Jun 19, 2009

Alhamdulillah....

Hati saya gementar. Harapan masih menimbun walaupun masa kian singkat. Esok pagi perjalanan menuju ke Makkah Al-Mukarramah akan diteruskan. Apakah sempat saya mengutip gandaan pahala di Masjid Nabawi?

'Ya Allah... berikan aku kesempatan untuk memasuki Masjid Nabawi dan beribadat di sini. Berikan aku peluang untuk merasai nikmat solat di masjid nabi ini. Permudahkanlah laluan aku untuk ke Raudhah... Ya Allah... aku milikMu, diriku dlm kawalanMu... hanya Engkau tempat aku mohon pertolongan. Tolonglah aku Ya Rahman...' Setiap kali ada ruang untuk berdoa, hati saya akan membisikkannya.

Ibarat menunggu keputusan peperiksaan, debaran memenuhi setiap rongga badan dan menggoyah setiap sendi. Azan Zohor akan berkumandang dalam masa lebih kurang 2 jam lagi. Subuh tadi masih memberikan keputusan negatif terhadap doa saya. Mungkinkah masih ada sisa merah yang tertinggal?

Balik dari ziarah luar, saya bergegas ke bilik. Masuk ke bilik air.... Maha Suci Allah!!!... Alhamdulillah!!... Bagai mahu menjerit rasanya...

Lebih kurang pukul 12 tengah hari, saya melangkah sendiri penuh gagah. Bersemangat laksana pahlawan perang yang mahu berjuang. Jauh di sudut hati ada kerisauan, bimbang andai ibadat saya tak sempurna seperti seharusnya. Maklumlah, ini kali pertama. Namun ada ketika saya rasa jejak kaki saya bagaikan seorang pemenang, melangkah laju saat mahu menerima hadiah.

Kini saya bersama-sama kelompok ramai, berjalan menuju pintu masuk Masjid Nabawi. Senyum saya melebar. Ucapan syukur meniti bibir. Terima kasih Ya Allah... Syukran Ya Rahman...

Di pintu masjid, polis wanita dengan pakaian hitam tertutup litup memeriksa beg yang saya bawa. Seorang polis wanita yang bersebelahan memeriksa seorang jemaah dan menjumpai telefon bimbit berkamera. Sambil menunjukkan handphone itu, dan menggerakkan tangan kearah luar masjid, dia menuturkan sesuatu dalam bahasa Arab yang saya tak faham. Namun dari isyarat tangannya saya mampu mengagak. Dia menyuruh wanita itu solat di luar.

Memangnya hanya satu perkataan yang saya boleh faham... "Amanah... Amanah..." Mungkin menerangkan pada jemaah tersebut bahawa dia cuma menjalankan amanah dan tanggungjawab. Sememangnya sebarang alatan untuk mengambil gambar, samada handphone atau kamera tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam masjid. Namun ada juga yang terlepas... termasuk suami saya.

Saya mengeluarkan plastik untuk mengisi selipar dan meletaknya di rak yang disediakan, seperti yang dipesan oleh mertua saya.

'Hilang selipar masa kat masjid, memang biasa berlaku. Mungkin ada yang tertukar dan terambik, mungkin terlupa letak. Tapi, eloknya sebagai ikhtiar, bungkus selipar tu dgn beg kain atau plastik, senang kenal bila nak ambik masa balik. Ataupun, bawak je sekali. Tapi pastikan selipar tu bersih lah. Macam tu nak keluar dari pintu mana pun mudah.'

Di celah-celah ribuan manusia yang telah mula memenuhi masjid, saya mencari ruang untuk menunaikan solat. Jelas sekali tak ada kekosongan, selain dari laluan dengan sekatan tali yang telah dibentuk untuk memudahkan jemaah berlalu mencari tempat.

Ya Allah... Berikan aku ruang untuk solat di dalam masjid ini.

Di depan saya, ada deretan kerusi roda. Ibu-ibu tua dan mereka yang kurang upaya di berikan satu saf untuk solat di atas kerusi roda. Seorang jemaah Malaysia/Indonesia memandang saya, memberi isyarat agar duduk di belakang kerusi roda emaknya.

"Duduk aja di sini dulu. Nanti akan ada ruangnya." Katanya ramah... Ohh... dari Indonesia rupanya. Melihatkan ruang yang sempit, saya tahu agak sukar untuk solat dengan selesa. Tapi saya cukup bersyukur, paling tidak dia mengizinkan saya duduk sementara menanti waktu solat. Hanya ucapan terima kasih yang keluar dari bibir saya.

Saya sujud di celah-celah kerusi roda seorang ibu. Di sisinya anak perempuan yang begitu prihatin. Alhamdulillah....

Saat itu tidak ada lain yang terlintas di hati saya, selain dari gambaran wajah arwah mak yang amat saya rindu. Arwah yang tak sempat menjejakkan kaki ke sini. Arwah yang tetap membina harapan, andai di izinkan Allah, bila sakit angin ahmarnya semakin pulih, dia mahu mengerjakan haji. Harapan yang tak kesampaian....

Arwah mak saya mengalami sakit angin ahmar yang amat teruk. Dia tak mampu berjalan, bangun pun perlu di bantu. Kencing beraknya hanya di katil. Tika itu tak ada lampin dewasa, lalu arwah ayah menyediakan satu kerusi khas yang dibuat lubang seperti tandas. Najisnya ditadah di dalam besen dan perlu diangkut ke dalam bilik air untuk dibuang. Terpaksa begitu, kerana untuk melangkah ke bilik air juga, arwah mak tak mampu.

Seingat saya, arwah tak pernah tinggalkan solatnya, walaupun dalam keadaan begitu uzur. Dia tetap solat walaupun hanya dengan kerlipan mata. Dia menghembuskan nafas terakhir saat hanya ayah berada di sisi. Saya ke sekolah dan kakak-kakak semuanya bekerja. Sehingga saat dia di kapankan, raut wajahnya seolah tersenyum, tenang sekali.

Pertama kali menunaikan solat Jumaat... dan saya menunaikannya di masjid kesayangan nabi, di belakang seorang ibu tua. Mata saya basah... dengan air mata kerinduan... dengan air mata penyesalan... dengan airmata kesyukuran...

Allahuakbar!!!!...

15 comments:

Wan Nurul Adila said...

Assalamualaikum Kak Suuuuu~

Mmmmmmmmmmmmmm. Kak Su sihat? Sorry lah dah lama tak mengomel di sini. Dah lama tak datang, saja nak bagi rindu lebih sikit. Nampaknya rindu memang banyak sekali. Baca entri ni, memang menitis air mata. Rindu dan jeles. Hehe. Jeles yang baik mungkin. Hehe. Boleh ke, jeles yang baik?

Nak pergi sana jugak....

Terima kasih sebab sudi kongsi cerita. Best lah Kak Su bercerita. Tak boring nak baca. Hehe. Kalau dla ni mesti meleret-leret. Hehe.

Farid Rashidi said...

Assalamualaikum Kak Su..

Semoga segalanya beres dan dipermudahkan urusan.

Setiap kali saya baca entri Kak Su, saya dapat rasakan Kak su berbakat untuk menulis sebuah cerpen atau novel.

Cuba wat travelog umrah..amacam cadangan? :D

epalejau is sumone who: said...

salam, kak su..
hehe..
sume cadangan yg bagus diorg bg..
so, kak su?
tak berminat ke?
hehehe..

k.su..
cerita yg k.su share buat epal lagi bertambah2 teringin nk g sana..
amin..
bila agaknya??
harap2 diberikan ALLAH kesempatan utk itu..
amin..amin..amin..

suara said...

@Nurul Adila,
Waalaikumussalam Dlaaaaaaa.....
Amboi... Lama hilang ye? Mana menyorok? Rumah tinggal tak berkunci, kak su masuk intai, tapi tak jumpa cari Dla. :(

Rindu kak su bertaburan kat Dla tau... Nampak tak? :D

Orang kata, tulisan menggambarkan orangnya... Kalau Dla tulis meleret, manknanya Dla jenis yg suka membebel... Betul tak? Abih lah bakal suami Dla nanti. hahaha.
Gurau je lah...

Sbnrnya tulisan tak menggambarkan penulisnya. Kak su dah penah jumpa org yg jelas berbeza dari apa yg ditulis. Dan penah juga jumpa org yg sama spt yg ditulis. Ermm...

===================
@Farid Rashidi,
Waalaikumussalam.
Kak su berbakat ye? Alhamdulillah... kak su kembalikan pujian itu pada Allah yang mencetuskan ilham buat kak su.

Travelog umrah? Itu milik Prof Kamil dan kak Roza. :D

==================
@epalejau,
Salam dik sayang...
menyokong aje epal ni. Hehehe...

Kak su akan cuba buat jiwa epal bergegar untuk kesana. Biar epal tak senang duduk, tak lena tdur, sehinggalah epal berusaha keras untuk pergi kesana dan alami sendiri segala keindahan jiwa semasa disana. :D
Amin...

nohas said...

Salam,
Sempat ke Raudhah? Perasaan sebak & pilu itu datang tanpa diundang. Berada di buminya, solat di masjidnya, berada disampingnya, Junjungan Mulia.

Tulisan itu membuat hatiku begitu kepingin utk menjadi tetamu Allah utk kedua kalinya..

TheDreamer said...

Salam Kak Su,
How r u? Yeh pun minta maaf sbb dah lame xdtg jenguk.huhu.
Ase terharu bace tulisan Kak Su. May all ur wishes be fulfilled in due time iA.

Tu r,teringin benar nak pegi ke sana juga. Pergi ke tempat Rasulullah kn. Kak Su, citela lagi pasal pengalaman kat sane ye? hehe.

p/s: yeh pun rase Kak Su berbakat. Try r wat novel ke kn.hehe.

fusarium solani said...

Alhamdulillah! Semoga Allah SWT permudhakan saya untuk menuruti jejak Kak Su pula ke Mekah untuk haji dan umrah.

Wan Nurul Adila said...

Kak Su, bertabur eh? Patutlah semalam semalam dla terjaga dari tidur nampak bintang-bintang banyak betul di langit. Bertaburan di dada langit! Kak Su yang taburkan rupanya. Hehe.

Dila suka membebel? Membebel kat diri sendiri je. Kat orang lain, jarang sekali. Hehe.

Apa pun, jaga diri baik-baik ya. (",)

suara said...

@nohas,
Salam dan slmt datang.
Raudhah? InsyaAllah akan dikisahkan nanti.
Memangpun. Sekali pergi, pasti nak lagi. Moga akan akan jemputan seterusnya buat kamu dan juga saya.

==================
@The Dreamer,
Salam Yeh. Lama Yeh menghilang, kak su boleh agak Yeh amat sibuk. Menulis pun jarangkan? sbb masa luang terhad.

Sampai masanya nanti, Yeh pasti akan ke sana. Tanamkan azam/niat tau, sbb itu permulaan satu tindakan. InsyaAllah.

p/s: Penulis novel? Ada-ada aje Yeh ni. Penulis novel dah terlalu ramai. Kak su menulis di sini je lah. :)

===================
@FS aka Alif,
Amin. Jom kita p sama nak? Kak su nak pegi lagi ni. Baru buat umrah, haji kak su belum lagi.

===================
@Wan Nurul Adila,
Laaa... kak su tabur kat tanah, bukan kat langit. Suburnya rindu kak su pd Dla, sesubur lalang disawah terbiar, adakalanya tinggi melebihi padi yang disemai. Cewahh...

Kak Su nak bg cadangan la... Selain dari bebel kat diri sendiri, mungkin Dla boleh bebel kat ayam direban ke... kambing di kandang ke... keli di kolam ke... Boleh release tension tau. Tapi buat masa org tak nampak je. Nanti ada yg salah sangka. :D

Fuh... lama betul kak su tak menyakat Dla... Hahaha

kayteeze said...

Salam Su, seronok betul baca coretan Su ni... terasa bagai diri ini bersama Su di sana, hehehe.......

Wan Nurul Adila said...

Kak Su!!! Hehe. Mungkin boleh diguna-pakai cadangan itu. Nanti dla cari ayam, kambing, keli semua.

p.s. Baru balik study group. Otak pusing sket. Hehe.

suhaili said...

salam..

saya n famili pun baru balik umrah jugak..start from 1 Jun till 13 Jun, mutawif kat sana ustaz ja'far gak..ntah2 kita nie 1 group kot..anyway, pengalaman mengerjakan umrah nie memang kenangan terindah yang tak dapat dilupakan..tahniah sebab akak boleh menzahirkan pengalaman tu dengan tulisan dan pengolahan yang menarik..seronok membacanya

suara said...

@kayteeze,
Salam kak tie.
Kalau kak tie nak lagi feeling kan, cuba kak tie baca sambil pejam mata. Macam yg selalu pakar motivasi buat tu... :D
Ish... apa su mengarut ni. Hehe

====================
@Wan Nurul Adila,
Otak kak su pusing gak, sbb baca n3 Dla yg keliru tuh... :D

====================
@Suhaili,
Kak su pegi bulan awal bulan 5. Mungkin kita guna satu travel agent dan mutawif yg sama, tapi bukan satu kumpulan. Kak su punya trip awal sikit dari Suhaili.

Mesti best kalau kita dapat bercerita sama kan... Suhaili tulislah jugak... boleh kita bertukar cerita dan pengalaman, berkongsi perasaan. :)

KAKTINY said...

Salam Su..

Ya Allah.. Maha Suci Allah.. bahagianya Su dijemput Allah ke tanah haram yang dihajati semua umat Muhammad S.A.W..

kongsi lagi kisah perjalanan di sana ya..

suara said...

@KakTiny,
Salam dan selamat kembali. ;)

Alhamdulillah... dan insyaAllah, Su akan kongsi selagi Allah mengizinkan.