Sep 4, 2008

Bengkel Ilmu : Dakwah Dalam Masyarakat Majmuk

ﻪﺗﺎﻛﺮﺒﻭﷲﺍﺔﻣﺣﺮﻮﻡﻛﻳﻠﻋﻡﻼﺴﻟﺍ

Sukacita dijemput tuan/puan untuk hadir kedalam program ‘Bengkel Dakwah Dalam Masyarakat Majmuk’ anjuran JIM Petaling . Maklumat adalah seperti berikut

Program : BENGKEL DAKWAH DLM MASYARAKAT MAJMUK
Tempat : Dewan Seminar, Masjid Negeri Sultan Salahuddin, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan .
Tarikh : 7hb September 2008 (Ahad)
Masa : 815pagi – 430 ptg
Yuran : RM 10 untuk bekerja, RM 5 untuk pelajar
Maklumat lanjut hubungi :
En Zuraidi Ismail (013-3602035)
Pn Puziah Ahmad (012-6542190)
Pn Normah Yatiman (016-3089787)

Aturcara Program

8.15 - 8.30 : Pendaftaran

8.30 - 9.00 : Pembentangan Kertas Kerja 1 ‘Kewajipan Berdakwah ’ oleh Sdr. Kamarul Zaman Bin Noor Mohamed –Hidayah Centre

9.00 – 9.20 : Perkongsian Pengalaman ‘Mengapa saya pilih Islam’ oleh Sdr Johanes

9.30 – 10.45 : Pembentangan Kertas Kerja 2 'Teknik – teknik Berdakwah kepada Non Muslim’ oleh Sdr. Aizuddin Nuruddin - JK Dakwah Jim Pusat

11.00–12.30 : Pembentangan Kertas Kerja 3 'Soalan – soalan Lazim dari Non Muslim’ oleh Sdr. Kamarul Zaman Bin Noor Mohamed – Hidayah Centre

12.30 – 1.20 : Role Play Dakwah

1.20 – 2.00 : Rehat dan Solat Dzohor Berjemaah

2.00 - 4.00 : Ke medan praktikal

4.00 – 4.30 : Sessi Muhasabah

4.30 : Penutup/Bersurai

Nota: Kita hidup di dalam masyarakat majmuk di zaman yang begitu menduga keimanan. Terkadang kita dihujani oleh pertanyaan mudah tapi mencabar.

Soalan seperti...
"Kenapa kena sembah Allah?"
"Betul ke Islam menindas wanita?"
"Kalau Islam tu adil, kenapa lelaki boleh kahwin 4 tapi wanita kahwin satu saja?"

Dan seribu satu pertanyaan yang mana kadangkala jawapan yang diberikan hanya akan membuatkan ada yang memandang rendah pada ajaran Islam, bukan saja oleh non-muslim, tapi oleh muslim sendiri! Sedih kan?

Berdakwah bukan saja harus pada orang bukan Islam saja, tapi kepada masyarakat Islam juga. Dan bagi saya, matlamat utama dakwah tak semestinya untuk menarik orang bukan Islam memeluk Islam, tapi lebih kepada pemahaman tentang keindahan Islam yang sebenarnya.

Insyaallah, bengkel ini cuba untuk memberikan pendedahan tentang pendekatan berdakwah yang lebih berkesan. Semoga kita mampu menampilkan kelebihan Islam yang sebenarnya jika ditanya.

4 comments:

Kujie said...

Salam su,

Kak Jie akan dah buat entri tu , terimakasih kerana berkongsi..moga kita sama² mendapat hidayahNya

Akak said...

Salam Sue...

Sihat ke?

Kalau akak dekat boleh juga join bengkel ni kan..

Ibnurashidi said...

Salam Kak Su..

Bagus..suatu amalan yg mulia..mencari ilmu walau dimana sahaja berada. Nanti kalo dah join lehla citakan serba sedikit ya kesimpulan bengkel tu..bleh dikongsi pengunjung..trmasuk sy..

suara said...

Salam K'jie.
Terima kasih ya sbb tolong sebarkan maklumat bengkel ilmu ni.

Salam akak...
Alhamdulillah, su sihat, cuma sibuk yg amat. Jadual su padat yg amat di bulan Ramadhan ni, bercampur dgn salah seorang teman sekerja bercuti panjang. Nak lawat blog kekawan pun kadang tak sempat. Entry bulan ni, banyak yang su schedulekan.

Tu la... kalau akak dekat, mmg su pujuk akak pegi... :D

*******

Salam Farid...
Kak su mmg harap boleh join, tapi tak dapat. Kak su ada kt kg waktu tu... :( Nak cancel tak boleh sbb tiket dah beli 2 bulan lepas lagi. Itu yg kak su harap ada teman blogger yg lain yg boleh sertai, dan boleh kongsikan dgn kita semua.

Kak su dapat maklumat ni pun masa kak su pegi Bicara Ad-Din yg lepas, masa tu Ustaz Ridhuan Tee dijemput sbg penceramah jemputan.