yg kita marah tu mungkin tak kisah pun. jadi, tak guna kalau marah, kan?

suara said...

tokyo blue... thafiexq..

so, thaqiexq, kontrol marah tau. nanti kalau kerap sgt marah, betul-betul tukar warna ijau pulak. kesian hulk, nanti ada pesaing, kurang glamer lak dia nanti. haha

bestnye dpt tengok experiment tu sendiri. Kak su tahu melalui pembacaan dan ceramah je, tapi mmg teruja bila dpt tahu ttg hakikat ni. Walaupun semua yg menemukannya ialah non-muslim, tapi penemuan tu buat kita umat Islam bangga sbb itu menunjukkan kebesaran Allah.

MASKARA? Apa tu? Kat mana? Sorry, mmg kak su tak tahu apa-apa. Rasanya tak pegilah kot. (Mudahnya jawapan.) hehe... Maskara kat mata pun tak kenal (tak tahu pakai), inikan pula maskara lain... ;)

cendawanintim...
marah dan diam sbb dah maafkan, bagus. Tapi kalau marah, simpan dan pendam sehingga menjadi dendam, mmg tak elok untuk kesihatan. Tu yang tak nak tu. Sbb tu lah perlunya kaedah forgive and forget. Su tahu susah, tapi su selalu ingat kata Datuk Dr Fatima, "maafkan demi kebaikan diri sendiri, selebihnya serahkan segalanya pada Allah."

Su harap info ni dpt membantu mengawal kemarahan dalam diri kita semua. InsyaAllah.

suara said...

zamz...
tdo mungkin boleh membantu, tp bagi saya, ia hanya penyelesaian sementara. Dan yang pasti, kalau saya marah, mmg saya tak boleh tdo sbb sibuk nangis... huhu...

ryann...
kalau tak luahkan marah sbb sabar tak pe lah... lagi elok, tapi jangan biarkan ia menjadi barah dlm hati. maaf dan lupa itu adalah sebenar-benar penawar bagi luka dijiwa...

ibnurashidi
terima kasih atas link tu. Kak su dah baca. Menarik! Org Arab mmg terkenal dgn baran dan Rasulullah diutuskan dikalangan mereka untuk mengimbangi. Umar marah tp Baginda tenang. ajaran tak langsung pd Umar dan boleh tengok betapa kelembutan dlm teguran memberikan hasil yg lebih lumayan.

Ini yg dikatakan menarik rambut dr dlm tepung, biar rambut tak putus dan tepung tak berselerak.

Cik Puan Kesum...
Hehe... sorang lagi suka menyetal bila marah. Bagus... bagus... Kalau dok dekat, mmg su ofer toilet umah su sekali. hehe...

Menyental toilet, bersihkan rumah, berkebun... boleh dikira exercise jugak tu... lagi elok dari marah dan lepaskan kata-kata kasar, kan?

Kaktiny said...

salam su..
kaktiny pun kekadang marah susah sgt nak control.. walau leh kawal kat 'mulut' tapi kat muka jelas sgt nampaknya.. mmg kena byk bermuhasabah diri nih..

suara said...

Kaktiny
Salam...
Su pun kena banyak muhasabah diri. Banyak keburukan, kelemahan dan kekurangan yg perlu Su perbaiki. Nak kira takut tak cukup jari nanti... huhu

Kalau su marah, setakat ni la, su boleh kawal mulut (arwah mak dan ayah ajar jgn cakap masa marah, nanti macam-macam keluar perkataan tak elok), tapi muka su akan merah dan mata akan berair sbb tahan perasaan. Kalau cakap gak, suara akan menggeletar. Tapi selalunya ia berlaku kejap je. dlm masa 5 minit kot... anggaran kasar la. Lepas beristighfar, insyaAllah su lebih tenang. Marah mungkin masih ada tapi muka tak merah lagi... hehe

Alhamdulillah, Su rasa Su ni jenis mudah sejuk... terutama kalau ada org pujuk. Kalau pujuk diri sendiri, lambat sikit la... nak turunkan tempreture kena ada bantuan, baru cepat, kan? Macam bomba yg tolong padam kebakaran jugak... hehe.

Jie said...

salam su,

kakjie lebih baik diam kalau marah...dan jarang berpanjangan tetapi berhenti setakat itulah..mcm kalau kita tu depan tu ade duri, kita akan mengelak....so tak de la nk sakit2 lagi lain kali

suara said...

Salam k'jie

Seeloknya macam tu kan kak jie. Tapi kadang tu terfikir jugak, kalau terluka dek duri dan dimaafkan, mungkin ada kebaikan lain yg akan diperolehi.

Tapi ye lah... nak elak dari terluka, sebaiknya dijauhi saja. Su pun kadang tu buat gitu jugak. Hanya berdoa supaya org tu sedar silapnya dan tak ulangi pd org lain lg.

^aNgRiAni^ said...

semakin berumur nie..cewahhhh
riani semakin penyabar...
hehehehehe

suara said...

Riani...
Sabar riani... sabar... kalau marah nanti, berkedut muka karang... kekeke

Anonymous said...

sah2 akak ni leh jadi pakar kaunseling...ke, MEMANG itu kerja kak Su? :)

suara said...

Pakar kaunseling? Hahaha... ada-ada aje kamu ni lokman.