Aug 14, 2009

Prof... Terima kasih.

Awal tahun 2009.

"Awak pergilah umrah dulu sebelum buat IVF ni. Mintak petunjuk dengan Allah." Kata Hasni, sepupu rapat yang menyarankan saya menunaikan umrah sebelum melakukan IVF.

"Awak ingat saya tak nak pegi? Kan dah berapa kali saya cakap, kalau ikutkan hati saya, dah lama saya pergi. Masalahnya Nas nak pergi buat haji terus bukannya umrah dulu." Nada suara saya tinggi.

Ini bukan kali pertama. Sudah berkali-kali dia mencadangkan. Saya bengang tapi bukan kerana cadangannya, tapi kerana dia tak faham halangan yang saya hadapi walaupun telah banyak kali saya memaklumkan.

"Amacam pengalaman kat Tanah Suci, best tak?" Tanya saya pada teman lama saya, Awiey sekembalinya dari menunaikan haji tahun lepas.

"Best sangat. Awak pegilah cepat-cepat. Mintak doa kat sana. InsyaAllah, makbul nanti." Dia membalas ym saya dicelah kesibukan.

"Bukan saya tak nak pergi, tapi Nas belum bersedia." Tangan saya lemah menaip bait-bait kata.

"Dah daftar dgn Tabung Haji? Nas tu, pandai-pandailah pujuk dia." Mata saya membaca kata-kata yang terpampang di skrin.

"Dah daftar beberapa tahun lepas, duit pun insyaAllah cukup. Tapi giliran kami katanya tahun 2013. Dah pujuk berkali-kali, tapi hati belum terbuka agaknya." Balas saya lagi sambil melepaskan keluhan.

"Pujuklah lagi. Sebagai persediaan, awak beli lah buku Prof Kamil, Travelog Haji. Best sangat. Banyak yang boleh belajar dari pengalamannya." Cadangnya.

Lalu bila saya ke PKNS, saya temui buku-buku Prof Kamil, terus saya membelinya. Travelog Haji dan Travelog Dakwah. Memang saya teruja bila membaca buku itu. Dalam sehari, saya berjaya menghabiskan Travelog Haji.

"Abang bacalah... Menarik sangat. Buku ni lain tau. Lebih pada pengalaman perkongsian Prof Kamil secara keseluruhannya. Cerita di sebalik setiap kisah dia pegi haji. Bahasanya pun mudah je..." Saya bercerita pada suami dengan penuh semangat. Mengharapkan agar dia turut merasa teruja sepertimana saya.

"Ok... ok... Nanti abang baca. Banyak lagi buku yang Yang beli belum abang baca ni..." Katanya seperti selalu. Saya tahu, saya banyak membeli buku. Malah sebahagian besarnya saya sendiripun belum habis lagi. Bila buku yang sedang dibaca agak susah untuk di hadam oleh minda, biasanya saya tinggalkan bila saya beli buku yang lain. Aduhai diri...

Buku Travelog Haji itu tak pernah saya lihat suami menyentuhnya, sehinggalah...

"Abang, Su baca blog Prof Kamil, katanya ada ceramah di surau seksyen 7 Jumaat malam nanti. Kita pergi nak?" Ajak saya bila membaca tentang ceramah yang bakal diadakan dalam blog beliau.

"Eh... bukan ke malam tu ada ceramah Ustaz Harun Din kat masjid? Lagipun, lepas tu abang ada futsal pulak." Balasnya.

"A'ah lah... Su lupa. Erm... dua-dua best. Mana nak pegi ye? Tapi Su teringin nak dengar ceramah Prof Kamil. Surau seksyen 7, tapi tak tahu kat mana." Balas saya lagi. (Tak ingat nama surau tu, tapi tak jauh dengan UiTM.)

"Nantilah. We decide later, k?" Katanya lagi. Saya mengangguk lemah. Memahami sikapnya yang sukar nak di pengaruhi, saya tak mahu mengharap sangat.

Hari Jumaat.

"Yang, betul nak pergi ceramah Prof Kamil ni?" Tanyanya dalam satu panggilan telefon.

"Ye la. Abang nak pegi tak?" Hati saya bagai dipercik bunga api, harapan menyala indah.

"Ok. Kita pergi ceramah Prof Kamil. Abang dah tanya kawan. InsyaAllah, boleh rasanya cari jalan ke surau tu." Dia memberi kata putus.

Sebelum Maghrib, kami bertolak. Hampir 15 minit kami berlegar mencari surau yang dimaksudkan, tapi tak ditemui. Ya Allah... berikan peluang untuk kami menghadiri ceramah Prof Kamil. Dalam diam saya berdoa sendiri.

"Kalau tak jumpa jugak, kita pergi ke masjid je lah." Kata saya hampir putus asa. Apatah lagi bila melihat dia mula mendiamkan diri. Sehampir Mahgrib, kami bertemu satu surau yang berhampiran dengan apartment. Lega. Alhamdulillah, sempat juga kami solat berjemaah. Tapi melihatkan surau yang agak lengang, hati sekali lagi berdetak. Apatah lagi bila melihatkan jemaah perempuan hanya 3 orang saja. Nyata sekali kami tuju surau yang salah.

Dengan bantuan kompas rakyat, kami kembali mencari surau yang dimaksudkan. Kali ini mudah sekali. Syukur.

Celoteh Prof Kamil memang langsung tak membosankan. Bermula sejurus selepas solat Maghrib, sehingga hampir pukul 10 malam. Suami saya hampir ketinggalan permainan futsalnya, tapi tak pulak dia mengajak saya balik. Akhirnya selepas selesai ceramah Prof dan solat Isyak, barulah kami bergegas balik.

Esoknya saya mulai melihat dia mengelek buku Travelog Haji. Dan seminggu dua kemudian, dia mula bercerita tentang umrah.

"Yang, ada masa cuba lah survey pekej umrah. Mana tahu kalau ada rezeki kita nak ke sana." Saya mengangguk laju saat suami berkata begitu.

Sepupu saya menjadi tempat yang paling sesuai untuk saya 'mengada-ngada'.

"Nie, memandangkan awak dah ada pengalaman pegi haji dan umrah, dan awak pun bercuti panjang sekarang ni, apa kata tolong saya cari pekej umrah untuk saya." Hanya beberapa jam, Hasni membuat panggilan dan senarai beberapa pekej di beri untuk dibincangkan dengan suami.

Ketika meneliti senarai yang saya hulurkan, suami tiba-tiba berkata; "Ehh... ini travel ejen classmate abang ni! Nanti abang call dia sendiri lah."

Esoknya selepas kelas, saya melihat dia mengelek 2 buah beg travel berwarna kuning biru.

"Yang, esok atau lusa malam kita pergi bayar pekej umrah yang abang dah booking. Kita buat umrah bulan depan. Beg pun dah dapat ni!" Katanya teruja. Senyum saya melebar.

Di dalam flight pulang ke Malaysia selepas 13 hari di Tanah Suci, dia berbisik lembut, "Terima kasih sebab ajak abang pergi ke ceramah Prof Kamil hari tu...."Tangan saya digenggam kemas. Saya tersenyum puas.

Syukur Ya Allah... Akhirnya Kau kabulkan doaku...

Terima kasih Prof Kamil, kerana semangat dan kesungguhan Prof berceramah telah menambat dan membuka hati suami saya....

Nota : Saya yakin setiap orang ada peluang untuk ke Tanah Suci. Kita cuma perlu berusaha dan berdoa meminta kepadaNya. Bila Dia akan beri peluang tu, hanya Dia yg tahu masa yg sesuai buat kita.

P/S... Opss... saya letak gambar kuda laut. Tak de kaitan. Saja letak sbb dia comey sgt. Hehehe...

11 comments:

epalejau is sumone who: said...

salam, kak su.

artikel kak su buat epal tertanya2 apa isi ceramah prof tu.

teringin nak dengar utk melembutkan ati epal yg sengal kadang2 ni. huhu..

GDIZ said...

salam...

semoga apa yg kak sue hajati tercapai.

Nooreena said...

Assalamualaikum akak yang dikasihi..
Sangat lama Reen dah tak berkunjung ke sini. Sangat2 lama.. Maaf akak. :(

Alhamdulillah ada juga kesempatan untuk membaca blog-blog sahabat. Akak.. Alhamdulillah syukur padaNya kerana akak dipertemukan dengan suami yang memahami.. serta dipermudahkan oleh Allah. Termakbul doa akak untuk ke Tanah Suci. Reen gembira sangat untuk akak. :)


PS: Akak.. Reen akan menghabiskan bulan Ramadhan di Penang. Lebih kurang 3 hari lagi nak raya, baru balik. Kalau ada kesempatan kita jumpa k. Rindu pada akak.. \(--.)/

ryann said...

menarik baca artikel ni. segalanya dipermudahkan

nohas said...

Oooo..macam tu ke ceritanya. Lepas ni, gi haji pula, dah ada pengalaman..

^aNgRiAni^ said...

Salam su...lama tak masuk sini...rindu kat su :D

selamat menyambut bulan ramadhan...semoga kita memperoleh keberkatannya...amin :D

Faridrashidi.Com said...

Dah lama tak ke sini. Kak su apa khabar?

Buku travelog dakwahnya saya dah baca. Alhamdulillah.

suara said...

@epalejau...
Salam dik sayang.
80-90% dari isi ceramah ada dalam bukunya. Tapi tentulah cara penyampaian secara life lebih menarik, sebab tu agaknya ia berkesan di hati suami.

Cubalah epal baca buku dia dulu, mana tahu boleh menyembuhkan kesengalan epal yg kekadang menyerang tu... hehe

=====================
@gdiz,
Ameen...

=====================
@noareena...
Waalaikumussalam dik manja...

Sibuk melayan teman-teman yg berkonvo ye? Kak su pun baru balik dari konvokesyen anak buah kat UTM Ahad lepas.

Dapat suami yg penyayang dan memahami juga satu rezeki dan nikmat. Alhamdulillah... Err... Reen tak lama lagi kan? hehe...

p/s: Selamat Berpuasa Reen. Kak su maybe balik kg awal gak.. Entah ada peluang jumpa reen ke tak sblm raya. Err... kalau jumpa kak su, reen nak bg duit raya ke? Haha...

suara said...

@ryann,
Doa, itulah kuncinya. Alhamdulillah... :D

=======================
@nohas,
A'ah... gitulah cite asalnya.
InsyaAllah, mmg berazam dan tak sabar nak ke sana lagi. Nak buat haji lak. Jom...

=======================
@angriani,
Lama riani tak singgah sini. Baby sihat?
Selamat menyambut Ramadhan buat Riani juga...

=======================
@Farid,
Farid sibuk ye..?
Kak su pun sibuk gak... dah dua minggu, jadual weekend penuh dan ada tamu kat rumah.

Faridrashidi said...

Sibuk itu sudah semestinya. Jika tak sibuk masa rugi dan hilang begitu saja.

Tambahan pula sedang menanti sesuatu :)

Nooreena said...

Ha'a.. minggu lepas melayan tetamu (sahabat2 tersayang) yang tumpang bermalam di bilik. Eh, akak di UTM ke? Awat tak ajak Reen pi sana sekali? Hihi ;)

Eh akak la yang kena bagi duit raya kat Reen.. Reen kan belum bekerja lagi. Hihi. Tapi kan, Reen boleh je nak bagi akak kuih raya ke, jalan raya ke, kerja raya ke.. atau hantu raya. Haa, akak berkenan yang mana? =D