"Su rasa ok ke datang dgn pekej yg disediakan oleh travel ejen ni?" Tanya Cikgu Niza tiba-tiba, memenuhi ruang yang kosong antara kami sementara menunggu giliran untuk mandi dan bersiap.
"Kenapa?" Tanya saya kembali. Sedikit samar dengan apa yang dimaksudkan.
"Ye lah, puas hati ke dengan hotelnya, jadual lawatannya?" Dia menjelaskan.
"Erm... bagi Su, alhamdulillah. Su puas hati." Jawab saya ringkas.
"Ooo... ye? Lain kali rasa nak datang dengan travel ejen ni lagi ke?" Dia bertanya lagi.
"InsyaAllah. Kalau berdasarkan pengalaman ni, Su akan fikirkan travel ejen ni lagi kalau nak datang semula kat sini." Jujur dari hati, saya akan pertimbangkan jika kena dengan pekej dan kemampuan.
"Erm... tak pe lah." Katanya sedikit kecewa.
"Su kan kali pertama datang sini, mana lah Su boleh buat perbandingan ok atau tak apa yg dah pihak pengurusan sediakan. Kalau macam cikgu, lainlah. Dah banyak kali datang, boleh buat bandingan." Balas saya cuba membuatkan dia faham kenapa saya berkata begitu. Pasti ada sesuatu yang mengganggu fikirannya. Saya pasti.
"A'ah kan. Kali pertama datang, memang payah nak buat bandingan." Katanya sedikit lega sambil menyambung; "Saya dah banyak kali datang. Ada rasa kecewa sikitlah. Bukan apa, sbb jauh kena berjalan. Maklumlah, umur dah macam ni, mana nak larat jalan jauh. Masa anak saya register dulu, katanya hotel dekat. Tetiba dapat yg sini." Benar tekaan saya. Ada bebanan di hatinya.
"Erm... Masa Su tanya dulu, orang pejabat tu memang kata ada hotel dekat, dan ada yang jauh sikit. Tapi dia tak janji mana yang dia mana satu yang kami akan dapat." Seketika saya mengimbau kembali apa yang dicakapkan masa taklimat umrah.
"Ehh... masa saya nak booking tu dia janji bagi yang dekat." Tegasnya lagi.
"Erm... mungkin kerana tu cikgu rasa berat hati kot, sebab mereka dah janji. Su pulak, mereka tak de pun. Tapi dah rezeki dapat jauh sikit, Su terima je. Su fikir, mesti Allah nak beri pahala lebih sebab langkah lebih banyak bila jalan jauh ni." Saya kira cara yang paling baik untuk mengurangkan rasa tak puas hati ialah cuba mencari hikmah tersembunyi. Walaupun jawapan sebenar tak pasti, tapi ia mampu mengubat hati.
"Su orang muda, lainlah. Boleh buat ibadat puas-puas. Jalan banyak pun tak pe. Saya ni dah berumur, tenaga pun dah kurang. Mana larat sangat." Sedikit keluhan kedengaran dari nada suaranya.
"Ermm... ye lah cikgu, Su pun faham keadaan cikgu. Memang frust jugak kalau apa yang kita dapat tak sama dengan our expectation." Saya memujuk dan cuba memahami.
"Tapi kita dah sampai sini, cikgu cubalah buat mana yang larat. Kalau ada apa-apa yang boleh Su tolong, bagitahu je."Saya menawarkan diri kerana tahu masalahnya. Dia diam. Mungkin banyak perkara yang menerpa fikirannya. Rasa kecewa, rasa tak berdaya. Datang ke sini untuk beribadat, tapi keadaan yang ada sedikit membataskan pergerakan.
Melihatkan dia begitu, saya menyambung; "Cikgu kan dah banyak kali datang sini. Buat haji dan umrah dah berkali-kali. Pahala pun insyaAllah memang berganda. Bukan semua orang dapat peluang macam cikgu. Su ni baru pertama kali datang, entah dapat datang lagi entahkan tidak." Kata saya cuba menimbulkan rasa syukur atas kelebihan yang telah dia miliki, berbanding saya yang baru merasai pengalaman ini.
Sungguh saya tak tahu bagaimana nak mengurangkan beban di hatinya.
Saya tahu dia kecewa. Bukan salah dia kerana mengharapkan kemudahan yang baik untuk diri dan anaknya yang menghadapi sedikit halangan kesihatan.
Dan saya rasa bukan juga salah travel agen yang membantunya mendaftar. Mungkin sedikit salah faham, bercampur dengan kemampuan terbatas untuk memenuhi permintaannya membuatkan semua ini terjadi. Maklumlah, datang ikut pekej berkumpulan, mana mungkin ditempatkan mengikut kemahuan, tambahan lagi kalau mintak ditempatkan di hotel yang berasingan. Apapun, saya yakin itu adalah rezeki masing-masing yang telah Allah tetapkan.
Semoga Allah menerima ibadat kami. Amin.
Aug 7, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
kak su..
lama nya sunyi sepi..
erm..
kalo makin jauh kita jalan utk menimba ilmu,
dapat pahala lebih tak, kak su?
hehe..
ngade2 epal ni..
saje nak relate ngn diri sndiri jgk.. :)
Mengerjakan haji & umrah memang byk dugaan..sabar & redho shj ubatnya..
maksu terasa ada beban di hati.... so, maksu nak berehat sebentar dari arena blogging
salam ziarah kak sue.
@epalejau,
kak su sibuk la sayang. tu yang lama diam tu. huhu...
Org kata jauh perjalanan, luas pengalaman. menuntut ilmu itu adalah satu jihad. Pahala jihad bukan senang nak dapat. Jadi, macam epal yg belajar jauh, insyaAllah ada imbuhan yang Allah sediakan. So, belajar elok-elok, jangan nak leka lak.
========================
@nohas
Memangpun. Ubat tu lah yang kadang tu payah nak raih...
========================
@maksu,
alahai... beban apa tu maksu sampai nak berundur dari dunia blog ni. ish... mesti ramai yang sedih nanti sbb blog maksu ramai peminat...
========================
@gdiz,
Salam ziarah... lama tak nampak gdiz.
Post a Comment