Jan 29, 2018

Hipokrit

Andai ditulis segala kelemahan diri, ternyata panjang sekali senarainya. Namun yang kurang itu mahu disembunyikan, yang lemah itu mahu diselindungkan. Aduhai... adakah aku menternak hipokrasi diri yang paling dibenci tanpa disedari? Ya Allah... ampuni hambaMu ini....

"Aib diri jangan diceritakan pada orang. Allah menyembunyikan aib itu kerana Dia sayang. Kenapa pulak kita nak bukak mulut, cerita itu ini pada semua orang. Apatah lagi kita tak tahu bagaimana reaksi dan penerimaan orang yg kita ceritakan tu. Kalau disimpan dan dijadikan pengajaran, ok lah kan... kalau disampaikan pulak pada orang lain, kot cerita tu dah berubah.... tak sama hasil dengan diceritakan pada orang pertama." Panjang nasihat Kak Fa'e lewat perbualan hari itu.

Benar. Penerimaan orang berbeza mengikut pengalaman, kecenderungan dan pegangan hidup mereka. Tak boleh dipersalahkan sepenuhnya. Tak mudah untuk mengubah apa telah sebati... kerana hidup setiap orang punya acuan sendiri. Sedangkan tebing sungai dan gigi pantai juga terhakis dek pukulan ombak yg konsisten rentaknya, inikan pulak hati insan...

Lalu... adakah menyembunyikan kekurangan dan kelemahan diri itu menjadikan anda manusia hipokrit?

No comments: