Majlis berehat seketika. Masa untuk makan dan solat dah tiba. Mata melilau mencari dia. Ada pengumuman yang saya mahu dia sampaikan.
Dari jauh, bayangannya menyapa mata. Saya terkejut melihat dia menukup muka sambil bahu terhenjut-henjut.
"Dee... Kenapa ni?" Saya mendekati. Kak Pah yang berada di sisinya menepuk-nepuk belakang. Cuba menenangkan.
"Dia baru terima berita kematian." Jawab Kak Pah bagi pihak.
"Innalillah.... Siapa?" Soal saya lagi. Terkejut dan simpati saya melimpah. Allahu.... Dugaan Allah datang tanpa tanda amaran. Semoga arwah ditempatkan bersama hambaNya yang dicintai. Permudahkanlah perjalanan peralihan alam buat arwah...
"Mak saudara saya. Maafkan saya. Rasanya saya tak boleh teruskan lagi majlis ni." Katanya tersekat-sekat.
"Takpe Dee... Kami faham. Balik lah. Urusan keluarga perlu diutamakan." Kata Kak Pah lagi.
"Ya Dee. Sebaiknya begitu. Sabar ya." Hanya itu yang terucap. Terkejut sehingga tak tahu apa yang sesuai untuk dikata bagi menenangkan dia.
Selesai bersalam dan berpelukan, dia terus beredar. Saya melepaskan keluhan berat. Memahami situasinya membuatkan saya sebak.
"Su baru nak mintak dia buat pengumuman. Nak tanya samada dia ada bagitahu tak pasal tempat makan dan tempat solat yang kita sediakan..." Saya mahu kepastian.
"Dia tak sempat nak umumkan apa-apa. Blank agaknya bila dapat berita kematian tu." Jelas Kak Pah.
Kelu lidah. Tak semena-mena, ingatan pada arwah menerjah minda. Sayu jadinya.
'Mereka bukan meninggal dunia. Mereka hanya kembali kepada Pencipta. Ibarat balik kampung saja. Mereka akan lebih bahagia di sana. Terlepas dari pedihnya hati dan sakitnya jasad. Bebas dari sebarang beban dan tanggungjawab. Allah... Semoga syurga tempat Kau sediakan buat mereka. Tunggu Su ya! Su sedang mengumpul bekal untuk membeli tiket ke syurga dan semoga kita akan kembali berkumpul sama-sama.' Hati berbicara... Perasaan saya hanyut seketika.
Allahuakbar!
#seminarMSS
#masuksyurgasekeluarga
#PRNNK
Jul 10, 2019
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment