Jan 16, 2019

Peria

"Masak apa hari ni?" Soalnya dari belakang. Hampir tercampak senduk ditangan. Terkejut kerana munculnya secara tiba-tiba. 

"Biasa je. Kari daging dan acar timun." Menu ringkas untuk kami berdua. Satu lauk dan satu sayur. Tak boleh lebih. Kalau tak, memang membazir sudahnya. Tak pandai nak meratah. 

"Nanti cuba buat peria celup tepung untuk makan dengan kari." Cadangnya tiba2. 

"Hah? Macamana tu? Tak pernah dibuat orang." Terasa pelik permintaannya. 

"Orang pernah buat la. Abang dah pernah makan kat kedai mamak." Jelasnya lagi. 

"Apa rasanya? Su tak pernah makan, macamana nak buat?" Cuba berdalih. Tak yakin. Tak boleh bayangkan rasanya. 

"Buat macam ikan celup tepung, tapi kali ni celup peria. Percayalah.... sedap!" Katanya tersengih. 

Permintaan suami memang akan cuba ku tunaikan. 

"Bismillah..." Aku tekun melihat dia memasukkan satu demi satu kepingan peria yang digoreng ke dalam mulut. 

"Jadi tak? Sama tak dengan yang abang makan kat kedai?" Geram juga bila tak ada komen walaupun dah berkeping2 peria itu dimakan. 

"Lagi sedap dari kedai.... rangup!" Akhirnya dia bersuara sambil tersengih. Alhamdulillah...

"Nanti balik, cuba masak untuk ma dan ayah. Abang rasa dia mesti suka." Cadangnya lagi. 

Lalu, ku tunaikan permintaannya.... 

"Macamana ma? Ok tak kalau masak macam ni?" Aku bertanya saat resepi itu ku cuba bila balik kampung. 

"Sedap rupanya kalau goreng macam ni. Su belajar dengan sapa?" Tanya ma sambil terus mengunyah kepingan peria yang digoreng. Aku tersenyum. 

Penilaian ma penting buatku. Satu kepuasan bila dapat memasak sesuatu yang dia sukai. 

Bahagia bila ma dan ayah makan dengan begitu berselera... 

#spmbn
#kisahmertuamenantu


2 comments:

Tie said...

Assalamualaikum Su.
Kak tie tak pernah buat ni. Selalu je nampak dlm feed fb. Asyik lupa je nak beli peria. Nanti nak cuba buat juga. :)

Su Aznah said...

Waalaikumussalam kak tie.
Cuba la... Makan panas2 semasa masih rangup. Mmg sedap!