Jan 18, 2019

Masa Kita Hampir Tiba

KITA INI TETAMU SENJA

Kita datang ini
hanya sebagai tetamu senja
Bila cukup detik kembalilah kita kepadanya
Kita datang ini
kosong tangan kosong dada
Bila pulang nanti
bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yang datang dan kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada Tuhan kepada insan
Pada tetamu yang datang
dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka pula
pada Tuhan kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke biru laut
Ke kuning darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas sembah
Seluruh rasa belas

Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawalah bakti padat berkat

~ A. Samad Said

Hidup ini bagaikan bahtera. Lautan adalah masa yang adakala tenang dan adakala bergelombang. Perumpamaan yang sering kita dengar.

Hakikatnya, pelayaran hidup akan sampai ke pelabuhannya bila2 masa sahaja... bila dan bagaimana, ianya adalah misteri yang jawapannya dalam genggaman Allah.

Di usia begini, menerima ucapan selamat membuat hati semakin kecut... Alhamdulillah, bermula dari hari saya dilahirkan,  sehingga ke hari ini, banyak nikmat yang Allah anugerahi, telah saya nikmati. Banyak juga dugaan yang saya lalui dan saya atasi dengan pertolongan Allah.

Syukur Ya Allah....

Tapi selamatkah saya meninggalkan alam ini? Cukupkah bekalan amalan yang akan saya kelek untuk menemuiNya nanti? Sesak nafas memikirkannya... debar hati benar2 terasa.

Kita tetamu senja yg masih leka dan bermewah2 menikmati pemberianNya.... masih tak ambil pusing bila 'tuan rumah' sudah memberikan hint untuk kita berundur bila2 masa.

Uban yg semakin sukar dilindungi, kedut yang semakin tersusun membarisi, sakit yang bertambah, lemah badan yang dirasai setiap hari... adalah peringatan Allah bahawa malaikat maut sedang bersedia untuk menyebut.... "TIMES UP!!! JOM!!!"

Hati terasa kecut!.... Rerama sedang berterbangan didalam perut....

#spmbn
#insafdiri

Jan 16, 2019

Peria

"Masak apa hari ni?" Soalnya dari belakang. Hampir tercampak senduk ditangan. Terkejut kerana munculnya secara tiba-tiba. 

"Biasa je. Kari daging dan acar timun." Menu ringkas untuk kami berdua. Satu lauk dan satu sayur. Tak boleh lebih. Kalau tak, memang membazir sudahnya. Tak pandai nak meratah. 

"Nanti cuba buat peria celup tepung untuk makan dengan kari." Cadangnya tiba2. 

"Hah? Macamana tu? Tak pernah dibuat orang." Terasa pelik permintaannya. 

"Orang pernah buat la. Abang dah pernah makan kat kedai mamak." Jelasnya lagi. 

"Apa rasanya? Su tak pernah makan, macamana nak buat?" Cuba berdalih. Tak yakin. Tak boleh bayangkan rasanya. 

"Buat macam ikan celup tepung, tapi kali ni celup peria. Percayalah.... sedap!" Katanya tersengih. 

Permintaan suami memang akan cuba ku tunaikan. 

"Bismillah..." Aku tekun melihat dia memasukkan satu demi satu kepingan peria yang digoreng ke dalam mulut. 

"Jadi tak? Sama tak dengan yang abang makan kat kedai?" Geram juga bila tak ada komen walaupun dah berkeping2 peria itu dimakan. 

"Lagi sedap dari kedai.... rangup!" Akhirnya dia bersuara sambil tersengih. Alhamdulillah...

"Nanti balik, cuba masak untuk ma dan ayah. Abang rasa dia mesti suka." Cadangnya lagi. 

Lalu, ku tunaikan permintaannya.... 

"Macamana ma? Ok tak kalau masak macam ni?" Aku bertanya saat resepi itu ku cuba bila balik kampung. 

"Sedap rupanya kalau goreng macam ni. Su belajar dengan sapa?" Tanya ma sambil terus mengunyah kepingan peria yang digoreng. Aku tersenyum. 

Penilaian ma penting buatku. Satu kepuasan bila dapat memasak sesuatu yang dia sukai. 

Bahagia bila ma dan ayah makan dengan begitu berselera... 

#spmbn
#kisahmertuamenantu


Jan 15, 2019

Istikharah

"Entah apa salah aku, dia diam membatu. Tanya tak jawab. Nak mintak maaf pun tak tahu untuk apa. Lastly, hubungan kami larut macam tu je." Kata si A. Kesal dalam kelam. Tak jumpa cari punca, tak nampak langsung cahaya. 

"Tak menarik. Tak tahu nak cakap apa. Tak seronok langsung berkawan dengan dia. Lain yang dicakap, lain pulak yang dia faham." Ulas si B. Entah ianya berupa alasan atau kenyataan. 

"Dia sibuk sangat dengan kehidupan barunya. Tugas dan tanggungjawabnya. Aku pun sama. Stress kat tempat kerja, kat rumah lagi. Tak ada mood nak bercerita. Merajuk la dia. Kata aku tak ingat dia laa... Habis tu, nak layan macamana lagi?" Sungut si C. Semua orang perlu di jaga hati. Tapi mereka tak cuba untuk mengerti. Kecewa bila hanya dia yg asyik memberi dan memahami

"Aku cuma tegur dia nampak 'terlebih sihat' berbanding dulu. Salah ke?" Telus. Teguran dari si D terasa begitu sinis. Mentang2lah dia tak boroi.

Begitulah. Asam garam dalam perhubungan. Pahit manis dalam kehidupan. 

Tak mudah menjaga hati. Kadang tu sukar untuk memahami. Adakala ianya berlaku pada masa yang salah sehinggakan reaksi yang diberi tak seperti yang diharapkan. 

Jangan kecewa, jangan berburuk sangka. Manusia tak sempurna. Yang hadir dalam kehidupan kita hanyalah pinjaman semata, yg bersifat sementara. 

Berdoalah agar andai ianya baik untuk kita, kekalkan ia sehingga kehujung usia. Andai buruk, biarkan ia berlalu, tanpa sendu, tanpa rasa pilu. 

Apa jua bentuk hubungan, ianya harus dimulakan kerana Allah. Allah lebih tahu apa yang baik untuk kita.... 

Di sinilah pentingnya istikharah. Keputusan tentang satu keadaan. Pilihan yang Allah buat untuk kita tanpa kita sedari dan tanpa kita minta arah tentunya. 

Kerana itulah istikharah perlu dibuat setiap masa walaupun kita tidak berdepan dengan satu persimpangan yang kita rasa perlukan petunjuk dari Allah. 

Asalkan kita faham bahawa hidup ini penuh dengan pilihan dan kita bukan selalu dipihak yang mampu memilih, maka biarlah Allah tentukan... 

#spmbn

Jan 14, 2019

Jalan masih jauh

Sunyi. Dia termenung dijendela. Pandangannya jauh sekali. Anak-anak lain tak kelihatan. 

"Mana yang lain?" Tanya ustazah saat melihat dia bersendirian. 

"Balik kampung." Jawabnya ringkas. 

"Ina kenapa tak balik?" Soal ustazah lagi. 

"Mak dah takde. Ayah pun sama." Katanya sayu.

"Mak atau bapa sedara tak kan tak ada jugak?" 

"Mereka tak ajak." Ringkas jawapan anak itu. Hati ustazah terus dibanjiri simpati.

"Ikut umi balik rumahlah. Nak tak?" Tawaran spontan dihulurkan. 

Diam. 

"Tinggal dengan umi masa cuti sekolah ni." Kata ustazah lagi. 

"Tak pe lah umi. Saya selesa tinggal di sini je." Putusnya. Rumah anak yatim itu telah menjadi rumahnya semenjak kematian kedua ibubapanya. 

----**-----**-----**-----**-----**-----

Kisah itu diselitkan ustazah semasa pengajian hadis pagi tadi. 

Banyak sekali soalan yg bermain difikiran. Sarat dengan pelbagai perasaan. 

-----**-----**-----**-----**-----**-----

"Abang tahu kan, abang dah kawin dengan anak yatim piatu. Su tak de mak ayah nak mengadu kalau ada masalah." Kataku memancing perhatiannya. 

"Su harap sangat dapat menumpang kasih sayang  ma dan ayah abang. Su nak mereka layan dan tegur su sepertimana mereka tegur anak2 mereka sendiri. Sebab su banyak kekurangan, banyak kelemahan...." Harapan yang disampaikan pada suami saat diri bergelar isteri. 

Berkahwin dengan seorang lelaki, bukan hanya terhad pada satu tanggungjawab sahaja. Tapi pelbagai tanggungjawab yang lain. Keluarganya juga "dikahwini". Pekej. 

Dia punya tanggungjawab pada ma dan ayah, pada adik2 yang masih belajar, juga pada ahli keluarga yang lain. Bukan setakat tanggungjawab kewangan, tapi juga perhatian dan kasih sayang.

Fahami dan hayati. Dan aku memulakan langkah untuk bersama memikul tanggungjawab itu. Kerana aku seorang isteri yang mahu mencari jalan ke syurga bersama suami.

Syukur, dia hadir dalam hidupku untuk melengkapi kekurangan diri....
-----**-----**-----**-----**-----**-----

Semoga anak itu kuat sehingga tiba waktu dia memikul tanggungjawab yang lain... 

Andai mampu aku bisikkan pada dia, aku ingin dia tahu, sesungguhnya aku akan sentiasa berdoa agar Allah pelihara dia, dan agar dia dapat rasa yang laluan hidupnya dipenuhi dengan kasih sayang.

Sesungguhnya Allah sentiasa ada, sentiasa sayang....

#spmbn

Jan 8, 2019

Ciputkinzir 1

Baris! Baariiisss... sedia!
Senaaaannnng diri!!
Betulkaaannnn barisan!!!...

Ishhh... korang ni, lembab betul la...

Jan 3, 2019

Kisah kita.

Kenangan. Suatu ketika dulu....

Hadiah ulang tahun kelahirannya di susun satu persatu, untuk meraikan tarikh keramat itu. Sesuatu yang diharapkan dapat bertahan dalam lipatan kenangan walaupun nilainya tak seberapa.

Makan malam di gerai berdekatan adalah hadiah pertama.

"Abang nak makan apa? Su belanja sempena birthday abang." Teruja. Bukan selalu dapat peluang begitu. Selalunya dia yang bayar bila kami keluar makan. Memang lelaki yang budiman. 

Selesai makan, aku keluarkan bungkusan berbalut kertas bunga. Hadiah kedua. Dia menyambutnya dengan senyuman sambil mengucapkan terima kasih. 

"Jangan buka dulu. Malu." Syarat. Bimbang jika apa yang diberi mengecewakan. Tak sanggup melihat riak wajahnya. 

Seperti biasa, selesai makan, dia menghantarku sehingga ke depan rumah. Alasannya mahu pastikan tunangannya ini selamat sampai. 

"Abang tunggu kejap ya! Su ada satu lagi hadiah. Yang ni, abang boleh bukak terus. Kalau tak suka, nak bagi balik pun tak pe."

Bergegas masuk ke rumah dan mencapai satu lagi bungkusan di atas meja. Hadiah ketiga.

"Nah! Su harap abang suka... sebab su suka.." Bungkusan bertukar tangan. 

"Boleh buka terus ke nih?" Soalnya mahukan kepastian. Aku mengangguk laju. Senyuman masih melekat dibibir. 

"Ok... surprise ya!" Tangannya rakus mengoyak balutan itu. 

Matanya dibesarkan. Tawanya pecah berderai...

"Hahaha... abang suka! Abang suka sangat! Terima kasih." Aku teruja melihat reaksinya. Seronok dapat membuatnya ketawa. 

"Kita kongsi, boleh?" Pintaku tanpa segan. Memang tak malu!

"Tak takut buruk siku?" Dia mengusik.

"Tak! Berkongsi rezeki tu kan amalan baik. In shaa Allah, tak akan buruk siku kalau abang bagi dengan ikhlas." Lancar hujah kubentangkan sambil menadah tangan, meminta diberikan kembali apa telah dihadiahkan. 

Pantas plastik berwarna kuning dengan gambar monster biru itu dikoyak. Bungkusan kecil dicapai dan dihulurkan. Yess!!!

Hadiah ulang tahun kelahiran untuk dia yang tersayang... Mamee Monster!!!

Senyumanku terukir lebar bila mengingatkan matanya yg menyepet ditarik tawa yang panjang... 

Bahagia yang tak boleh diukur harganya... Moga kita kekal bahagia hingga ke syurga!

PS: Abang, ingat lagi tak kenangan ini?

Jan 2, 2019

Bukan Cinta Biasa

Jika candle light dinner di restoran mewah tu lambang romantik, memang saya bukan orangnya.

Jika kejutan jambangan bunga itu dikatakan tanda sayang, confirm itu bukan cara saya.

Jika dia berimaginasi untuk mendapatkan hadiah yg mahal, memang tak akan jadi nyata... 

Saya bukan orang sebegitu. Saya tak mampu!

Nak bagi hadiah apa ya, sebagai hadiah ulang tahun kelahirannya? Pening saya memerah kepala sehingga terasa senget dan penyek tengkorak ni haa.... 

Nak buat kejutan apa ya, untuk menunjukkan dirinya begitu berharga? Macam nak demam saya memikirkannya... tapi tak jugak keluar idea...

Nak dibina istana bukti cinta dan setia... memang tidak laa... tak ada arkitek yg nak tolong rasanya...
Nak dibina Taj Mahal versi saya, duit poket saya pun dia yang sponsor... 

Aduhai...

Lalu... apa selayaknya dengan kemampuan saya untuk menghadiahkan sesuatu sebagai tanda kasih dan cinta buat dia yang bergelar suami...? Sungguh tak berdaya untuk memikirkannya.... 

Hanya satu yang sering saya lakukan dan saya ulang... (walaupun ada antaranya saya lakukan bukan pada tarikh ini...)

Pelukan, kucupan dan ucapan selamat menyambut ulangtahun menjelang pukul 12 malam.

Bangun sepertiga malam, berdoa dan solat hajat untuk dia agar saya mampu membahagiakannya. 

Dan... makan malam yang sedikit istimewa dan berbeza dari hari2 biasa hasil tangan saya yang tak seberapa bakatnya dalam mengendalikan periuk belanga... 

Hadiah yang terlalu biasa... buat seorang yg terlalu istimewa dalam hidup saya... 

Adakah itu bermaksud cinta saya padanya adalah biasa saja? 

Tidak! Cinta saya adalah bukan cinta biasa2 (teringat lagu Siti Norhaliza)... kerana saya cintakan dia demi mencari redha Allah, dengan izin Allah dan kerana Allah!

Happy birthday abang...