Sep 6, 2008

Tazkirah 2 : Apa pilihan kita?

"Orang yang banyak ketawa itu, kurang wibawanya. Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina. Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menghormatinya. Barang siapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatannya terjaga." (Umar Al-Khattab r.a)

"Senyum dan ceria-cerialah tatkala berurusan dengan manusia, menangislah semasa bersunyi-sunyian bersama Dia." - Saifulislam

Nota: Kita bagaimana? Ada yang kata ketawa itu awet muda, tapi kita tak akan muda selamanya. Kematian akan datang bila-bila masa saja. (Asyik-asyik mati... mati.. mati... kata kawan saya...) Mungkin esok, mungkin lusa, mungkin jugak malam ini kita akan mati. Siapa tahu, kan?

Cuba bayangkan malam ini kita tidur kekenyangan tanpa sempat berdoa dan mengucap. Esoknya kita tak bangun lagi. Sedar-sedar kita berada di alam sempit dan terhimpit. Di ikat kemas dari hujung kepala hingga ke hujung kaki, tertimbus oleh tanah.

Mungkin tangisan masa tu tak lagi mengeluarkan airmata. Suara juga telah hilang. Tangisan yg dulunya murah, mudah mengalir walaupun sekadar menonton drama Korea kini telah tiada. Suara yg dulu digunakan untuk bergelak ketawa dan bercerita, kini tak kedengaran lagi. Semua dah tak ada lagi.

Merenung kata-kata di atas, memang telah membuatkan saya menilai kembali diri saya. Sikap saya bila bercakap dan berbicara, bercerita dan berjenaka. Bagaimana diri saya bila berada dalam keadaan suka dan gembira, duka dan menderita... Segalanya.

Saya mungkin berbeza dengan apa yang saya tulis. Mungkin juga sama. Yang pasti saya tak sempurna. Walaupun itu yang saya harapkan, yang saya mahukan, saya tahu saya banyak sekali 'kecacatan' dan kekurangan. Apa yang mampu, saya sentiasa berusaha mengubah diri menjadi lebih baik dari sebelumnya. Lebih matang seiring dengan hayat yang semakin berkurang.

Kini kita berada di bulan Ramadhan. Bulan yang mana seharusnya kita gunakan untuk mencurahkan segala keupayaan yang ada untuk meminta kepadaNya, merayu kehadratNya, menagih belas kasihanNya.


Semua orang tahu dan sedar bahawa masa yg berlalu tak mampu diputar kembali, semua orang tahu bahawa Ramadhan kali ini tak akan berulang lagi, tapi kenapa masih tegar untuk berubah?

Apa pilihan kita? Apa pilihan saya? Masih mahu menyintai dunia sehingga lupa akhirat yang harus dijadikan matlamat utama, atau mahu bertaubat sebelum terlambat?

Moga Allah memudahkan laluan saya untuk menjadi diri yang saya mahu jadi. HambaNya yang punya keupayaan untuk ceria bila bersama teman dan keluarga, dan menangis, merayu, meratap hiba bila berbicara dengan Al-Khaliq, Yang Maha Pencipta.

"Ya Allah, perbaikilah perlakuanku dan amalanku. Jauhi daku dari segala keburukan yang ada pada diri dan juga pada ciptaanMu yang lain. Aku mohon padaMu ya Allah, lindungilah daku dari cinta dunia yang melalaikan...."

6 comments:

Tie said...

Kak tie pun rasa diri ini tak sempurna langsung...Selalu fikir panjang sebelum cakap (Tapi tak pulak bila menulis ni...). Takut tersalah, nanti teruk lak nak menanggung..Tu yang membuat kak tie agak pendiam, terutama dgn jiran2 ni sampaikan mereka kata kak tie tak campur orang...Ni kena paksa gi majlis berbuka (kena rewang lak)kat quarters ni..hu hu..kak tie bukan taknak kawan dgn mereka tapi tiap kali berjumpa, tak sampai 5 minit telinga ni dah dgr gossip lak..tak best laa...

suara said...

kak Tie... su pun. Kita manusia mmg tak sempurna. Tapi itu sepatutnya menjadi permulaan utk kita perbaiki ketidaksempurnaan diri.

Berkawan dan menjalin silaturrahim mmg perlu dan digalakkan, tapi kadang tu sedih pulak bila tak dapat jadi sahabat yg baik. Terkadang tu kita cuma ingin menjadi pendengar kepada teman yg bermasalah atau pd teman yg sedang marah... tapi berakhir dgn kita mendengar segala keburukan orang lain.

Ada jugak yg bercerita utk memberi amaran ttg keburukan/kejahatan individu tertentu, tapi sudahnya menjadi medan umpat mengumpat.

Kadang tu ada yg bercerita sekadar suka-suka atau gurauan semata, tapi kadang tu mmg terlampau pula.

Kerana itulah kita kena selalu beristigfar... sbb kita kadang melakukan dosa tanpa sedar dan tanpa rela. Dan kalau dicampur dgn dosa yg disengaja, mmg menggunung dosa kita... terhadap hamba dan juga terhadap Allah... nauzubillah...

fusarium solani said...

Salam,

Tuan rumah, selamat berpuasa. Menyinggah sebentar, merehat minda blog anda.

Mak Su said...

kalau asik gelakkan orang tak awet muda jadinya...ntah2 lagi tambah kerepot, sebab utk gelakkan orang kena ada jealousy, hatred, cynical, bla bla bla

suara said...

Salam utk FS
Wahai tetamu... salam Ramadhan untuk anda juga. Moga singgahan anda boleh dibekalkan sesuatu utk di bawa pulang... :D

Mak su...
Betul tu... su setuju yg amat sangat... :D

Ibnurashidi said...

Jangan ketawa..tapi senyum..senyum itukan sedekah:)