Sep 5, 2008

Dekat tapi jauh.


Saya hantar email Ramadhan Terakhir pada kekawan. Salah seorang teman sepejabat membalas;

"Boleh tak kau jangan sedih sangat, hantar sajak2 sedih camni...sepatutnya kita gembira yang kita masih hidup untuk mellalui bulan puasa 2008. So gunakanlah sepenuhnya..as usual kita ni manusia..the glass will always be half full..tapi jgnlah buat email sepilu-pilu camni....Kita patut gembira dapat berpuasa."

Dan saya balas...

"XXX oi... ada ketika kita kena lah sedih gak...
biar kita menangis sekarang utk kematian yg akan kita lalui dari kita menangis bila kita tak boleh nak ubah apa-apa nanti.
betul tak
yus...?"

Dan dia balas...

"Nak nangis tu biar spontan ...reaction dr dengar berita sedih ke, ada kematian ke, ada binatang peliharaan mati ke.. tapi jangan paksa sedih. Memang la kita kena ingat mati..tapi takyah sedih2 bila ingat mati ni...nanti tak syok. Kita cepat sgt terima takdir yang menimpa... Tanya Yus buat pe?"

Dan Yus membalas...

"Aku paham ngape byk yg sensitif bila kita sentuh tentang kematian, let me share this with you, ada dalil nya tentang ni;

Bila di tanya dari seorang sahabat kpd baginda Rasulullah s.a.w, Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda; 'Org yg paling cerdik di antara manusia adalah orang yg selalu mengingati mati' Saidina Umar sendiri bahagian bwh matanya lekuk kehitaman, bila ditanya oleh sahabat, Rasulullah sendiri mencerita kan bahawa Umar sering menangis bila mengingati mati.

Rasulullah juga ada mengingatkan umatnya, jika perlu di paksa utk menangis, menangis lah kerana takutkan Allah, tak tau selepas kematian nanti apa nasib kita, kerana AIR MATA TAKUTKAN ALLAH itu mampu menjadi benteng penyelamat kita dari siksa API NERAKA. Tak ada niat untuk menakut-nakut kan kawan-kawan, aku sekadar berkongsi apa yang aku tau, dari ustaz yang mengajar dan buku yg aku baca.

Sesungguhnya yg buruk itu dtg dr diri aku sendiri, dan yg baik itu dari ALLAH s.w.t."

Semalam, saya dapat berita salah seorang teman kami (Chinese) bekas pekerja di syarikat ini meninggal dunia. Usianya baru mencecah 28 tahun.

Saya memandang wajah teman saya itu sambil berkata; "Semalam baru kita bercakap pasal mati, hari ni dah ada yang 'dipanggil'. Dan dia tu few years younger than us tau." Dia tersenyum tawar.

Kematian tu amat dekat dengan kita. Kenapa masih tak nak mengingati mati dan berusaha menambahkan amalan?

5 comments:

^aNgRiAni^ said...

Salam Su...

sunat kan fikir pasal mati...

semoga di bulan ramadhan ini Allah sentiasa meredhai kita ya...muahhhaaaaasssss

Tokyo BLUE said...

aku suke entri ni... u tahu tak.. banyak gile entri dari u saya print letak kat dinding bilik.. dah penuh dah.. sebagai ingatan.. thanks

Ibnurashidi said...

Jangan biar hati ketawa kerana fikirkan dunia, Jangan sudah nasi menjadi bubur baru terasa diri mahu menangis..

Sedangkan bila membaca Al-Quran juga kita disuruh menangis inikan pula mengingatkan kematian..

Semoga pengakhiran dengan husnul khatimah dan Syahid..namun sunat juga berdoa panjang umur demi utk beribadat serta mencari ilmu..

Balqis said...

Betul-betul... isk...

Kadang selalu je lupa, waktu-waktu sakit demam barulah terasa dekat jer kematian, tapi waktu sihat gembira, alpa dan lupa....

isk...
masukkanlah kami dalam golongan orang2 yang beriman Ya Allah, dan dalam golongan orang2 yang Engkau redhai....

suara said...

Salam riani...

Mmg kena ingat. Sebab ia mungkin akan terjadi bila-bila masa dan dimana-mana saja.
Yaa... semoga kita semua sentiasa berada dalam keredhaan Allah. muaahh...

Thafiexq aka TB
Alhamdulillah... kita semua insan lemah, mmg perlu saling mengingatkan. Moga ingatan itu menjadi inspirasi utk menggarisi setiap apa kita lakukan.

Ibnurashidi
Betul tu...
Kita mmg perlu mengingati mati. Bukannya bila kita ingat mati, kita mendoakan agar cepat mati. Seharusnya bila mengingati mati, kita akan mendoakan agar umur lebih panjang, semoga kita akan punya banyak masa utk tambahkan ilmu dan amal.

Balqis...
Ramai yg rasa hilang nikmat kehidupan bila mengingati mati. Tak pun, ada yg mengingati mati hanya bila musibah menimpa diri. Tak seharusnya begitu, kan? Sebab itulah kita kena jalankan tanggungjawab kita utk saling mengingatkan. Semoga kita semua sentiasa terpelihara dari sifat lalai dan lupa...