Jun 9, 2009

Bila Izrail datang memanggil....

Hari kedua di Madinah, Jumaat yang cukup istimewa, penghulu segala hari. Kali ini kami dibawa untuk melakukan ziarah luar.

Bas menunggu di depan hotel tak berbintang, (gelaran yang diberi oleh Ustaz Daud Che Ngah) tempat penginapan yang kami huni untuk seminggu lamanya. Suami saya memilih tempat duduk yang paling depan, di belakang pemandu bas berbangsa Arab.

Tak mudah mengumpulkan semua jemaah yang punya pelbagai karenah. Namun begitu, alhamdulillah... kami mampu bertolak ansur, cukup memahami. Sesetengah jemaah terutama yang agak berusia punya keuzuran yang membataskan sedikit pergerakan mereka. Walaupun tidak begitu menepati masa yang dijadualkan, akhirnya bas yang kami naiki mula bergerak.

Sekali lagi kami melalui perkuburan Baqi', tempat yang telah kami ziarahi semalam. Dari jauh kelihatan batu-batu yang terpacak kaku. Tanpa hijau dedaun pokok bersulam bunga yang menghiasi, tanpa batu nesan terukir indah yang dijaga rapi. Memandangnya membuatkan fikiran saya mengingati kisah bersama arwah ayah dulu.

"Adik, jgn pijak batu tu. Itu tanda kubur tu. Tak baik pijak atas kubur orang." Larang arwah ayah saat melihat saya leka bermain mengimbangi badan sambil memijak batu sungai yang terpacak di tepi kubur atuk.

"Kenapa batu macam ni je. Kenapa bukan batu nesan macam yang atuk punya? Nanti macam mana nak tahu siapa yang mati kalau tak ada batu nesan?" Saya menyoal, mencurahkan persoalan yang bermain di fikiran.

"Mungkin yang mati tu ialah anak yang baru lahir. Jadi tak ada nama lagi..." Jawab ayah dengan penjelasan yang paling mudah saya terima berdasarkan logik akal.

Kemudian samar-samar saya teringatkan kata-kata salah seorang ustaz dalam satu ceramah yang pernah saya hadiri.

"Kita di galakkan untuk meletakkan batu sungai dan tanam pokok renek atas kubur sebab batu dan pokok sentiasa berzikir. Harapnya, zikir batu dan pokok itu menemani si mati. Kalau kita tabur kelopak bunga yang berwarna warni tu, buat apa? Kelopak bunga itu akan kering dan layu. Sebagai simbol kematian bolehlah, tapi tak memberi manfaat pada si mati pun. Siraman air yang selalu kita tengok orang buat tu, sebenarnya untuk pokok tu, bukan untuk si mati. Itupun kalau tanam pokoklah...."

Saya teringat pada pokok melor yang saya tanam di kuburan arwah ayah, mak dan nenek. Entah masih hidup atau telah mati kekeringan. Sedih dan sayu hati saya bila memikirkan dalam setahun, hanya sesekali saya akan singgah untuk membersihkan rumput liar yang tumbuh berkeliaran.

'Mak, ayah... Maafkan Su...' Hati bersuara bersama keluhan kesal. 'Ya Allah... Kau sampaikanlah pada mereka pahala setiap ibadat yang ku lakukan. Hanya itu yang mampu kuhadiahkan buat mereka...' Sayu benar perasaan saya bila memikirkan mak meninggal tanpa sempat melihat kejayaan pertama yang saya cipta di alam persekolahan. Ayah pula telah dijemput pergi tanpa melihat saya menaiki pentas untuk menyambut segulung ijazah.

"Seharusnya setiap dari kita menyimpan cita-cita untuk dikebumikan di tanah suci ini. Samada di perkuburan Baqi di Madinah, ataupun di perkuburan Ma'ala di Makkah. Kerana bila tiba hari kebangkitan nanti, mereka yang di kuburkan di sini adalah yang pertama akan Allah bangkitkan dan diberikan kelebihan seperti yang dinikmati oleh para sahabat dan anbiya." Suara Ustaz Jaafar mengejutkan saya dari lamunan. Baru saya sedar sebahagian awal ucapan Ustaz Jaafar tenggelam dalam bayangan kenangan. Aduhai...

"Ada satu kisah yang cukup terkenal tentang seorang hamba Allah yang bercita-cita untuk meninggal di sini. Seorang lelaki dari Turki datang kesini untuk menunaikan haji, terus jatuh cinta pada tanah barakah ini. Lalu dikatakan pada anaknya, dia berharap untuk meninggal dan dikuburkan di sini. Dan dipesan juga agar dia dikuburkan bersama Al-Quran kesayangannya, Al-Quran bertulisan tangan yang cukup cantik dan tidak ada duplicatenya. Memangnya dia menulis sendiri Quran tersebut." Suasana sunyi. Jelas sekali semua jemaah memasang telinga untuk mendengar pengisian oleh Ustaz Jaafar.

"Sehingga dia kembali ke negaranya Turki, dia masih sihat. Tak lama kemudian, dia meninggal dunia. Mengingatkan keinginan ayahnya, si anak tadi telah meletakkan Al-Quran itu di dada ayahnya dan disemadikan diTurki. Lagipun mana mungkin mayat itu dibawa ke Madinah untuk dikuburkan disini." Ustaz Jaafar berhenti seketika. Menarik nafas dan melepaskannya beberapa ketika. Mungkin juga mencari ruang untuk menyusun kata.

"Selang beberapa tahun selepas itu, anaknya tadi telah datang mengerjakan haji dan singgah di satu kedai buku. Dia terlihat satu Al-Quran yang serupa milik ayahnya lalu ditanya kepada pekedai itu, bagaimana dia mendapatkan Al-Quran yang cukup indah tulisannya itu. Mulanya penjual itu keberatan sekali mahu menceritakan, tapi setelah di desak, barulah dia memberitahu bahawa Al-Quran itu dijual oleh seorang penyelenggara jenazah."

"Lalu si anak tadi berusaha mencari orang itu. Bila ketemu, lantas ditanya bagaimana dia mendapat Al-Quran bertulisan tangan yang cukup indah itu. Penyelenggara jenazah itu menceritakan; 'Satu hari saya yang ditugaskan membersihkan kubur, dan tatkala satu kubur dibuka, saya terkejut melihat mayat yang masih utuh dengan Al-Quran didadanya. Saya yakin mayat ini tidak pernah saya selenggarakan. Saya membuat keputusan untuk mengambil dan menyimpan Al-Quran itu untuk diri saya. Sayang jika khazanah ilmu seperti itu dibiarkan di sisi mayat tanpa dimanfaatkan. Tapi disebabkan satu ketika saya benar-benar perlukan wang, saya telah menjual Al-Quran itu.'" Saya memasang telinga dengan teliti. Kisah yang cukup menarik!

"Sebenarnya memang tidak boleh diletakkan Quran bersama mayat. Hukumnya haram kerana bila mayat itu mereput, Quran itu akan terkena kotoran bangkai. Tapi mayat orang Turki itu cukup cantik. Anaknya memberitahu, ayahnya itu memang bekerja menulis Quran untuk menampung hidup. Itulah sumber pendapatannya. Dan satu ketika ayahnya telah membuat satu Quran yang cukup indah bertulisan tangan untuk kegunaannya sendiri. Itulah Qurannya...." Campuran bahasa Malaysia-Indonesia yang digunakan cukup mudah untuk difahami.

"Nah! Itulah kuasa Allah. Sesungguhnya Allah berkuasa mengalihkan mayat itu kemana saja tempat yang kita niatkan. Lalu kenapa kita tak mahu bercita-cita untuk disemadikan disini? Biarpun hanya dengan niat, tidak mustahil bagi Allah untuk melakukannya." Maha Suci Allah...

"Lama dulu ada satu jemaah dari Indonesia, yang begitu menyintai Tanah Haram. Dia tidak pernah datang berhaji atau berumrah, tapi begitu merindui Kaabah yang hanya dikenali melalui cerita dan kisah yang dikhabarkan oleh sahabat dan saudara yang pernah datang. Kerana azamnya, dia berjaya mengumpul wang untuk mengerjakan haji. Sebaik saja menjejakkan kaki keMasjidil Haram, terus dia meluru menyentuh Kaabah, dengan tangisan kerinduan yang sarat. Saat tangannya menyentuh Kaabah, saat itu jua rohnya dijemput Allah. MasyaAllah... Sungguh bertuah dia meninggal di saat Kaabah berada begitu dekat dengannya...." Suara Ustaz Jaafar jelas kedengaran. Mata saya basah dengan kisah yang sebegitu indah.

Suasana jadi sunyi. Mungkin masing-masing leka menghayati kisah yang diperdengarkan. Bas yang dinaiki terus bergerak melintasi jalan menuju ke tempat lawatan yang berikutnya...

Nota : Hidup ini satu singgahan untuk mengumbul bekalan menghadapi hari kebangkitan. Seringkali hati tertanya, adakah saya juga akan menghadapi kematian diawal usia seperti kebanyakan saudara sepupu saya?

Ya Allah... Kau hidupkanlah kami dalam iman, matikanlah kami dalam iman, bangkitkanlah kami dengan iman dan satukan kami di syurga bersama orang-orang yang beriman....

P/S : Tadi menyinggah kat blog dik Balqis. Mengelek pulang award yang diberi untuk ditampalkan disini. Thks dik sayang. Bertuahnya kita kerana masih menghirup udara sehingga ke detik ini....

18 comments:

Mak Su said...

sungguh indah

baby doctor said...

bergenang juga air mata ni baca tulisan kak su kali ni. mati di tanah haram juga adalah cita2 kami masa kami kat sana. lagi2 bila ada yang pernah nampak mayat2 yang suci tak terjejas dari reputan dekat kubur baqi'.. sungguh la sangat bertuah para soliheen tersebut. ada yang meninggal masa tengah sujud dekat raudhah.. dekat ka'bah macam kaksu cerita.. dan macam2 lagi..

mulanya pun ingat nak menetap kat sana for good. tapi rancangan Allah tu lah sebaik rancangan. kami balik semula ke bumi malaysia 2 tahun lepas..moga Allah jemput lagi kita semua ke sana utk capai cita2 ni. ameen

suara said...

@maksu...
indah yang dirasa tika disana sebenarnya tak cukup dibayangkan dgn kata-kata...

====================
@kaamyl,
pernah tinggal disana? Aduh... cemburu kak su jadinya. Pasti banyak kisah menarik yang dialami sepanjang Kaamyl menetap disana.

Kembali ke Malaysia, tak semestinya tak akan kesana lagi. InsyaAllah, moga jemputan itu akan berulang lagi nanti. Kak su juga mahu kesana lagi.

Farid Rashidi said...

Salam Kaksu,

Cerita tentang pokok yang mendoakan si mati di kubur turut saya selitkan dalam entri kedua terbaru saya.

Bila sebut pasal kisah mereka yang mendapat keistimewaan dari Allah, saya jadi teringat kisah Rabiatul adawiyah ketika beliau hendak ke Mekah.

Balqis said...

Hari ini baru selesai satu exam, jadi berehat sekejap dan jalan2 singgah jenguk kak su (lepas kak Su singgah jenguk saya) ^_^

Huhu, tak sangka pula akan rasa tersentuh baca entri Kak Su kali ini. Betullah orang cakap, jejak kaki ke tanah suci sahaja macam-macam pengajaran dan pelajaran kita boleh dapat. Tarbiahnya merata-rata. Bumi tempat Kekasih Allah lahir, berdakwah dan bersemadi, tentulah penuh dengan kisah-kisah yang boleh diambil ibrah dan teladan.
Muwatif-muwatif yang mengiringi dan membawa kita juga memainkan peranan penting dalam menyampaikan kisah-kisah penuh teladan ini. Yalah, pergi ke tanah suci - yang akan dibawa pulang tentulah yang baik-baik buat tarbiah diri sepanjang-panjang perjalanan hidup seterusnya. Terima kasih Kak Su kerana berkongsi sebutir dua mutiara dengan saya dan pembaca. Sungguh, baru kini saya benar-benar mengerti dan merasa - rindunya mahu lihat Kaabah juga!

p/s: terima kasih kak su kerana tampal award dari saya. Sungguh, saya sangat2 menghargai!

pp/s: Uiks, Kak Su... bukan saya yang duduk depan pc, pc yang duduk depan saya! (Eheh, menjawab tu, Balqis ni!) ^_~

ppp/s: Bergegas membaca buku untuk exam seterusnya!!! Kak Su doakan saya, ya!!

pppp/s: Ey, berapa banyak p/s da...

Er, last skali, saya suka baca travelog kak su gi umrah. Mungkin sebab kak su betul2 kongsi rasa, pengalaman dan pelajaran yang kak su dpt dari sana. terima kasih kak su. Ada sesuatu yang saya kutip hari ini. ^_-

Akhirnya, wassalam...

Balqis said...

Ralat: Er, muwatif ke mutawif? Konfius suda... =p

Myza Pesona said...

Salam Su,
Sungguh seronok membaca pengalaman Su di sana! Setiap hamba Allah SWT yang bertamu ke sana pastinya mempunyai pengalaman indah. Moga kunjungan Su ke sana itu, akan memberikan apa yang Su impikan dan hajatkan selama ini, insyaallah!

fusarium solani said...

Salam,

Kak Su, terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman untuk panduan kami yang masih berangan-angan hendak menjejakkan kaki ke tanah suci ini.

suara said...

@Farid,
Salam.
Dulu kak su ingat org tanam pokok atau pacakkan pelepah kelapa kat kubur sbb sesaja nak buat tanda. Rupanya sebab zikir oleh hidupan lain seperti pokok dan batu yang tak mampu kita dengari dgn telinga kita.

Pengisian Farid ttg majlis tahlil tu memang bagus sgt. Masa kat sana pun ada ustaz Ridzuan buat ceramah ttg hal yg sama. Memang elok benar dibuka minda orang-orang kita (terutama kak su) ttg isu tahlil yang dibidaahkan. Baru faham sikit...

===================
@Balqis,
Seronok baca komen Balqis yang panjang lebar tu... Buat kak su tersenyum je... Terutama bab p/s yang berlapis-lapis tu... Boleh bayangkan Balqis 'melarikan diri dari pc' sambil memegang buku... Hehe.. Macam le pc tu ada kaki. :)

Mutawif la dik sayang oi... Err... kak su pun sbnrnya masa kat sana asyik salah sebut je. Malu jugak kejap. Tapi lepas tu buat selamba je. Hehe...

Kak su suka bila Balqis dan pembaca yg singgah ke sini dapat merasakan apa yg kak su alami. Rasa berbaloi berkongsi pengalaman kat sini.

====================
@Myza,
Salam myza. Su pun rasa setiap orang punya pengalaman yang unik tika berada di sana. Masa kat sana, ada juga mereka yang berpengalaman menceritakan kisah lama mereka pada Su. Memang menarik sangat. Cuma, mungkin mereka tak mampu mengungkapkan dalam bentuk barisan kata untuk dikongsi dlm blog macam kita. Tapi bila di minta bercerita... memang boleh ternganga Su yg mendengar ni dibuatnya.

suara said...

@Aliff.
Salam dik. Moga perkongsian ini akan menambahkan keinginan dan menguatkan keazaman Aliff untuk ke sana.

Membakar semangatlah kiranya... :)

epalejau said...

salam..
kak suuuuuuuu..
jeleshnye..
bila la epal dapat merasai semua tu..
kak su doakan epal ye..
tp epal tanak g sorg2..
epal nak g bersama yg tersayang..
yg tersayang itu semestinya mak ayah epal..
-)

kak su..
epal pun baru tau..
pasni epal nak pesan la kat fmly epal..
supaya tanam tumbuhan renek atas pusara epal..
buleh kan camtu?
ngan buh batu2 sungai..
cantik pun cantik..;)

SangMentari said...

Salam Kak Su. Terima kasih atas perkongsian ini. Semoga dimudahkan Tuhan untuk saya sampai ke sana suatu hari nanti.

p/s saya minta izin linkkan blog kak su di SangMentari ya...

Nooreena said...

Salam Kak Su.. baru tersempat menyinggah.

Sedih bila baca tulisan akak. Sebak. Bila-bila masa je Allah boleh tarik nyawa kita.

Akak doakan semoga dipanjangkan umur Reen ya akak.. Mohon maaf atas segala salah silap..

suara said...

@epalejau... Salam dik...
Hehe... Memang kak su sengaja nak buat epal jeles pun. Supaya dengan itu epal akan punya keinginan yg lebih tinggi dan akan berusaha nak pegi kesana... bwk mak ayah, bwk si dia.. ehem... :)

Kak su pun ada pesan kat abg... kalau kak su mati, tak payah susah-susan buat bt nesan yg cantik. Letak je batu sungai... dan cacakkan je pokok puding... dah cukup. Err... bukan wasiat pun, just menyuarakan apa yg terlintas di fikiran sbnrnya. :D

==================
@Sang Mentari,
Salam dik. Patutlah cerah je blog ni kak su rasa, Sang Mentari dtg menjengok rupanya... :D

Nak linkkan blog kak su.. Silakan. Jgn segan-segan... hehe

===================
@Nooreena,
Ish... Reen mana ada buat salah dgn kak su. Tak payah mintak maaf. Kedudukan Reen di hati kak su cukup bersih... :D

Maut tu sbnrnya sentiasa ada sebelah kita je. Jadi ingat mati tu elok. Supaya kita tak leka dgn mainan dunia yg sementara ni.

Nur said...

Salam Kak Su,

Maaf sungguh lama tidak menjenguk...kak su baru pulang dari umrah kah?

baru2 ini hati saya sangat rindu dengan ka'abah, tiba2 mengalir air mata...mau pergi lagiiiiiiiiii...sudah 2 kali tabung haji menghantar surat memanggil kurus haji, tapi nya saya di sini...aduh....serasa Ka'abah itu memanggil2 saya disini kak...

sakit kan rasa rindu itu? menusuk2 di kalbu...

Anonymous said...

Kisah ini buat Kak tie betul2 rindu untuk ke sana.... tak dapat menahan air mata dari berlinangan...

Kakak said...

Salam buat Su.
Kesempatan berkunjung ke Tanah Suci memang sesuatu yang sangat indah. Bila baca cerita Su ni, masih terbayang-bayang tempat-tempat tu semua.

Dulu masa belum dpt zuriat, pernah kami suami isteri solat hajat kat atas batu2 yang ada kat Jabal Rahmah.
Semoga apa yang Su pohon semasa di sana dimakbulkan.

suara said...

@Nur Bluetulip,
Salam. Aduh... jauh benar Nur mengembara hingga lupa nak singgah 'rumah' kak su ye!

Tabung haji dah panggil? Berita baik tu... tapi ye lah... keadaan Nur tak memberi luang untuk ke sana buat masa ini. Jangan sedih, insyaAllah, bila masa sesuai nanti, kak su yakin jemputan itu akan Nur penuhi...

Perasaan bila jejari menyentuh Kaabah memang cukup istimewa. Mengangkat takbir saat Kaabah berada di depan mata cukup indah sekali perasaannya.

Saja kak su sebuat sbb nak buat rindu Nur semakin parah... :)

==================
@Kayteeze,
Nampaknya Su berjaya buat kak tie menjadi seorang perindu juga... :)

==================
@Kakak,
Salam selamat datang buat kakak.
Bayangan dan gambaran semasa di sana tak mungkin hilang dari ingatan kan kak, walau berapa lama pun masa tu dah berlalu. Mertua su, kalau bercerita ttg pengalaman mereka mengerjakan haji disana, memang cukup ghairah. Seolah baru tahun lepas mrk pergi, sedangkan dah lebih 10 tahun ia berlalu.

Jabal Rahmah... sesuatu yang menarik berlaku tanpa sengaja disana. Moga Allah izinkan su mengungkapkan kisah semasa di sana satu ketika nanti...