Sep 10, 2008

Tazkirah 3 : Asas Perkahwinan


"Ibu kata ibu sayangkan ayah."
"Ayah... Ibu memang sayangkan ayah, tapi cinta ibu bukan pada ayah..."
"Tapi dulu ibu kata ibu cintakan ayah!"
"Erm... Dulu ibu memang pernah jatuh cinta. Bukan pada ayah, tapi pada lirik dan lagu-lagu ayah..."


Itu antara dialog yang saya mampu ingat samar-samar. Dialog dalam slot drama cerekarama lakonan Afdlin Shauki dan juga Shiela Rosli. Saya tak pasti tajuknya. Satu lagi kisah kehancuran rumahtangga yang berlaku bila suami ditimpa musibah dan tidak mampu lagi mencipta lagu.

Ia mengingatkan saya kepada artikel lama yang saya baca berkenaan hakikat perkahwinan atau artikel penuhnya bertajuk Perkahwinan Berasaskan Ibadah Jamin Kebahagiaan.

  • Jika asas perkahwinan adalah kerana seks, maka pasangan akan selalu bertengkar jika suasana di bilik tidur tidak memuaskan.

  • Jika asas perkahwinan adalah kerana harta, maka pasangan bakal bercerai jika ekonomi dalam rumah tangga merudum dan muflis.

  • Jika asas perkahwinan kerana kecantikan wajah dan tubuh badan, pasangan akan lari apabila rambut beruban, muka kerepot atau badan jadi gendut.

  • Jika asas perkahwinan kerana anak, maka pasangan akan mencari alasan untuk pergi jika hati (anak) tidak hadir.

  • Jika asas perkahwinan kerana keperibadian, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.

  • Jika asas perkahwinan kerana cinta, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal yang lebih baik, tambahan pula manusia yang dicintai pasti mati atau pergi.

  • Jika asas perkahwinan kerana ibadah kepada Allah, sesungguhnya Allah itu kekal dan Maha Pemberi Hidup kepada makhluk-Nya. Allah mencintai hamba-Nya melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka, tidak ada alasan apa pun di dunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan menderhakai Allah.

Mungkin boleh tambah satu lagi untuk drama ini...

  • Jika asas perkahwinan kerana kesamaan minat pada lagu dan muzik, pasangan akan beralih arah bila ilham sudah membeku.

Setiap orang mahukan perkahwinan yang kekal dan bahagia berpanjangan. Tapi kita hanya merancang, namun Allah yang menentukan.

Bagi pasangan yang telah berkahwin dan masih kekal terikat, yang tenang atau yang sedang bergolak, ada baiknya jika kita dapat nilai kembali niat dan juga tujuan perkahwinan. Jika perlu dan dapat, ubah atau tukar niat/tujuan perkahwinan, jadikan ianya bermatlamatkan ibadat kepada Allah.

Yang belum berkahwin dan akan berkahwin suatu hari nanti (InsyaAllah), pastikan niat yang betul dan terarah kepada Yang Maha Esa. Semoga dengan membetulkan niat kita, jalinan ikatan lebih terpelihara dan terjaga.

7 comments:

atty's said...

BESH CITER NIE..
KAU YG SATU KE..CAMTU KOT TAJUK .DIA..

INI CITER BENAR DARI CITER BOB LOKMANNYA LIFE..

Jie said...

kena kedua2 belah pihak mempunyai matlamat yang sama...

arsaili said...

salam..a good sharing

nooreena said...

Salam akak. Doakan saya jumpa 'dia' yang dicari ya. :)

kamar hati said...

SEDIH WOOOO CITER NI...HUHUHUHU....

Kamsiah said...

akak kawen dgn dia..kerana dia jodoh akak hehe...
jgn kawen kerana desakan org,jgn kawen kerana material,jgn kawen kearana paras rupa..tp kawen lah kerana kita tau dia siapa...

suara said...

atty's...
ye ke kisah benar? bob lokman... selalu dgr namanya tapi yg mana satu ye?

k'jie...
memangpun... matlamat/niat yg sama mampu menyatukan.

arsaili...
:) Sharing is caring

noreena...
Insyaallah, kak su doakan. 'dia' yg bagaimana yg reen cari agaknya? ;)

kamar...
nangis lah tu! :P

kak kamsiah...
dah jodoh... kawinlah kan? kalau bukan jodoh mesti tak kawin... keke... Tapi bagi su kan kak, jodoh datang dgn pelbagai cara. Bukan salah cara kalau kisah rumahtangga tak berakhir dgn gembira (kerana cara adalah takdir yg hanya Allah tahu rahsianya), tapi salah orangnya. Bukan semua org bernasib baik utk kawin dgn org yg 'kita tahu siapa dia' yg sebenarnya. Lagipun manusia boleh berubah dgn sekelip mata. berubah menjadi semakin baik atau semakin buruk, itu adalah pilihan.
Orang dulu-dulu, zaman mak ayah kita... ramai yg kawin dgn pilihan keluarga yg kadang tu tak pernah jumpapun, tapi kekal dan bahagia. :)