Aug 11, 2009

Tetamu Istimewa

"Ada orang tanya saya, tak bawak baju baby sekali ke? Dia takut saya terberanak kat sini nanti." Dia bercerita sambil ketawa kecil.

"Hah?... Adik dah berapa bulan ni?" Tanya saya meminta kepastian.

"Dah tujuh bulan kak." Saya terlopong. Kagum.

"Suami benarkan?"

"A'ah. Dia nak datang sebenarnya tapi tak boleh sebab nanti bila saya bersalin, dia nak cuti panjang, nak temankan saya masa berpantang. Lagipun saya memang nak temankan mak."Jelasnya sambil tersenyum.

"Mintak nasihat doktor tak sebelum datang sini?"

"Dah. Doktor kata boleh je." Memang dia kuat. Katanya, bekerja sebagai software engineer di Brunei, memerlukan dia aktif bergerak dan jelas sekali dia langsung tak memanjakan diri.

"Kalau begitu tak pe lah. Kalau nak mintak tolong apa-apa, cakap je ye!" Hanya itu yang boleh saya tawarkan.

=================================================

"Kak su, tolong temankan mak saya ye. Dia ada masalah short memory lost. Nanti saya risau kalau dia tak dapat cari jalan balik. Saya ngantuk sangat, sebab baru makan ubat batuk dan selsema. Tak larat nak temankan mak." Kata Nashrah sambil terbaring lesu di katil. Suara sengaunya jelas kedengaran.

"Boleh, apa salahnya. Jangan risau, berehatlah." Saya menyanggupi. Simpati bila melihat dia begitu.

Kami ke masjid bersama. Selesai solat fardhu, saya menunaikan solat sunat. Selesai berdoa, Makcik Aishah terus mengambil beg dan melangkah keluar. Kekhusyukan saya terganggu. Risau.

Selesai solat, saya cepat-cepat keluar. Nyata saya telah kehilangan jejaknya.

Ya Allah... Bantulah aku Ya Allah.

Akhirnya di celah-celah orang ramai yang melihat barangan di sepanjang jalan ke hotel kami, saya temui Makcik Aishah. Alhamdulillah...

"Laa... kamu cari makcik ke? Maaf lah. Makcik rasa boleh ingat lagi jalan nak balik, tu yang makcik balik sendiri tu. Tapi entah kenapa tak sampai-sampai lagi kat hotel..." Katanya dengan nada kesal.

"Tal pe lah. Saya risau. Lagipun saya dah janji dengan Nashrah nak temankan makcik. Mari saya bawak makcik masuk hotel dulu." Risau menghilang, simpati bertandang. Kalaulah ibu saya masih ada.... entah bagaimana keadaannya.

==================================================

Saya melangkah masuk ke bilik Makcik Imah. Kelihatan Kak Siti sedang menyeringai menahan sakit geli apabila diurut oleh Makcik Zawiah.

"Aih...Ni ngapa sampai kena urut ni?" Tanya saya ingin tahu.

"Biasalah. Angin. Orang baru bersalin memang mudah masuk angin kalau tak jaga." Jawab makcik Zawiah yang rupanya mengambil upah mengurut orang di kampungnya.

"Baru bersalin?" Hairan. Saya mengulang meminta kepastian.

"Ye la dik oi. Anak kat rumah tu baru 5 bulan." Kata kak Siti bersahaja. Saya terperanjat. Tak sangka, orang yang pernah satu apartment dengan saya semasa di Bahrain, baru saja melahirkan anak kecil.

"Eh... kecil lagi tu. Sapa jaga?" Tanya saya lagi.

"Mak." Jawabnya ringkas.

"Suami?"

"Dia keje."

"Kenapa tak ikut Kak Siti datang sekali?" Menyibuk lagi.

"Kerja banyak katanya. Susah nak dapat cuti. Tapi Kak Siti tak kisah. Dia izinkan Kak Siti datang, itu dah cukup." Katanya sambil tersenyum. Saya tak mahu bertanya lagi. Bimbang andai ia akan membawa saya memasuki urusan peribadi yang tak patut diambil tahu.

===================================================

Persinggahan di Laut Merah untuk makan tengahari, memberi saya kesempatan untuk menghuraikan satu persoalan yang terbuku difikiran.

"Kak Nor, maaf ye. Su nak menyibuk sikit. Nak tanya pasal suami akak tu." Saya membuka mulut, saat hanya tinggal saya berdua dengan kak Nor. Sedikit bimbang bersarang andai pertanyaan saya menyentuh hati.

"Boleh. Tanyalah. Kalau Kak Nor boleh jawab, insyaAllah." Katanya sambil tersenyum manis.

"Sebenarnya Su tertengok nama dia kat tag umrah. Nama lain. Su rasa dia kenalkan diri hari tu sebagai Pak Airik... Bila tengok tag tu, Su dah tak tahu nak panggil dia apa. Bimbang gak takut salah dengar nama dia hari tu." Saya meluahkan apa yang terbuku di hati.

"Hehe... Itu ke yang Su nak tahu. Erm.. Dia mualaf. Baru beberapa tahun masuk Islam. Nama kat I/C belum tukar. Sebab tu guna nama Cina, sebab passport pun nama tu lagi." Berkelip-kelip mata saya mendengar penjelasan Kak Nor.

===================================================

"Eh... Sapa yang guna lampai pakai buang ni?" Tanya saya pada seorang rakan jemaah bila melihat ia berada di dalam timbunan barang yang dikumpulkan sebelum bertolak balik.

"Itukan makcik yang datang dengan anak-anaknya perempuan yang ramai tu. Yang berkerusi roda tu la."

"Hah? Dia pakai lampin ke?" Saya terkejut. Kagum dengan semangat yang ada dalam dirinya. Juga kagum pada anak-anaknya yang begitu setia berada disampingnya, membantu dan menguruskan ibu tua yang uzur menunaikan umrah.

===================================================

Nota : Perjalanan umrah yang saya lalui, memberi saya peluang bertemu dengan bermacam jenis orang. Bila telah tiba masanya, apa jua rintangan dan halangan yang muncul, tak menghalang mereka dari menjadi tetamu Allah.

Bila jemputan ke rumahNya telah tiba, walaupun ada halangan yang merintang, pasti ada penyelesaiannya, ada laluan mudah untuk seseorang individu itu menuju tanah barakah. InsyaAllah.

4 comments:

epalejau said...

Alhamdulillah..
kak su da lepas sekali halangan2 utk menjejakkan kaki di sana kann..
epal?
insya ALLAH, tak putus doa epal nak rasa jgk g sana.

cuma masa x mengizinkan.
tambahan pula, bajet epal uhuk..
makan pun harap megi ngan sardin je skrg.

tidak mengapa la lambat sedikit.
asalkan peluang itu tetap ada.
biarlah jejakan pertama epal d sana bersama mak ayah tersayang.
amin.

Adliff said...

Salam,
Baguslah tu, kak Su mengambil pengajaran dan balik mengajar pula pembaca diblog ini.

Bukan mudah untuk kita belajar secara terus dari Tanah Suci.

ns said...

salam kak sue

semoga saya juga dpt menjadi tetamu jemputanNya suatu hari nanti..seronok baca pengalaman yg kak sue dpt ms kat sana

suara said...

@epalejau,
InsyaAllah, selagi ada keinginan, usaha dan doa yang berterusan, kak su yakin Allah tak akan mensesiakan permintaan epal.

Err... masak maggi tu jangan lupa letak sayur dan lauk, baru ada khasiat sikit. Jangan makan selalu sangat tau... Tak elok.

=====================
@Aliff,
Salam dik.
Err... kak su belajar melalui pengalaman tapi takde lah nak mengajar, cuma berkongsi. Huhu... Gayat bila dengar perkataan mengajar, teringat kisah lama.

=====================
@gdiz,
Salam kembali. InsyaAllah, moga satu hari nanti gdiz akan kesana jugak.