Sep 8, 2009

Rojak Minda

".... tidak munasabah dipotong tangan pencuri dalam masyarakat yang lapar dan terdesak. Tidak munasabah dihukum hudud orang berzina dalam masyarakat yang unsur zina bertebaran, perkahwinan disusah-susahkan, kes perceraian ditangguh-tangguhkan dan berbagai keadaan yang mendorong kepada zina. Munasabahkah dilaksanakan hukuman murtad dalam dunia yang penuh keliru dan kegagalan golongan agama dan pemerintah merongkaikan kekeliruan secara berkesan...." - Dr MAZA, akhbar Sinar.

Saya kecewa bila membaca petikan pernyataan begitu, keluar dari seorang yang tinggi ilmu agamanya.

Melihat dan menilai sebelum menghukum, memang baik dan harus dilakukan. Tapi dimana garisan penentunya?

Saya tak banyak ilmu di dada, dosa juga menimbun banyaknya, tapi bila membaca petikan itu hati saya rasa cukup tak selesa. Lalu saya menulis di sini, sekadar mahu berkongsi suara yang terlintas di minda saya;

1. Jika lapar dan terdesak, mencuri boleh dilepaskan dari hukuman? Lalu bagaimana masyarakat terutama generasi muda nak belajar tentang apa yang dikatakan 'yang salah tetap salah'?

2. Bukankah zina bertaburan kerana tiada hukuman yang mampu membuatkan orang yang melakukannya berfikir berkali-kali untuk melakukannya? Lalu mestikah membiarkan penzina lepas selagi semua kes penceraian tak selesai? Mungkinkah selama ini hukuman diberi sekadar melepaskan batuk di tangga kerana menimbangkan banyaknya pendorong zina dan hukuman berat tak akan memberi kesan seperti yang di harapkan?

3. Mana yang lebih berkuasa dalam sesebuah negara, pemerintah atau golongan agama? Jika langkah dua golongan ini tidak seiring, tidak sehala, tidak sehaluan, bagaimana mahu merungkaikan kekeliruan secara berkesan?

Adakala kita tak payah menunggu sehingga kita berjumpa punca masalah, dengan alasan mahu mencari cara terbaik untuk membetulkan keadaan. Kita cuma perlu bertindak bila ada peluang dan keizinan Allah. Apapun tak akan selsai jika kita lebih banyak habiskan masa dengan menyelidik dan mencari sebab sesuatu musibah itu berlaku.

Ibarat selsema babi yang mengandungi virus babi, burung dan manusia. Mana yang nak dihapuskan untuk menghalang virus ini terus merebak? Babi, burung atau manusia? Pilihlah yang paling jelas. Dah namanya selsema babi, bunuhlah dan hapuskan babi dulu (dalam ertikata lain, tak payahlah nak besarkan dan tambahkan lagi ladang babi yang telah sedia ada)... tak kan nak tunggu manusia jadi pupus baru nak hapuskan babi?

Opss... tetiba emosional la pulak. Ampun Ya Allah...

Tetiba saya teringat satu ceramah dalam slot Bicara Ad-Din yang saya hadiri.

"Bila berlaku sesuatu musibah keatas sesuatu kaum atau seseorang individu, Khalifah Umar bertanya, 'Apakah dosa kaum kamu sehingga Allah timpakan musibah sebegini?'. Khalifah Umar tak sibuk mencari punca kenapa musibah itu berlaku, sebaliknya menyoal kaum tersebut dengan soalan begitu. Itu sudah cukup untuk menyelesaikan masalah. Ia membuatkan kaum tersebut berfikir apa yang perlu diperbetulkan dalam kehidupan mereka. Cara hidup, pendirian dan pegangan terhadap sesuatu perkara. Lalu, tak bolehkah kita gunakan soalan yang sama untuk situsi H1N1 yang kian parah kini?"

Apa dosa saya, dosa kamu, sehingga Allah timpakan musibah ini pada negara kita? Jom kita fikirkan dan kita perbaiki apa yang kurang dan rosak.

Nota : Maaf jika pengisian bercampur aduk, bahasa juga tak tersusun. Saya sekadar menulis apa yang terlintas di fikiran yang sedang hebat terhayun bagai pusingan roller coaster. Salam Ramadhan semua.

9 comments:

Nur said...

Setuju kak, dr. MAza tuh memang....ampunnnnnnn kan ku jua Ya Allah...

epalejau said...

:(
kak su.
epal banyak dosa.
sedih.
tak terhitung..
:(
:(
:(

ampun ya ALLAH...

Mak Su said...

err, yg baiknya kita ikut betul2 guidelines, errr. ntahlah, saya tak pandai

Nooreena said...

Assalamualaikum Kak Su..

Semalam terdetik rindu pada akak. Dan hari ni ada entri dari kakak tersayang. :)

Kak.. tentang entri akak kali ni.. Reen terfikir ini:

"Action speaks louder than words."

Kalau dok canang tung tang tung tang tapi buatnya tak, tak guna la kan? Yang peliknya, orang sekarang suka noo bermesyuarat. Tapi mesyuarat sampai 3 jam, apa ke heii nye? Ish3.

suara said...

@Nur...
Moga Allah ampunkan kita semua ye dik...

===================
@epalejau,
Isk... dosa banyak mana pun kena hitung dik epal oii... supaya lepas menghitung tu kita berusaha untuk menghapuskan dosa lalu dengan amalan.

Huhu... pepandai je kak su cakap kan. Dosa sendiri pun tak cukup nombor nak kira nih...

====================
@maksu,
Saya pun tak pandai... tapi sesekali nak jugak lepaskan apa yg ada di fikiran.

====================
@Nooreena,
Waalaikumussalam Reen.

Fuh... kita ada chemistry agaknya, kan. Bila rindu melintas di kalbu, daku muncul mengubati rasamu... Cewaahhh... kalah pakwe reen tau bila kak su bermadah. Hahaha...

Meeting tu alasan untuk orang yang tak berpeluang untuk dating. Jumpa dan cakap je dah cukup. Agaknya lah... :D

Farid Rashidi said...

Salam Kaksu..

Lama tak ke sini.. ya, kaedah mereka lebih banyak menggunakan Amar Ma'ruf sahaja.. Nahi Mungkar tolak tepi.

suara said...

@Farid,
Salam. Sibuk ye?

Sebut pasal amar maaful nahi mungkar... teringat salah satu topik yang Hamka (pemilik blog keretamayat) buat. Ermm...

aliff muhammad said...

Salam,

Ka Su,

Matlamat tidak menghalalkan cara.

Balqis said...

Hurm...

Belum dibuat lagi hukum hududnya, sudah kata tidak boleh.

Dalam hukum hudud sendiri pun ada cara mahu menentukan salah atau tidak seseorang, bukan senang boleh main tuduh-tuduh dan terus jatuhkan hukuman. Masyarakat ditakutkan dengan hukum hudud sebab hukuman diperbesar-besarkan. Justeru terus ditolak. Dalam apa-apa hal pun, bila ada sesuatu masalah, kembali ke akar, kepada fitrah Islam. Sesungguhnya ujian yang Allah beri dan hukuman yang Allah tetapkan dah disusun cantik untuk kita. Hukum Allah SWt tiada cacat celanya.

Wallahua'lam.