Jun 29, 2009

Rajuk selipar...?

Entry kali ini bukan sambungan entry yang lepas-lepas. Bukan catatan harian yang berturutan, tak seperti kisah sebelumnya.

Cerita yang ingin saya kongsi ini, rasanya tak begitu menyentuh perasaan. Namun setiap peristiwa yang berlaku, bagi saya ada sebabnya, ada rahsia yang Allah mahu tunjukkan. Bukti kekuasaanNya, kebesaranNya, keluasan ilmuNya....

'Hilang selipar masa kat masjid, memang biasa berlaku. Mungkin ada yang tertukar dan terambik, mungkin terlupa letak. Tapi, eloknya sebagai ikhtiar, bungkus selipar tu dgn beg kain atau plastik, senang kenal bila nak ambik masa balik. Ataupun, bawak je sekali. Tapi pastikan selipar tu bersih lah. Macam tu nak keluar dari pintu mana pun mudah.' Itu pesan mertua saya.

Kisah selipar memang banyak sekali. Yang diceritakan dan yang dialami... Yang dilihat sendiri cukup terpahat dihati.

Suami saya bertukar selipar sebanyak 4 kali. Saya? Kekal, setia dengan satu selipar sahaja. Ops... nombornya agak popular, kan? Ish... nasib baik cuma kisah selipar.

Selalu saya diingatkan, bila berada di Madinah atau di Makkah, hati-hati dengan lintasan fikiran dan juga apa yang di sebut. Bila difikirkan balik, setiap yang berlaku adalah bersebab. Tempat mustajab sebegini, dikabulkan apa yg dikata, diuji untuk melihat tahap kesabaran diri.

'Ish... letak macam ni je ke? Hilang nanti, macamana?' Bisik hati suami, semasa solat Subuh hari pertama di Masjid Nabawi. Seliparnya di bungkus dalam plastik bersama dengan selipar Pakcik Salleh dan diletakkan di rak kasut yang tersedia.

Usai solat Subuh, suami saya keluar dari masjid dengan kaki berbogel, atau dengan kata lain, berkaki ayam. Kaki Pakcik Salleh pula tetap selesa menyarungkan selipar kesayangannya. Suami saya hairan, kenapa hanya seliparnya yang hilang, sedangkan ia diikat di dalam plastik yang sama? Kalaulah selipar itu boleh bercakap, pasti saya akan mengandaikan yang mereka bergaduh besar, lalu selipar suami saya melarikan diri. :D

Tapi bila difikirkan, mungkin itu akibat dari hati yang tak yakin, terlupa bahawa Allah itu Maha Mengawasi dan Maha Menjaga. Membungkus dan meletakkan di rak itu ikhtiar saja, tapi jagaan sebenar datangnya dari Allah. Berusaha dan bertawakkal, itu seharusnya. Jangan was-was dan ragu bila lakukan sesuatu, apatah lagi ditempat mulia sebegitu.

Tersenyum penjual selipar bila helaian rial bertukar tangan.

"Tak sedaplah pakai selipar ni. Licin..." Kata suami saya seakan bersungut ketika melangkah masuk ke masjid di Bir Ali, tempat untuk miqat (berniat umrah) dan solat sunat. 3 langkah menapak ke depan, dia hampir tergelincir. Selesai solat di Bir Ali, selipar itu merajuk. Hilang membawa diri. Memang rezeki penjual selipar lagi nampaknya. Sandal baru dibeli, lima rial sahaja.

Mungkin sebenarnya Allah mahu menyelamatkan suami saya dari risiko kecederaan akibat memakai selipar yang licin. Allah lebih tahu...

Di Makkah, kami bersetuju membimbit selipar masing masing. Membungkusnya dalam plastik dan dibawa bersama. Saya mengikatnya di beg tapi suami memasukkan kedalam beg kecil yang diberikan oleh travel ejen untuk setiap jemaah. Ukuran yang melebihi saiz beg sandang membuatkan begnya tak dapat di zip.

Hajar Aswad seakan memanggil. Cubaan pertama gagal, namun ia tak mematahkan semangatnya. Suami saya nekad. Selesai solat sunat taubat dan hajat, dia menyertai kelompok ramai yang mempunyai niat yang sama, mencium Hajar Aswad.

Berjaya! Alhamdulillah... Tapi seliparnya hilang bersama kesesakan. Mungkin terjatuh. Ye lah... beg tak zip, potensi untuk selipar tu jatuh memang ada. Tak pe, yang penting, dia berjaya mencium Hajar Aswad.

Kami ke Bin Dawood (supermarket di dalam bangunan kompleks membeli belah di Makkah) untuk mencari selipar ganti. Lucu juga melihatkan dia berkaki ayam mengelilingi kedai. Yang dijumpa, tak berkenan dihatinya. Sudahnya saya minta dia cari sendiri. Saya tak mahu ikut, hanya duduk menunggu ditepi satu kedai makan.

Akhirnya dia kembali dengan selipar yang baru di beli dari penjaja wanita berkulit hitam yang banyak terdapat di sekitar kawasan Hilton. Saya agak mereka menjual tanpa permit kerana bila saja polis datang, mereka bertempiaran lari sambil menggendong bungkusan barang jualan.

"Lamanya. Selipar apa yang abang cari? Lama betul...." Saya bertanya.

"Lama ye? Abang cari yang elok sikit." Katanya menjelaskan.

"Alah... nak pakai buat lapik kaki je. Cari selipar jepun biasa dah le. Selesa jugak. Lagipun takat nak pakai buat datang masjid je kan..." Balas saya, sedikit geram. Walaupun tahu dengan sikapnya yang memang adakalanya memilih, tapi kali ini saya rasa ia tak sesuai dengan masa dan tempat.

"Bukan mahalpun. Sepuluh rial je. Abang beli kat orang kulit hitam yang menjaja tu je. Yang penting selesa nak berjalan." Jelasnya memberi alasan. Alasan yang sama setiap kali dia pergi bershopping.

"Tak pelah, kalau abang cakap macam tu. Yang penting kaki abang tak sakit." Walaupun rasa tak puas hati masih ada tapi saya mengambil keputusan untuk menguburkan saja. Tak mahu memanjangkan isu.

Namun jodoh selipar itu dengan kaki suami saya tak panjang. Kali kedua mencium Hajar Aswad, selipar hilang lagi. Saya terfikir, adakah disebabkan sikap saya yang tak puashati dengan suami berkenaan dengan selipar, maka kehilangan itu berlaku kesekian kalinya, atau kerana Allah nak memberi pengajaran buat suami tentang sikapnya yang suka memilih tak kira tempat? Allah Maha Mengetahui.

Kali ini, saya bertekad untuk mengikut suami membeli selipar. Tempat yang sama di tuju, tapi tak ada lagi jualan selipar murah seperti sebelumnya. Terpaksalah kami mencari di kedai-kedai yang ada disepanjang jalan. Dari satu kedai ke satu kedai kami masuk, tak ada yang dapat memaut hatinya. Saya letih. Dan saya tahu kakinya sakit.

"Abang... Tak payahlah pilih lagi. Beli saja selipar jepun biasa. Kan nak pakai kejap je masa kat sini. Lusa dah nak balik. Su dah tak larat ni." Saya bersuara lemah. Memujuk dengan cara memancing simpati. Dia memandang saya sejenak, lantas mencapai sepasang selipar jepun dan terus membayarnya. Selesai.

Selipar itu akhirnya selamat pulang bersama kami ke Malaysia dan kini sedang berkhidmat di kampung. :)

Itu kisah selipar suami saya. Kisah orang lain, masih banyak yang belum dikhabarkan. Namun saya ingin berkongsi cerita selipar yang berlaku di depan mata, yang saya rasa cukup berkesan di hati.

Kisah 1 : Seperti yang di ceritakan oleh suami saya;

"Sekiranya di tempat kita, kalau sekadar berbisik di hati mahu berlaku jahat, Allah tak akan mencatatkannya sebagai dosa, apatah lagi menghukum niat jahat yang dilakukan, tapi di sini tidak begitu. Allah akan hukum biarpun hanya terlintas jahat di hati." Pesanan Ustaz Jaafar.

Seorang lelaki mundar mandir ditempat letak kasut di kawasan Kaabah. Dia membelek bungkusan kasut yang ada di situ. Satu demi satu plastik yang berisi kasut di buka. Setelah beberapa plastik dibuka dan ditutup kembali, akhirnya dia mengeluarkan salah satu kasut, meletaknya dilantai dan mencubanya. Tiba-tiba satu kerusi roda merempuhnya dari belakang. Wajahnya menyeringai kesakitan. Kasut yang dicuba tadi dimasukkan balik ke dalam plastik dan dia kemudiannya berlalu pergi.

"Kalau itu memang hak dia, buat apa nak bukak tutup uncang selipar orang lain, lepas tu cuba-cuba pakai. Ambik dan pergi je lah. Lagipun itukan dalam kawasan masjid, mana boleh pakai selipar." Kata suami saya.

"Mungkin selipar dia hilang dan dia cuba nak ambik selipar orang lain sebagai ganti. Tapi Allah tak benarkan. Itu yang dia kena langgar kat wheel chair tu. Allah sebenarnya nak tegur niat dan perbuatan dia tu...." Balas saya, meneka.

Jika benar tekaan saya, mungkin itu salah satu cara Allah 'bayar cash' bila hambaNya cuba melakukan sesuatu yang salah dirumahNya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala yang tersembunyi di hati.

Kisah 2 : Ketika pulang dari Raudhah, lebih kurang pukul 12 lebih.

"Kak su, saya nak singgah kejap kat tempat rak kasut depan pintu tu. Tengahari tadi kasut saya hilang, tinggal sebelah je." Jelasnya semasa kami balik dari solat di Raudhah.

"Habis tu, As balik macam mana tadi?" Tanya saya ingin tahu.

"Balik dengan sebelah kaki ayam la. Tak nak saya ambik orang lain punya." Tegasnya mempertahankan pendirian.

Kami mengintai timbunan kasut yang ada. Menurut salah seorang jemaah yang juga ada di situ, kasut itu bakal dibuang. Pekerja wanita yang bertugas membersihkan masjid akan mengumpulkan kasut yang tidak diambil tuannya selepas beberapa hari. Ada yang tidak dituntut, ada yang pasangannya tak cukup.

"Tak ada pun." Kata As kecewa, kemudian dia menyambung; "Tak pelah. Dah bukan rezeki saya agaknya." Redha. Dan kami melangkah keluar.

"Nanti kita cuba tengok rak kasut yang kat luar pintu lain pulak. Mana tahu kot tersesat kat situ." Cadang saya. Dia mengangguk. Makcik Ani membontoti dari belakang. Kami terus mengatur langkah untuk pulang. Jarum jam telah melepasi angka 12.

"Haa... itu ada satu rak kasut. Jom kita pegi tengok." Laju dia melangkah. "Ya Allah... biarlah ada kasut tu kat situ." Doa As jelas saya dengar. Amin... Bisik saya dalam hati.

"Kak Su!!!... Ada laa... Kasut saya ada!" Katanya girang. Alhamdulillah...

"Heheh... Jodoh As dengan kasut tu masih panjang nampaknya..." Saya tumpang gembira.

Hilang sebelah kasut, mungkin Allah mahu menguji teman saya itu. Mahukah dia pulang berkaki ayam, atau mengambil jalan mudah, 'meminjam' kasut orang? Nampaknya dia lulus, dan Allah pulangkan kembali apa yang disembunyikan buat seketika.

Walaupun entry ini hanya kisah sepasang selipar/kasut, tapi bagi saya semua yang saya kutip di sana terlalu mahal ajarannya. Menyemak kembali apa yang di lalui, menilai kesannya pada hati yang mencari erti, sungguh saya bersyukur pada Allah kerana dijemput ke rumahNya....

Syukur Ya Allah.

23 comments:

Dianah said...

Salamu Alaikum.. Terima kasih Kak Su, untuk ucapan tahniah tu.. Alhamdulillah, rezeki Allah kuarniakan.. Hehe.. Pertama kali ni bertandang ke blog Kak Su, insya Allah akan follow lepas ni.. Sedikit sebanyak saya dapat mengutip pengajaran, bersama dengan pengunjung lain juga.. Baru balik umrah er, mesti semangat beribadat masih berkobar2 kan.. Sama-sama kita meraikan bulan Rejab dan Syaaban ni, sebelum tibanya bulan barakah, Ramadan al-Mubarak.. Insya Allah..

Balqis said...

Huhu, Kak Su. Entri ni pun sedih jugaklah, hehe.... (xdelah, xdelah...gurau sahaja)

Amboi Kak Su, merata dok kejar saya sambil berlari-lari kakak. =D

Kak Su, kasihan suami kak su. Lucu juga, syukur sabar itu masih ada. Tapi betullah, hanya dengan sepsang selipar pun Allah boleh beri diddikan dan pengajaran. Bukan buat yang empunya selipar sahaja, tetapi termasuklah orang lain yang membaca kisah2 tentang selipar di Makkah.

Terima kasih, ya Kak Su!

*berlari-lari adik* Tihihi

Wan Nurul Adila said...

Assalamualaikum Kak Su~

Berkesan sekali entri Kak Su ni. Terima kasih sudi kongsi cerita. Banyak betul dla belajar kalau datang sini. Semoga diberkati ALLAH.

p.s. Kena betulkan niat belajar setiap masa.

Kujie said...

Terimakasih Su..kisah2 begini yg dibawa pulang menjadikan pengajaran kepada kami semua.

suhaili said...

citer pasal selipar nie memang banyak, walaupun kadang2 orang rasa hal selipar nie hal remeh je tapi banyak pengajaran yang kita boleh dapat..sabar tu salah satunya. thanks for this entry, abah saya pun hilang 3 selipar kat sana dan 1 capal hehe

Mak Su said...

kata orang2, biarpun berhadapan dengan makhluk yang tiada nyawa, kita tetap perlu menjaga 'hatinya' supaya ia tidak merajuk

suara said...

@Dianah...
W'salam. Selamat menyinggah blog kak su ye dik.

Sila-sila... datang lah lagi... jgn segan, buat macam blog sendiri, selongkar mana yg boleh di kutip, buang mana yg tak elok. :D

Dah sebulan lebih balik umrah, cerita tak abih-abih lagi. Memang berdoa agar semangat tu tak padam. Harap sgt agar ia kekal menyala, sehingga ke hujung usia. Moga Allah bekalkan kekuatan iman selalu...

===================
@Balqis,
Kalau Balqis mmg sedih gak dgn entry ni, mmg ada sense of feeling yg tak betul kat mana-mana tu... Meh kak su check, risau lak kalau berlarutan. Hehehe... gurau je tau.

Kat sana memang kena banyak sabar, sebab kita memang sentiasa ada ujian yg Allah sediakan buat kita. Tapi hubby kak su mmg jenis yg penyabar. Alhamdulillah...

Jom kita lari pecut pulak, nak tak? :D

==================
@Nurul Adila,
W'salam dik sayang...
Alhamdulillah. Kak su teringat satu doa dalam buku panduan umrah... yg meminta supaya Allah bukakan pintu hati untuk melihat hikmah disebalik setiap kejadian dan peristiwa.

Lalu, jika terjadi apapun perkara dlm kehidupan kak su, kak su cuba utk melihat diri dulu sblm org lain, mengingatkan diri kak su dulu sblm mengingatkan org lain...

p/s: amboi... formal sungguh komen adik sayang kali ni... ;)

==================
@Kujie,
Sama-sama kak jie. Su menulis dari kacamata su kak jie... apa yg su lihat, su rasa, su alami... itulah yg tertulis.

suara said...

@suhaili,
tu dia... 3+1 erk...atau 3 dalam 1. hehe... macam kopi la pulak...
apapun, pasti suhaili punya kisah tersendiri ttg selipar, kan?

==================
@maksu,
teringat kata-kata arwah mak dulu... "makan nasi biar habis licin, jgn tinggal langsung walaupun sebiji. nanti nasi nangis..."
Lalu, saya paksa diri makan sampai abih... sbb fikirkan perasaan nasi tu...

kayteeze said...

Kisah selipar ni memang popular . Mentua kak tie cerita, ada seorang tu berkata ' selipar ni mahal..takut hilang laa..' Selipar dia benar2 hilang.

Pengajarannya, kita kena bertawakal...fikirkan yang baik2 kerana kata2 kita juga suatu doa..

Satu lagi ialah kisah lalat. Ada seorang pak aji tu, katanya ada seekor lalat mengganggunya ketika di Mekah.. Kerana dia seorang yang sabar, dia terus berkata.."pergilah main jauh2" dengan suara yang lembut. Lalat tu langsung menghilangkan diri.

suara said...

@kayteeze,
Betul tu kak tie. Kata-kata biasa yng diucapkan di sana, kadang tu menjadi kenyataan.

Tentang kisah lalat pulak, su ada baca/dgr org cerita ttg sorang jemaah yang marah pada lalat. Lalat adakalanya mmg banyak sangat. Mungkin sbb cuaca panas. Sekali tu, dilibasnya lalat dengan surat khabar. Sudahnya pagi esok, mata bengkak macam mata lalat. Slps solat taubat beberapa kali, barulah mata pulih kembali.

Kamsiah said...

su..akak bkn stokis radix hehe...cuma pembeli setia ja...

nohas said...

Pernah juga hilang selipar di Masjidil Haram, balik berkaki ayam..rasa malu juga sebab tak biasa..kedai pulak jauh,memang dugaan..dugaan

Wan Nurul Adila said...

Hehehehehe. Formal eh?! Tengah berdebar sebab nak exam kot...Hehehehehe. Sindrom cuak. Rama-rama banyak dalam perut, tu yang cakap pendek-pendek, komen bunyi formal semacam. Apa pun, terima kasih banyak Kak Su sayang~

suara said...

@Kamsiah,
Patut le su order kopi sechawaannn tak sampai-sampai... hehe :D

==================
@nohas,
Hehe... ada pengalaman hilang selipar jugak ye? Hilang malam atau siang?

Teringat sorang jemaah yang berjalan/berlari terloncat-loncat atas jalan raya sbb kepanasan berjalan tanpa sepatu. Kesian su tengok.

Tetiba rasa bersyukur sbb suami su hilang sepatu waktu malam je, so tak de lah kakinya kepanasan.

==================
@Nurul Adila,
Nak exam ye? Good luck. All the best for your exam.
Sebelum jadi rama-rama, mesti ulat dulu, kan? Ulat tu sama dgn cacing tak? :D

nohas said...

Hilang waktu malam,lepas solat isyak. On the way back, beli selipar jepun. Esok paginya hujan pula, pakai selipar jepun, habis terpercik-percik air hujan..lastly, beli selipar lain..hehe

epalejau is sumone who: said...

salam, kak su..
kasut epal ilang..
tp kat umah aje..
tak penah rasa pun kasut tu akan dicuri..
so,erm..
salah letak ajer la tu..heheh!

sian suami kak su..
tp, kiranya dia seorg yg penyabar jg la kan..
dia mengeluh bila kasut yg dipakainya tidak selesa..
dia cerewet memilih kasut yg sesuai di hati..
tp sekurang2 nya,
dia x merungut akan seliparnya yg wallahualam ke mana hilangnya..
kan?

epal ilang selipar aritu pun,
da membebel satu uma tau!
;)))
gurau aje..

alQasam aka Sumayyah said...

Asslamualaikum.

Kak Su yang saya kasihi di hati.

Menarik entri Kak Su. Hikmah ALLAH ada pada makhluk sekecil semut pun kak. Apatah lagi pada peristiwa-peristiwa yang Kak Su sebutkan. Saya juga suka observe atau menilik alam dan peristiwa. Kadang-kadang pada dubuk juga ada hikmah ALLAH. Memang istimewa.

Kisah selipar dan masjid ini memang popular.Hehe. Macam tulah di tanah haram kan. Apa yang terdetik kemungkinan akan terjadi itu besar. Macam doa. Masa kat Mesir dulu lebih kurang juga begitu. Hampir kebanyakkannya. Sebab tu kalau terdetik perkara tak baik, terus kena sebut nauzubillah dan minta dijauhkan.

Namun begitulah, dalam perkara kurang baik/tidak seronok pada pandangan kasar dan terbatas kita, ada kasih sayang ALLAH sebenarnya. Suami pun baru-baru dalam perjalanan ke hospital duk menjinjit satu buku perubatan Islam yang suami suka belek, tiba-tiba hilang. Dia pusing-pusing tak jumpa juga. Saya menenangkan pada dia. Kehilangan itu takdir ALLAH mungkin doa dan keperluan lebih besar orang lain. Mungkin ada yang doa untuk ditunjuk jalan sesuatu dan buku itu dapat membantu. Wallahua'lam.

Selipar jepun tanah haram berbakti di kampung. Hebat tu kak su.:)

suara said...

@nohas,
Memang rezeki penjual kat sana, kan? Hehe...
Hujan? Wahh... bestnya. Saya pernah dgr ada org cakap, kalau hujan kat tanah haram, mandilah dgn hujan tu. Moga dgn keberkatan tanah haram, segala penyakit akan hilang dibasuh oleh hujan rahmat.

===================
@epal,
Salam. Hehe... Kasut epal ilang sbb salah letak tu. Bukan org ambik... Bagus... bagus... berbaik sangka namanya tu. Alhamdulillah.

Kak su pun penah hilang kasut kesayangan, suami kak su hadiahkan. Baru pakai beberapa kali. Hampir 4-5 tahun kak su mencari kasut tu. Last-last, kak su jumpa balik slps balik umrah. Ada dalam kotak adik ipar sekali dgn barangnya yg lain. Tersalah masuk masa dia packing barangnya bila abih belajar kat UiTM. Dia tak buka kotak tu, sehinggalah satu hari dia cari nota lama... Melompat kegembiraan kak su bila tengok kasut tu... Hehe...

Bila fikirkan balik, mungkin itu imbuhan Allah bagi pd kak su atas kesabaran suami kak su tu. Rezeki suami isteri kan, sama saja?

==================
@AlQasam,
Waalaikumussalam dik Sumayyah sayang.

Mesir pun sama ye? MasyaAllah... Kalian yang pernah tinggal dan belajar di Mesir mmg bertuah sangat. Cemburu kak su... huhu...

Bila dik Sumayyah cerita ttg suami yg kehilangan bukunya, kak su teringat kisah yg sama, yg kak su baca dlm buku Ustaz Daud Che Ngah (kalau tak silap la...). Kejadian yg berlaku di Mekah. Seorang jemaah kehilangan Al-Quran kesayangannya di Masjidil Haram. Setelah puas mencari dan berdoa, masih belum jumpa juga. Sehinggalah isterinya meminta dia supaya redha dgn kehilangan tersebut, dan hatinya pun redha, tiba-tiba dia melihat Al-Qurannya bersama timbunan Quran yg lain, yg dikumpul untuk di hantar ke negara lain yg memerlukan.

Memangnya Masjidil Haram hanya membenarkan satu jenis jilid Al-Quran (kalau tak silap kak su, cetakan Madinah)diwakafkan. Kalau ada yg meninggalkan Quran cetakan lain disitu, pekerja masjid akan mengumpulkan utk disedekahkan pula kepada masjid lain diluar negara.

fusarium solani said...

Salam,
Kak Su,

Hal paling kecil namun itulah juga yang menunjukkan siapa diri kita ya :). Semoga Allah SWT merahmati kita semua. Terima kasih berkongsi kisah ini.

suara said...

@Fusarium solani
Salam dik Alif,

Kalau Pro Kamil selalu relatekan Kehidupan Ringkas Tapi Signifikan, tapi di sini boleh kak su cuba hidangkan Peristiwa Kecil Tapi Signifikan.

Err... prof, pinjam tema kejap.

Farid Rashidi said...

Bila saya baca kisah selipar hilang ini, tiba-tiba jadi teringat kisah selipar yang hilang bila tiba hari jumaat di masjid kampung saya.

Entahlah, agaknya solat jumaat tu menjadi medan untuk mencuri selipar agaknya.

Last sekali, ayah saya pakai kasut menoreh getah..takda sapa yang berani curi..hehe.

suara said...

@Farid,
Ish... kalau kat Tanah Haram, rasanya lama dah Allah bagi 'cash' kat dia. Sure serik nak mencuri lagi.

Bila Farid cerita ttg kisah selipar, tetiba teringat kisah selipar dlm Kun Fayakun jugak.

| lunimahaz | said...

salam kenal..saya telah ke blog anda bila lagi anda akan ke blog saya..silalah jadi folower saya..akan akan entry menarik selepas ini..:P