Jan 15, 2019

Istikharah

"Entah apa salah aku, dia diam membatu. Tanya tak jawab. Nak mintak maaf pun tak tahu untuk apa. Lastly, hubungan kami larut macam tu je." Kata si A. Kesal dalam kelam. Tak jumpa cari punca, tak nampak langsung cahaya. 

"Tak menarik. Tak tahu nak cakap apa. Tak seronok langsung berkawan dengan dia. Lain yang dicakap, lain pulak yang dia faham." Ulas si B. Entah ianya berupa alasan atau kenyataan. 

"Dia sibuk sangat dengan kehidupan barunya. Tugas dan tanggungjawabnya. Aku pun sama. Stress kat tempat kerja, kat rumah lagi. Tak ada mood nak bercerita. Merajuk la dia. Kata aku tak ingat dia laa... Habis tu, nak layan macamana lagi?" Sungut si C. Semua orang perlu di jaga hati. Tapi mereka tak cuba untuk mengerti. Kecewa bila hanya dia yg asyik memberi dan memahami

"Aku cuma tegur dia nampak 'terlebih sihat' berbanding dulu. Salah ke?" Telus. Teguran dari si D terasa begitu sinis. Mentang2lah dia tak boroi.

Begitulah. Asam garam dalam perhubungan. Pahit manis dalam kehidupan. 

Tak mudah menjaga hati. Kadang tu sukar untuk memahami. Adakala ianya berlaku pada masa yang salah sehinggakan reaksi yang diberi tak seperti yang diharapkan. 

Jangan kecewa, jangan berburuk sangka. Manusia tak sempurna. Yang hadir dalam kehidupan kita hanyalah pinjaman semata, yg bersifat sementara. 

Berdoalah agar andai ianya baik untuk kita, kekalkan ia sehingga kehujung usia. Andai buruk, biarkan ia berlalu, tanpa sendu, tanpa rasa pilu. 

Apa jua bentuk hubungan, ianya harus dimulakan kerana Allah. Allah lebih tahu apa yang baik untuk kita.... 

Di sinilah pentingnya istikharah. Keputusan tentang satu keadaan. Pilihan yang Allah buat untuk kita tanpa kita sedari dan tanpa kita minta arah tentunya. 

Kerana itulah istikharah perlu dibuat setiap masa walaupun kita tidak berdepan dengan satu persimpangan yang kita rasa perlukan petunjuk dari Allah. 

Asalkan kita faham bahawa hidup ini penuh dengan pilihan dan kita bukan selalu dipihak yang mampu memilih, maka biarlah Allah tentukan... 

#spmbn

No comments: