Jan 14, 2019

Jalan masih jauh

Sunyi. Dia termenung dijendela. Pandangannya jauh sekali. Anak-anak lain tak kelihatan. 

"Mana yang lain?" Tanya ustazah saat melihat dia bersendirian. 

"Balik kampung." Jawabnya ringkas. 

"Ina kenapa tak balik?" Soal ustazah lagi. 

"Mak dah takde. Ayah pun sama." Katanya sayu.

"Mak atau bapa sedara tak kan tak ada jugak?" 

"Mereka tak ajak." Ringkas jawapan anak itu. Hati ustazah terus dibanjiri simpati.

"Ikut umi balik rumahlah. Nak tak?" Tawaran spontan dihulurkan. 

Diam. 

"Tinggal dengan umi masa cuti sekolah ni." Kata ustazah lagi. 

"Tak pe lah umi. Saya selesa tinggal di sini je." Putusnya. Rumah anak yatim itu telah menjadi rumahnya semenjak kematian kedua ibubapanya. 

----**-----**-----**-----**-----**-----

Kisah itu diselitkan ustazah semasa pengajian hadis pagi tadi. 

Banyak sekali soalan yg bermain difikiran. Sarat dengan pelbagai perasaan. 

-----**-----**-----**-----**-----**-----

"Abang tahu kan, abang dah kawin dengan anak yatim piatu. Su tak de mak ayah nak mengadu kalau ada masalah." Kataku memancing perhatiannya. 

"Su harap sangat dapat menumpang kasih sayang  ma dan ayah abang. Su nak mereka layan dan tegur su sepertimana mereka tegur anak2 mereka sendiri. Sebab su banyak kekurangan, banyak kelemahan...." Harapan yang disampaikan pada suami saat diri bergelar isteri. 

Berkahwin dengan seorang lelaki, bukan hanya terhad pada satu tanggungjawab sahaja. Tapi pelbagai tanggungjawab yang lain. Keluarganya juga "dikahwini". Pekej. 

Dia punya tanggungjawab pada ma dan ayah, pada adik2 yang masih belajar, juga pada ahli keluarga yang lain. Bukan setakat tanggungjawab kewangan, tapi juga perhatian dan kasih sayang.

Fahami dan hayati. Dan aku memulakan langkah untuk bersama memikul tanggungjawab itu. Kerana aku seorang isteri yang mahu mencari jalan ke syurga bersama suami.

Syukur, dia hadir dalam hidupku untuk melengkapi kekurangan diri....
-----**-----**-----**-----**-----**-----

Semoga anak itu kuat sehingga tiba waktu dia memikul tanggungjawab yang lain... 

Andai mampu aku bisikkan pada dia, aku ingin dia tahu, sesungguhnya aku akan sentiasa berdoa agar Allah pelihara dia, dan agar dia dapat rasa yang laluan hidupnya dipenuhi dengan kasih sayang.

Sesungguhnya Allah sentiasa ada, sentiasa sayang....

#spmbn

No comments: