Aug 25, 2009

Ekau nok kayo tak?

Su : "Semalam ada classmate saya edarkan buku 'Bagaimana Mahu Kaya Dunia Dan Akhirat?'. Memang tajuk yang boleh menarik minat orang untuk membeli."

Hasni : "Awak beli tak?"

Su : "Tak."

Hasni : "Tak nak kaya?"

Su : "Hehehe... Mestilah nak. Tapi kaya yang bagaimana? Apa maksud kaya yang sebenarnya? Kaya dunia ni apa ukurannya? Kaya akhirat pulak apa ukurannya?"

Hasni : "Erm... Kalau kaya dunia mestilah banyak harta, kereta dan rumah pun mestilah besar. Tapi kaya akhirat? Erm... entahlah."

Sue : "Ada kereta dan rumah yang besar, makanpun lebih dari cukup, tapi kena keje siang malam, rehat pun tak ada, weekend pun entah ke mana. Rasa-rasanya mereka tu kaya ke? Tak terfikir ke yang mereka tu miskin, sebab tu masih keje kuat. Nak kena settle hutang rumah dan kereta besar."

Hasni : "Hehehe... Awak?"

Su : "Janganlah cakap pasal saya dan awak."

Hasni : "Ohh... ok."

Su : "Ada orang yang rumahnya kecil, kenderaan pun takat motor atau kereta kecil, atau mungkin tak ada kenderaaan pun, tapi makan pakai memang cukup, dan paling penting hidup mereka tenang. Siang keje, malam rehat dengan keluarga. Bila-bila masa nak bercuti pun boleh. Walaupun bukan bercuti ke luar negara, tak boleh nak shopping sakan, tapi paling penting mereka tak payah fikir tentang hutang."

Hasni : "Betul tu."

Su : "Kita ni ada kat ranking mana ye?"

Hasni : "Hehehe... Sendiri lebih tahu la kan."

Su : "Utamanya hati. Kalau hati bersyukur dengan apa yang ada, kita pun boleh jadi kaya sebenarnya. Dah ada kereta yg abih bayar, walaupun kecik, oklah kan? Kalau tukar yang lain, dah buat hutang baru lak. Rumah yg ada, kalau beli rumah baru yang lagi besar, tambah hutang namanya tu. Nanti elok-elok dah jadi orang kaya, jatuh miskin pulak. Elok-elok keje siang dan malam boleh rehat, dah kena buat bisnes sampingan sampai keluar jumpa customer hingga lewat malam. Kalau siang malam dok buat keje sebab nak bayar hutang dunia, bila pulak kita nak ada masa nak kejar kaya di akhirat?"

Hasni : "Betul..Betul.. Betul... Ehh... Kaya akhirat pulak macamana ye?"

Su : "Kalau setiap apa yang dibuat tu ikhlas, insyaAllah lebih mudah menempah kaya di akhirat. Bila bagi sedekah atau derma beratus ribu pun, kalau tak ikhlas, lebih kepada nak kan publisiti. Tak guna jugak. Orang yang ada 2 ringgit dalam tangan, bagi sedekah pada anak yatim seringgit, tak de publisiti apapun mungkin lebih ikhlas berbanding dengan orang yang ada harta berjuta. Bila nak bagi derma, semua media dipanggil. Serampang dua mata konon. Satu nak membantu, satu lagi nak dapatkan nama baik buat diri atau syarikat. Jadi mana ukuran ikhlasnya?"

Hasni : "Erm... payah nak ukur ikhlas ni."

Su : "Memang pun. Ikhlas tu adalah panduan asas untuk mengejar kaya di akhirat. Buat ibadat pun, kalau terdetik hati sebab nak tunjuk kat orang, bimbang pulak hilang ikhlasnya."

Hasni : "Abih tu macam mana?"

Su : "Banyakkan berdoa kepada Allah agar kita punya hati yang ikhlas. Hati yang bersih dari perasaan riak, hati yang hanya mencari keredhaan Allah, yang menjadikan dunia ni sebagai jambatan untuk ke akhirat. Selebihnya biar Allah saja yang menilai setiap apa yang kita buat."

Hasni : "A'ah, kan. Ehh... kemain lagi. Pandai lak awak berceramah ye?"

Su : "Hehehe... Mana ada. Dengan awak je saya boleh bebel macam ni. Itu semua apa yg saya kutip dalam dalam buku dan apa yang ustaz kelas saya bagitahu. Sebenarnya saya sendiri risau, kaya ke miskin saya ni? Kaya bagaimana yang saya nak? Ish... takut jadinya. Ye lah, bimbang jugak kalau kaya dunia buat saya miskin akhirat. Lebih teruk lagi, kalau miskin dunia dan miskin akhirat. Tapi kunci kekayaan dunia dan akhirat ni ada dua je. Bersyukur dan ikhlas. Harapnya kita tak jadi orang yang tak tahu nak bersyukur dan tak ikhlas bila buat sesuatu. Confirm miskin nye lah."

Hasni : "Adoi... Tak nak le macam tu. Ehh... apa isi buku tu? Awak tak tengok langsung?"

Su : "Saya tak tengok. Tapi ustaz tengok la. Memang bagus buku tu, banyak doa. Tapi saya nak tanya awak, setakat mana amalan murah rezeki yang awak dah amal?"

Hasni : "Adushhh...."

Su : "Ada baca surah Al-Waqiah setiap hari? Surah Yaasin? Ayat seribu dinar? Ada bangun malam untuk solat tahajjud? Buat tak solat Dhuha? Istighfar? Amalkan Asma ul-Husna?"

Hasni : "Huhuhu..."

Su : "Amalkan yang tu dulu secara istiqamah dan tengok hasilnya. Bila rasa tak cukup dengan rezeki yang Allah bagi, belajarlah ketuk kepala sendiri dulu. Saya pun rasa nak ketuk kepala sendiri dah ni... Huuaaaa...."

Nota : Saat diri mengeluh resah kerana kehilangan rasa syukur di hati, saya kembali menyoal diri, apa yang saya mahukan dalam hidup ini. Terlalu bercita-citakah saya? Tinggi sangatkah angan-angan yang bertandang? Dan saya akan kembali membaca catatan lama (klik sini) untuk membasuh hati...

Bagi teman-teman yang merasa reseki susah nak masuk, apa kata cuba praktikkan
20 Amalan Murah Rezeki ini. InsyaAllah...

14 comments:

fazemy said...

Penyampaian yang bagus. Betul..beserdahana dlm segala2nya dpt menkayakan hati dan jiwa kita.

nohas said...

Ikhlas itu ibarat semut hitam di atas batu yg hitam di malam yg kelam..

Hmm..hati tenang tanpa hutang..berfikir byk kali utk tukar kereta baru..

Anonymous said...

salam ziarah tuan rumah.

kejarlah kekayaan akhirat dan insyaallah dunia akan datang bersamanya.

- Aykay

nahwanNur said...

Assalamu'alaikum kak,

entri yang menyegarkan, syukran.

teringat saya kata-kata seorang sufi apabila di tanya oleh seseorang 'apakah kekayaan dan kemiskinan' pada pandangan beliau.

Lalu jawabnya;

'Kekayaan ku terletak di kalangan ummat ini, dan kemiskinan adalah terdapat di celah-celah lipatan serban ku.'

pernah juga saya terbaca suatu kata seorang ustaz di indonesia, 'kekayaan ku adalah untuk keperluan umat ini'.

Jika di selak lembar sirah, terlalu banyak orang kaya muslim, namun saat meninggalnya hanya dengan sehelai jubah putih yang tersarung. Dan kain kafan adalah hasil sedekah sahabat lain. Kerana habis kesemua hartanya di sedekahkan dan di infaqkan untuk ALLAH swt.

Dan tidak ketinggalan dataran sejarah membentangkan kisah mereka yang susah namun bersifat qanaah dan tidak meminta yang memampukan mereka memiliki iman dan jiwa yang besar sehingga di angkat ke atas maqam yang tinggi dan terpuji oleh ALLAH swt.

wallahu'alam

Muhasabah dan mujahadah. InsyaALLAH setiap yang diniatkan ikhlas lillahi ta'ala merupakan pengibadahan buat ALLAH swt yang pasti punya ganjarannya.

Salam Ramadhan AL Mubarak.

eeeda said...

Selalunya manusia memandang kpd mereka yg kaya harta...itu yg dipuji, itu yg disanjung. Tapi kita sebenarnya belum kaya dalam erti kaya yg sebenarnya...kaya yg membawa kepada kebahagian dunia dan akhirat.

fusarium solani said...

Salam,
Kak Su,

Terima kasih atas kuliah yang amat menarik ini. Walaupun isi kandungannya sarat dengan nasihat dan ilmu.

Beruntung Aliff mengenali blogmu.

epalejau said...

err..
epal banyak utang la, kak su.
huaaaa...

utang pacik ptptn da berpuloh ribu.
uhuk..
naseb bek kat maktab ni dapat sponsor free..
kalo x,
tambah utang lagi larrr jawabnye epal..
:(
x campur lagi utang keta ada dua tahun lagi nak bayo..
huuuuu..

nak nangis..

samdaddycool said...

Bab hutang, harap-harap kita bebas hutang secepat mungkin, dan seboleh-bolehnya mati takde tinggalkan hutang.
...dan ikhlas, minta-minta kita berada dalam keadaan ikhlas dlam membuat amal dan kebajikan.. amin

ryann said...

terfikir tentang apa maksud kaya yang sebenar...hmmmm

Tie said...

Tie memang teringin nak kaya, tapi bukan setakat kaya wang dan harta, hendak juga kaya budi dan amal...

Kak Long Mawar Merah said...

Panduan yang berguna.
Ingin berusaha menjadi manusia yang sentiasa kaya dengan rasa syukur.

suara said...

@fazemy,
Terfikir gak, bagaimana dgn org yg zuhud ye? Kita..? Huhu...

======================
@nohas,
Su sayang kereta lama tau. Sentimental value tuh... Huhu... kereta su masih dalam ICU...

======================
@Aykay
InsyaAllah...

======================
@NahwanNur,
Bagus sekali perkongsian kamu... Thks dik.

======================
@eeda,
Manusia semakin memandang kebendaan. Sebab tu lebih banyak berlaku penindasan. Su gerun dengan keadaan ini sbnrnya... sbb diri rasa terpenyek dek beratnya dunia... huhu

=======================
@Aliff
Kak su pun bertuah kerana Aliff sudi membaca perkongsian ini. :)

=======================
@epalejau,
student sekarang mmg terbeban dgn ptptn kan? sian... sib baik kak su dah abih bayar utang pinjaman.

aik... belajar lg dah ada utang kereta? Kak su dulu jalan kaki je tau... tak yah pikir pasal minyak, tol, service....

======================
@samdaddycool
amin...

======================
@ryann,
kaya yang mana satu tu... yg makan dgn roti pun kaya jugak. :D

======================
@Kaytezee
Su pun sama gak.

======================
@Kak Long Mawar Merah
InsyaAllah.

epalejau said...

keta tu masa epal keja lagi la, kak su..
epal sempat keja.
keta tu pun hasil ehsan dari akak epal ms first epal dpt keja.
epal cuma sambung bayar je.

dan epal tak rancang pun nak sambug stdy...
skrg pun, epal stdy x bawak keta.
keta tgal kat kampung.
bg family je pakai..
cz epal x mampu nak blanja minyak n servis..
haha..

p/s: kak su, sabah takde tol.:)

suara said...

@epal...
Oooo.... ingatkan beli masa belajar. Hehehe... sori. Kak su memandai buat andaian sendiri.