Satu lagi amanah telah disampaikan. Waqaf buku BDC.
.....
"Abang, Hari ni lepas kelas di TTS Lundang, Su nak hantar buku kat CCRC Bachok, boleh ya?" Seperti biasa, suami kena approve jadual perjalanan harian saya, walaupun hanya untuk ke kelas pengajian di masjid.
"Jauh jugak tu. Pegi dengan sapa?" Selidik lagi.
"Su ajak kawan penulis jugak sorang." Jawab saya.
"Sapa?"
"Lin. Perempuan. Abang tak kenal. Memang tak pernah jumpa dia lagi." Jelas saya lagi.
"Ok. Hati-hati bawak kete. Jangan balik lambat sangat."
Approved!.. 😄
.....
Distinasi waqaf buku kali ini ialah Cure & Care Rehabilitation Centre, Bachok.
Berkali-kali terpaksa ditangguhkan pertemuan kami dek kesibukan.
Bila saya lapang, dia ada urusan. Bila dia free, saya pulak ada agenda yang perlu diberesi. Allahu, memangnya bila nak buat kebaikan, banyak sekali halangan.
Kami disambut mesra oleh Puan Siti Rugaya Ismail, Pengarah CCRC. Saya diberitahu, penghuninya 💯% adalah wanita yang berumur antara 17 - 56 tahun.
"Banyak faktor yang menyebabkan mereka terperangkap dengan masalah dadah ni. Tapi kebanyakannya payah nak pulih sepenuhnya. Sampaikan ada antara mereka yang rela tinggal di sini sebab lebih terjaga...." Jelasnya bila ditanya.
"Peratusan penglibatan mengikut kaum macamana?"
"95% adalah Melayu, 3% India dan 2% adalah Cina..." Saya ternganga. Terkejut mendengarnya. Perbezaan yang begitu ketara. Sedih menyelubungi hati. Aduhai bangsaku...
"Ada yang mengandung kat sini?" Tanya saya lagi.
"Ramai. Malah pernah ada kes, pelajar 13 tahun yang pernah dihantar di sini lama dulu, mengandung dan cuba menggugurkan kandungannya. Dalam usia semuda itu, dah 3 kali mengandung dan gugurkan...."
'Allahu.... Parah sekali masyarakat kita sekarang ni....' Sedih. Pedih. 😓😢
Saya tak mahu bertanya lagi. Cukup dengan perkongsian dan maklumat yang diberi oleh Puan Siti Rugaya. Hati saya bagai diramas. Soalan-soalan yang saya susun semalam dalam fikiran, yang mahu saya tanyakan dalam pertemuan ini, terasa menghilang.
"Mereka perlukan perhatian. Sebenarnya, sedikit panduan dan sokongan boleh bantu mereka untuk menjadi lebih baik...." Lin bersuara. Saya setuju.
Benar, mereka mudah terlibat dengan dadah kerana ada sesuatu yang mungkin ibubapa, keluarga dan masyarakat terlepas pandang.
....
Saya sendirian dalam perjalanan pulang. Satu demi satu perbualan tadi melintas difikiran.
Apa yg boleh saya lakukan? Lemah benar rasanya. Mungkin buat masa sekarang, hanya doa... Agar Allah jentikkan kesedaran dan keinsafan dalam hati mereka.
Setiap orang punya masalah. Mungkin sama, mungkin berbeza. Tapi biarlah masalah atau musibah itu mendekatkan diri kita dengan Allah... Dan membuka jalan untuk kembali...
....
Terima kasih kepada pewaqaf. Semoga ia mampu menyentuh hati dan memberi manfaat kepada yang membacanya.
#BDC2019
#bondanor
#muhasabahdiri
#jombelidanbaca
#jomwaqafdankutippahala
Jul 19, 2019
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment