Sep 16, 2008

Rezeki yang 'pulang'


Teringat zaman dikampung dulu. Buat satu kueh atau lauk dgn banyak, kemudian akan ada ahli keluarga yang ditugaskan untuk menghantar pinggan yang berisi tu ke rumah jiran dan saudara mara. Selalunya saya le. Balik nanti, pinggan tak kosong. Diganti dengan kueh atau lauk yg lain.

Sudahnya bila tiba waktu berbuka, meja terhias indah dgn makanan yg pelbagai. Rezeki yg 'dipulangkan' memang menambah kemeriahan Ramadhan.

Hidup di bandar mungkin sedikit berlainan. Kesibukan memang membuatkan ramai yang meraih rezeki dan membuang rezeki di bazaar Ramadhan. Tapi itu rezeki masing-masing. Bila ada yang menjual, maka adalah yang membeli. Dan bila ada pembeli, maka ramailah penjual yang mengambil peluang berniaga utk menambah rezeki. Harapnya mereka tak lupa pada Tuhan Yang Maha Pemberi. Merebut peluang untuk mengumpul 'rezeki' utk akhirat juga!

Alhamdulillah, sepanjang 2 minggu lebih berpuasa, hanya sekali saya dan suami ke bazaar Ramadhan untuk membeli juadah berbuka puasa. Program ziarah bazaar Ramadhan untuk diri saya tak semeriah tahun-tahun sebelumnya. Saya masak biasa-biasa je, tapi abang tetap berselera.

Keazaman memperbaiki Ramadhan kali ini berbanding dengan yang lepas, membuatkan saya tak berselera nak ke sana. Sungguh ia pemberian dari Allah. Memberikan rasa cukup pada keperluan saya dan mengekang nafsu perut dan mata. Saya tahu susah nak menolak keinginan membeli bila melihat juadah yang pelbagai warna.

Malah selepas terawih pun, sebelum tadarus bermula, saya akan 'berpiknik' dalam 10 minit dgn suami disatu sudut masjid untuk minum dan menyantap baki kuih masa berbuka yang saya bawa bersama. Indah sekali perasaannya. Lebih indah dari piknik di Pantai Irama. Syukur Ya Allah...

'Murei' (betul ke ejaan ni?)mmg disediakan pihak masjid, tapi saya tak pernah sertainya. Memikirkan masa yang nak dipadatkan dan pembaziran yang nak dielakkan, saya memilih untuk berbekal.

Kembali kepada budaya memberi di Ramadhan ini, weekend (2 minggu) lepas saya cuba praktikkan di sini. Minta tolong abg untuk hantar pada jiran-jiran... Dan hujung minggu lepas, saya buat lagi. Menu yang lain pula. Abang masih diberikan tugas yg sama. Menghantar kuih pada jiran-jiran. Tapi kelakarnya, mereka (para suami) bertembung sesama sendiri semasa nak menghantar kueh muih...

Penuh meja saya hari tu. Senyum pun melebar. Alhamdulillah, budaya memberi masih wujud. Cuma perlu memulakannya.

Pengumuman:
Malam ini di Masjid Negeri Shah Alam (MSSAAS) akan diadakan ceramah dan qiamullail sempena Nuzul Quran.
Ceramah oleh Ust Wan Sohor Bani Leman selepas solat terawih.
Qiamullail pula bermula pukul 4.00am di MSSAAS (Masjid Negeri Shah Alam) akan dipimpin oleh Kpt Zulkarnain Hamzah. Sahur disediakan oleh pihak pentadbiran masjid.

Nota :
Mampukah saya untuk bangun berqiamullail? Moga Allah berikan kekuatan, jauhkan malas dan ringankan mata... InsyaAllah, sebelum ni pun, setiap hari saya memang tidur antara pukul 1 pagi dan bangun pukul 4.45 pagi untuk siapkan juadah bersahur. Bangun awal sejam, rasanya tak susah sangat. Mohon bantuanMu Ya Allah...

26 comments:

Tie said...

Seronoknya tie baca cerita su..rasa meriah sangat2 terutama bab berpiknik dgn cik abang...bahagianya..

kamar hati said...

seronok baca entry akak...bahasanya...susunan ayatnya...mengasyikkan kamar.. (",)

Anonymous said...

Salam Kak Su,

Lompat ke sini dari laman si Irfan. Saja-saja membaca ke sana ke mari. Seronok mengimbau-imbau kenangan Ramadhan dolu-dolu. Dulu memang tak sama macam sekarang. =(

Saya pun memang jarang betul ke bazaar Ramadhan. Pernah sekali tu, pergi bazaar, pusing sampai 2-3 kali, tapi belinya cuma nasi kerabu. Saya ni jenis cepat kenyang. Tengok makanan saja pun dah puas hati. =)

Hihi, membebel pula kat sini. Selamat berkenalan, kak~

-dila-

Anonymous said...

Ejaannya mungkin Moreh, atau Morey? oh tak tau.
Wah, berpiknik dengan suami 10minit di sudut masjid. Romantiknya. Ni yang tak sabar nak kahwin ni. Hahaha..

Kak Sue, kalau nak naik semangat lagi bangun malam, ada lagu best. Di Keheningan Malam by Diwani. Cuba cari di Youtube. Senior saya, Ibnu Alwi yang cadangkan pada saya. Berkesan pada saya, mungkin orang lain tidak.

Ibnurashidi said...

salam kak su..

Terasa senyum sendirian bila baca "murei" tu..dh nak mcam burung murai bunyinya..kalo kat kedah panggil moreh ataupun moree gitu..

Piknik dalam masjid ke luar masjid?kalo kt tepi2 beranda takpa lgi..dalam ni ada pndpt kata makruh..sbb kdg2 bau makanan@mengotorkan masjid..

Nooreena said...

Akak, reen perasan sesuatu yang hilang dari blog ni. :D

Tawel Sensei said...

@nooreena, Semoga yang hilang tu tak 'pulang' kembali.

Jie said...

morei > kak jie turut sertai menjamah juga apa yang ada sebab selalunya juadah tak habis jadi nak mengelak pembaziran.... makan sikit dan bungkus sikit... kalau semua orang tak menjamah berlakulah lebihan sedangkan pihak surau memang menyediakan cukup² unutk jemaahnya.

Anonymous said...

tie...
Alhamdulillah... :)

kamar...
bahasa jiwa tu.. hehe

dila...
melompat erk. lompat kijang ke lompat katak? keke
Kak su pun suka mengimbau kenangan lama. masa arwah masih ada, segalanya istimewa. ye lah... nak menggalakkan kak su supaya posa. ABC pun berwarna warni. sedap pulak tu... kat sini ABC tak best. huhu
Salam kenal dila. datanglah lagi ye! walaupun utk membebel... kak su alu-alukan. ;)

sangpelangi...
nak beromantik macam kak su erk? hehe... abih belajar nanti, kawin le.
Thks irfan... kak su dah dgr lagu tu. mmg best. berdiri bulu roma... Alhamdulillah.

ibnurashidi
a'ahlah... macam murai je kan? hehe...
kak su piknik kat beranda. makan kueh je... tak de bau pun dan mmg kebersihan tu dijaga. sampah masuk balik dlm beg tau, buang kat umah. :)

Anonymous said...

Reen n tawel...
hilang sbb kak su buat magic. tawel yg ajar... terer tak? kekeke...

kak jie...
erm... betul jugak tu. kalau tak de org makan, nanti berlebih. tapi su pun nak elakkan pembaziran kueh dari rumah, sbb tu bawak. su pun tak tahu morei oleh pihak masjid tu berlebih ke tak sbb tak penah turun. solat dan tadarus buat kat atas. tu yg su tak rajin mana nak turun tu.

Mak Su said...

bagus dipraktikkan amalan memberi hidangan berbuka ni

azza_irah said...

salam su..
lama tak singgah sini..
terasa betapa indahnya suasana su n huby..moga kekal selamanya..

ada gift dari umah akak..jmput ambil nnti ya..

ns said...

Betul tu kak. Kadang kita berikan/sedekahkan sedikit saja. Tetapi rezeki yang dtg/kembali melebihi apa yg kita bg. Itulah kelebihanya kan.

Teringat suasan berpuasa kat kg.meriah and terasa.'Murei' pun amsih meriah. Kat bandar ni tak semeriah gitu :)

Nurhidayah Jaafar said...

alhamdulillah di atas rahmat Allah yang mengurniakan kita rezeki..

rezeki makanan dan rezeki kasih sayang bersama suami. :)

berpuasa dgn jiwa bukan emosi. kalau kita faham konsep ini, ramdhan akn jd bulan yg mendidik diri.

sedihnya, saya berbuka pose sorang2 je di rumah. namun bila ingat hadith Rasulullah tentang 2 kegembiraan org berpuasa iaitu kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika bertemu Allah.., hilang sedih sendiri, gembira mengambil tempat di hati..

salam ramadhan kareem

Anonymous said...

kak jie tau sebab suami kak jie AJk surau yg terlibat dgn penyediaan morei ni Su..selalu dia bungkus kuih atau air bawa balik, dia cakap lebih...dia buat banyak bungkusan suruh setiap org bawa balik.

Tapi tak tentu juga..tengok menu..hehehe

fusarium solani said...

Kak Su:
salam, apa kabar? harap sihat. emm..
Kat ruangan Ziarah tu...nick name saya Aliff, bukan Ariff.

Tapi nak panggil Ariff pun boleh..

^aNgRiAni^ said...

Sama laaa dengan riani..su
kalau nak antar mknan kat jiran
suami laa jd tukang antarnya...

alhamdulillah...kadang meriah kalau bertuko2 juadah berbuka ni kan

muahhhsssss

dah wat persiapan raya ker su?

baby doctor said...

salam kak su~
walaupun masih tak berapa kenal, tapi macam dah dekat je ngan kak su ni
hehe..thanks sebab selalu tinggalkan komen utk kamel
cayang kak su! ;)

amalan bertukar2 juadah ni dah lama kamel x rasa
dolu2 masa kecik selalu jugak la buat
masa tu kat kelantan, jiran2 dah macam keluarga sendiri. rapat je
paling best bila tetiap hari dapat makan daal puri dari jiran pakistan kitorang..hehe
pernah ada sekali tu, ada jiran A ni kasi baaanyak sangat kuih. kebetulan pulak haritu kitorang takde masak ape sangat. so bila jiran lain, B ni datang, kitorang kasi la sikit kuih tadi kat dia.
alih2 je..B pergi rumah A hantar kuih tu pulak kat rumah dia. hahah kalo teringat balik mesti kitorang tergelak habis. Ye la, kuih tu main pusing2 lak dalam neighbourhood. last2 dapat kat orang sama balik. jangan A fikir kitorang tak sudi makan kuih dia dah ;D

eh, terpanjang la pulak. kalo dah start bukak hikayat, ni la dia jadi. hehe ok kak su, selamat menjalani ibadah dlm 10 mlm terakhir dgn khusyu'..sesame kita doa utk semua~ wassalam..

arsaili said...

salam..ya pernah mengalami nya satu masa dulu...begitu kuat hubungan kejiranan pada masa itu...cuba hidupkan kembali..

Nooreena said...

Salam kak su. Hari ni baru reen dapat jumpa makanan yang reen cari-cari selama ni. Tauhu sumbat. Hehe. Bukannya tak boleh buat sendiri kan? ;)

Semoga dapat pula bertemu malam yang dicari-cari selama ni. Selamat berbuka akak.


7.05pm, SA

Iliana said...

seronok bce kisah ni...semoga budaya ni akan berkekalan sbb nya dpt mengeratkan silaturrahim...well done....

p/s : teringat kg...nk blekkkk

suara said...

Mak su...
Memang bagus pun. So, bila nak hantar lauk dan kueh kat rumah su? ;)

Azza_irah...
memang indah. InsyaALlah, su pun harapkan ianya kekal begitu, malah lebih baik lagi.
Su dapat gift lagi? Alhamdulillah, nanti su p ambik ye. Skrg sibuk skit.

Gdiz...
Bandar dan kg mmg tak sama, tapi sbnrnya kita yag buat ia tak sama. Jadi kak su nak cuba pulihkan balik budaya memberi yg dah terhakis di bandar ni. Test power masakan sekali. hehe...

suara said...

ustazah engineer...
Alhamdulillah... rezeki Allah sememangnya melimpah untuk kita semua, cuma kita yang perlu melihatnya dengan pandangan syukur. Berbuka sendiri pun ada nikmat tersendiri jugak tau, sbb tak perlu terikat dan tergesa-gesa buat bbrp keje dlm satu masa. Jadi... jgn sedih tau.

Kak Jie...
AJK surau rupanya abg kak jie. mmg patut pun tahu status morei. hehe. Tapi mmg hidangan apa sekalipun, kena tengok menu. Kalau best, pasti licin, kan?

Aliff FS..
Alamak, kak su silap taip kot. Maaf ye. Kak su akan panggil apa yg org lain panggil jugak. Aliff. :)

Riani...
Best kan? Tapi org tak buat sbb sibuk. Su pun, ada masa macam semput je nafas ni.
Persiapan raya ada lah sikit tapi ala kadar je lah...

suara said...

Kaamyl...
Kita mmg dekat pun, sbb kita bersaudara, agama menyatukan kita dan kita ni anak cucu Adam dan Hawa... InsyaALlah, kita dekat di minda dan di hati. :)
Tersenyum sorang kak su baca pengalaman kaamyl bertukar hidangan di sana. Adeh... :D

Arsaili...
Kalau kat Australia, macam mana erk? :)

Reen...
Salam. Tahniah!!! Jumpa makanan kegemaran mmg nikmat kan? Rezeki Allah beri tu. :)
Malam lailatul qadr... dikatakan malam 21 utk tahun ni. Kak su p qiamullail kat MSSAAS. Tapi masa tu pukul 3 lebih. Mungkin peristiwa tu awal lagi kot. Teringin nak tengok keajaiban yg sering diceritakan oleh org yg bertuah menyaksikannya. Apapun, 10 malam terakhir tetap di kejar. :)

e-leeyana...
kitalah yg kena berusaha utk mengekalkannya. Dan kak su cuba lakukan apa yg terdaya. InsyaAllah.
Err... jom lah balik... Best raya dgn family tau. :) (Saja usik ni)

Adeh... sibuknya. Nak buat n3 baru pun tak sempat.

Anonymous said...

salam ramahan,..
sistem barter juadah makanan dah hampir lupus kan.. macam manalah kita dah tarik balik budaya ini..

jomlah kite beribadat sebaik mungkin pada bulan ramadhan ini..

suara said...

Salam thafiexq
hehe... sister barter yang menguntungkan.
ramai yang sibuk dgn aktiviti lain, lalu budaya memberi dilupakan. sedih.
Jom... kita kejar 10 terakhir Ramadhan. :)