Jan 3, 2019

Kisah kita.

Kenangan. Suatu ketika dulu....

Hadiah ulang tahun kelahirannya di susun satu persatu, untuk meraikan tarikh keramat itu. Sesuatu yang diharapkan dapat bertahan dalam lipatan kenangan walaupun nilainya tak seberapa.

Makan malam di gerai berdekatan adalah hadiah pertama.

"Abang nak makan apa? Su belanja sempena birthday abang." Teruja. Bukan selalu dapat peluang begitu. Selalunya dia yang bayar bila kami keluar makan. Memang lelaki yang budiman. 

Selesai makan, aku keluarkan bungkusan berbalut kertas bunga. Hadiah kedua. Dia menyambutnya dengan senyuman sambil mengucapkan terima kasih. 

"Jangan buka dulu. Malu." Syarat. Bimbang jika apa yang diberi mengecewakan. Tak sanggup melihat riak wajahnya. 

Seperti biasa, selesai makan, dia menghantarku sehingga ke depan rumah. Alasannya mahu pastikan tunangannya ini selamat sampai. 

"Abang tunggu kejap ya! Su ada satu lagi hadiah. Yang ni, abang boleh bukak terus. Kalau tak suka, nak bagi balik pun tak pe."

Bergegas masuk ke rumah dan mencapai satu lagi bungkusan di atas meja. Hadiah ketiga.

"Nah! Su harap abang suka... sebab su suka.." Bungkusan bertukar tangan. 

"Boleh buka terus ke nih?" Soalnya mahukan kepastian. Aku mengangguk laju. Senyuman masih melekat dibibir. 

"Ok... surprise ya!" Tangannya rakus mengoyak balutan itu. 

Matanya dibesarkan. Tawanya pecah berderai...

"Hahaha... abang suka! Abang suka sangat! Terima kasih." Aku teruja melihat reaksinya. Seronok dapat membuatnya ketawa. 

"Kita kongsi, boleh?" Pintaku tanpa segan. Memang tak malu!

"Tak takut buruk siku?" Dia mengusik.

"Tak! Berkongsi rezeki tu kan amalan baik. In shaa Allah, tak akan buruk siku kalau abang bagi dengan ikhlas." Lancar hujah kubentangkan sambil menadah tangan, meminta diberikan kembali apa telah dihadiahkan. 

Pantas plastik berwarna kuning dengan gambar monster biru itu dikoyak. Bungkusan kecil dicapai dan dihulurkan. Yess!!!

Hadiah ulang tahun kelahiran untuk dia yang tersayang... Mamee Monster!!!

Senyumanku terukir lebar bila mengingatkan matanya yg menyepet ditarik tawa yang panjang... 

Bahagia yang tak boleh diukur harganya... Moga kita kekal bahagia hingga ke syurga!

PS: Abang, ingat lagi tak kenangan ini?

No comments: