Aug 21, 2009

Ramadhan Kali Ini...

Ramadhan kembali lagi...?
Tak lah.
Ramadhan datang dan pergi
Tapi tak pernah kembali.

Teringat arwah Ustaz Asri dari kumpulan Rabbani. Teringat juga arwah Yasmin Ahmad. Teringat anak jiran yang dah jadi arwah, yang tersenyum riang tatkala menerima ijazah sarjana di UTM Sabtu lepas. Hanya dengan sekelip mata, dia diambil kembali oleh Sang Pencipta. Ramadhan tahun ini tak sempat dirasa.

Adakah mereka tahu bahawa Ramadhan lepas adalah Ramadhan terakhir?

Dan kita? Sempatkah menikmati Ramadhan tahun depan? Sempatkah menghabiskan Ramadhan ini sehingga ke hujungnya?

Ayuh... kita jadikan Ramadhan ini lebih baik dari tahun sebelumnya. Lipatgandakan ibadat dan hayati Ramadhan ini dengan rasa kehambaan yang mendekatkan diri kita dengan Tuhan Ar-Rahman.

Ya Allah Ya Razzaq... Rezekikan kami dengan ketaqwaan dan penuhilah hati kami dengan kerinduan padaMu, agar dengan itu kami akan selalu menyebut dan menyeru namaMu.

18 comments:

echah_syed said...

slm ramadhan su..

jom kita carik malam Lailatul Qadar :)

suara said...

@combi,
Salam Ramadhan.
Joomm... Moga Allah rezekikan kita dengan lailatul qadr. Amin.

Madu Warna Biru said...

tersentuh rasa hati ni..:D

selamat berpuasa kak su .. Insyaallah tahunni lebih baik dari sebelumnya:D

suara said...

@MaduWarnaBiru,
Lely sayang. Berusaha sesungguh hati ya!

GDIZ said...

Selamat menyambut ramadhan buat kak sue sekeluarga semoga kita mendapat keberkatan dariNYA..insyaAllah..

suara said...

@gdiz,
Terima kasih...
InsyaAllah.

Faridrashidi said...

Selamat menyambut ramdhan al-Mubarak Kak Su.

Nak jemput Kak Su tengok-tengok di http://iklan.faridrashidi.com/

fajar said...

salam Ramadan.
moga Ramadan kali ini menjadi lebih sempurna dan penuh makna buat kita. Insya Allah.

Along Arman said...

10 jari disusun mohon keampunan di atas kekhilafanku seandainya terkasar bahasa dan terguris perasaan sepanjang perkenalan ni. selamat menunaikan ibadah puasa dan semoga ini bukan ramadhan terakhir buat kiter.. salam ramadhan..

fusarium solani said...

Salam,
Kak Su,

Selamat Menyambut Ramadhan 1430 H. Aliff doakan Kak Su dan Abang Nas beroleh ramadhan yang paling berkat. Amin.

kayteeze said...

Salam Su,

Selamat menyambut Ramadhan...

Kak Long said...

salam su, moga sihat2 dan berbahagia menyambut ramadan kali ini

ryann said...

amin

Myza Pesona said...

Salam Ramadhan buat Su dan suami. Knape tak letak chatbox kat dalam blog? Senang nak tinggal pesan, tak payah tinggal kat komen!

Uncle Lee said...

Hello Suara, was at Jun's place noticed your callsign...
here's wishing you and all at home, selamat menjalankan ibadah puasa dengan penuh tabah dan kesyukuran.

You have a pleasant weekend, Lee.

Qasih said...

salam ramadan buat su..

moga ramadan kali ini membawa bersamanya ketenangan dan keberkatan yang berpanjangan.. insyaAllah..

Kak Long Mawar Merah said...

Salam ukhwah..
Selamat menyambut Ramadhan dan semoga diberkati Allah hendaknya.

Balqis said...

Assalamualaikum, kak Su!

Salam ramadhan kareem juga buat Kak Su. Moga ramadhan kali ini yang mana kita masih lagi diberi kesempatan untuk bertemu dengannya dapat kita gunakan dengan sebaik mungkin demi mencari keredhaanNya serta membaiki diri. (sepatutnya dalam semua bulan pun begitu) Tetapi memandangkan bulan ramadhan penuh dengan Rahmah dan kasih sayang Allah kepada hambaNya...

InsyaAllah, ada rezeki nanti ter'update' lah blog saya itu. Minta ampun minta maaf kak Su sempena bulan ramadhan ini juga. Moga diberi kekuatan kita menempuhnya dan berjaya menghabiskannya dengan sempurna, InsyaAllah.