Sep 3, 2008

Tazkirah 1: Rahmat dan laknat



"....selalulah doakan supaya kita tak berada dalam keadaan 'laknat dalam rahmat' dan juga 'rahmat dalam laknat'...." Dahi saya berkerut mendengar kata ustaz abah. Wajah tua yang tenang itu saya pandang dengan penuh tanda tanya.

Ini kali ketiga saya masuk ke dalam kelasnya. Kelas yang terbuka kepada sesiapa saja. Saya menyertainya bila berkesempatan, bila kelas hafazan saya dibatalkan. Hari Sabtu dan Ahad, bermula dari 9.30 pagi sehingga 11 pagi. Hanya 2 orang lelaki, salah seorangnya ialah anak lelaki abah. Pelajar perempuan pula tak sampaipun 15 orang.

Ustaz abah, atau lebih senang dipanggil abah saja, memang begitu dihormati. Panggilan 'abah' begitu mesra sehingga saya lupa namanya. Semua orang memanggil dia begitu, tak kira usia. Dan saya mengikut saja.

"Laknat dalam rahmat tu ialah bila kita ditimpa musibah atau bala, ia mendekatkan kita kepada Allah. Selalunya kalau ditimpa masalah atau penyakit, masa tu baru ingat Allah. Masa senang masa sihat, Allah tu jauuuhhh... sangat. Jadi Dia turunkan bala untuk memberi amaran supaya kita kembali padaNya. Tapi kalau ia tak mendekatkan kita pada Allah, itu lagi teruk. Laknat di dunia, laknat jugak diakhirat nanti." Jelas abah. Seolah faham maksud kerutan diwajah kami. Dia memandang wajah kami sepintas lalu. Kemudian menarik nafas dan melemparkan senyuman ringkas.

"Rahmat dalam laknat pulak ialah bila kita diberikan kesenangan, kesihatan dan kekayaan oleh Allah, lalu kita lupa padaNya. Sibuk menikmati syurga dunia, sibuk mengumpul harta sehingga tak cukup masa 24 jam sehari, nak solat pun kadang tak sempat, selalu lewat, apatah lagi nak baca Quran dan berzikir...." Muka saya terasa panas. Mata mula kabur dek takungan air. Rasa tersindir dan pedih menikam ulu hati. Saya teringat ajaran lama berkenaan istidraj.

"Dah namanya laknat... musibah... bala... kita tak harap ia berlaku dalam hidup kita. Tak kiralah masa kita ada kat dunia ni lagi ataupun masa kat akhirat nanti. Sebab tu kita kena berdoa, jangan bagi kita lupa pada Allah, masa susah atau masa senang...." Kata abah satu persatu. Saya tunduk. Menyemai azam dalam diri.

'Ya Allah... ampunilah daku. Tetapkan ingatanku padaMu, tika susah mahupun senang'

Nota : Sempena bulan puasa ni, saya akan cuba tekankan kepada n3 yang lebih bersifat pembersihan jiwa dan rohani. Bukan Mohd Jiwa bin sipolan dan bukan juga Rohani bt sipolan, tapi rohani yg ada dlm jiwa setiap dari kita.

Bukan bermaksud untuk mengajar, sebab diri saya pun perlu banyak belajar(InsyaAllah, saya bukan jenis yg kurang ajar) cuma mahu berkongsi ingatan dan pesanan. Untuk diri dan juga teman-teman.

3 comments:

Akak said...

Salam Su...

Terima kasih utk entry yg baik sekali pengisiannya, banyak memberi manafaat pada akak yg kurang ilmu nie..

Ibnurashidi said...

Kak SU..

Bagus begitu..teruskan menuntut Ilmu..jangan jadikan usia sebagai pengahalang..waktu saya nak mai ngaji mesir dlu, masa ke KL ada rmai org bagi sumbangan..terasa segan pun ada. Terhutang budi sampai sekarang. Tulahkan, sesetngh orang kadang2 tak berkira duit habis asalkan beroleh manfaat. Ada lagi yang terlalu berkira. Entahla..dunia duniaa..

suara said...

Salam akak...
Kita kongsikan sama-sama ilmu yang dikutip... blog akak pun banyak ilmu jugak per... :)

*******

InsyaAllah Ibnurashidi... seharusnya perjuangan menuntut ilmu tidak ada noktah hentinya...
Syukurlah ada yg bermurah hati menghulurkan bantuan. Itu menunjukkan rezeki orang yg menuntut ilmu ni mmg murah. Alhamdulillah.... :)