Jan 3, 2018

Allah Yang Maha Penyembuh...

Entah kali ke berapa lawatan ke tandas diulang. Dinding2 dan pintu tandas dah boleh dihafal coraknya. Kalaulah mata ini mampu mengeluarkan laser, nescaya telah berlubang2 pintu dan dinding tandas ni.

Teringat kata-kata Ustaz Zawawi dalam satu ceramahnya.
"Hidup kita ni bukan sepenuhnya kita yang tentukan. Sebesar manapun pangkat kita, setinggi manapun pelajaran kita, sepositif manapun pemikiran kita, tak de nya kita boleh kawal nafas kita dan pergerakan jantung kita... nak kawal kencing dan berakpun kita tak mampu, inikan pulak nak kawal hidup... nak kawal takdir orang lain... "

"Angkat tangan sapa yg boleh tahan dari buang air kecil dan buang air besar? Apatah lagi kalau dah kena cirit birit. Tergeliat, terlentok2, terguling2 pun, kalau dah nak buang, silap2 tersembur jugak.... Jadi, sapa yg kawal setiap apa yg berlaku pd diri kita, pada tubuh badan kita, perjalanan hidup kita? Allah...Yang kita boleh kawal ialah usaha kita... Yang tentukannya adalah Allah..." Nada suaranya tegas. Keyakinan yang tak boleh di sanggah.

C.Zex menekan2 perut. Sakitnya datang bersilang2, bersilih ganti. Risau jugak jika ia berterusan memakan hari. Tugasan di office berderet2 menanti giliran dibelai dan dibelah.

"Ya Allah... sungguh aku tiada kuasa pada jasadku sendiri..." Rintihan yang tak berpenghujung. Sesekali teringat ayat yang Ustaz Sharhan ajar sambil menggosok2 perut, berdoa agar sakitnya berkurang.



Hari semakin gelap. Sakit tak berkurang. Mahu malam ni tak dapat tidur kalau keadaan ni berterusan. Dia nekad. Kunci rumah dan kereta di capai.

"Allah suruh kita usaha... Nak makan pun kena usaha pegi beli kalau dah lapar, tak kan nak hilangkan sakit sakit perut ni, aku nak tunggu ia hilang sendiri..." Bisik C.Zex.

Jarak ke mini market hanya 5 minit pemanduan berhemah. Farmasi jauh sikit. 10 minit. Kalau diikutkan perut yang memulas, mahu segala lampu isyarat dilanggar. Sabar.... Nanti sakit lain pulak yang muncul.

"Biar lambat asal selamat. In Shaa Allah... Tak boleh ikut perasaan... silap haribulan karang, ada yang masuk longkang." Istighfar... Istighfar...

"Allah nak sental dosa aku nih... Sebab tu sakit perut." Bisiknya lagi. Fikirannya ligat memikirkan salah dan dosa yg mungkin dilakukan tanpa sedar.

Rezeki. Parking depan farmasi ada satu kosong. Allah bantu. Alhamdulillah.... Semasa diduga, Allah tetap berikan nikmat yg tak disangka...

"Mieoww... Mieoww...." Kucing berwarna kelabu berbelang putih dengan jangkaan masih berstatus remaja merenung sayu ditepi longkang. Teringat sibuta yang pernah dibela. Kucing yang sangat memberi kesan pada hati dan jiwa. Kakinya terhenti. Pintu belakang kereta dibuka. Dicapai Whiskas yg diikat kemas, terselit dibawah kerusi bahagian pemandu.

Fikirannya teringat pada satu artikel ruangan agama yg pernah dibaca.
{...... Antara usaha yang tinggi pulangannya, berkesan hasilnya, mujarab ubatnya, ialah sedekah dan istighfar....}

"Ya Allah... aku mohon padaMu... dengan sedekahku pada kucing ini, sembuhkanlah sakitku, dengan izinMu Ya Rahman..." Bisiknya penuh mengharap.

Bagai tahu rezeki nak dikongsi, kucing itu bangun menghampiri. C.Zex menghulur Whiskas yang telah siap diletakkan di dalam bekas plastik. Rakus makanan itu dinikmati...

"Makan pelan-pelan.. Walaupun biskut ni tak de tulang, tapi kalau kau gelojoh, mahu sakit tekak kau nanti..." Kata C.Zex sambil tangannya mengusap2 kepala sibelang.

Perlahan dia bangun, meninggalkan kucing dengan hidangan malam yang tak terduga. Melangkah menghampiri pintu farmasi, berusaha untuk mencari ubat, mengubati diri...

Hatinya lapang, usaha zahir dan batin, fizikal, material dan spiritual... semua dah dibuat. Tinggal lagi 'kelulusan' dari Allah.

Sungguh benar janji Allah... Dengan izinNya, sakit C.Zex sembuh dengan mudah, menghilang saat diflush bersama sisa2 toksik yang keluar dari perutnya...

Alhamdullillah.... Biarpun apa yang berlaku kedengarannya terlalu biasa, tapi bagi C.Zex, Allah buka pintu hatinya untuk melihat kekuasaan Yang Maha Pencipta. Seketika dia rasa sesak nafas, tenggelam dalam rasa lemah dan tidak berdaya... Dalam masa yang sama, Allah ilhamkan dengan apa yang pernah di dengar dan di baca, membolehkan dia melihat bahawa usaha bukan hanya bersifat material dan azali, tapi juga penyucian jiwa itu penting untuk kesembuhan yang pasti.

Sakit yg biasa bagi sesetengah orang, tapi sebenarnya adalah "sapaan" Allah untuk mengingatkan bahawa Dia sentiasa ada untuk mengabulkan permintaan hambaNya... Memangnya Allah tidak mengabaikan hambaNya yang memohon dengan ikhlas, yang berusaha dan bertawakkal.

Perlahan C.Zex menurunkan badan dan merapatkan kepala di atas sejadah... sujud syukur atas nikmat dan rahmat yang Allah turunkan buatnya.. Airmatanya menitis... penuh kesyukuran... penuh keinsafan....

Nota : Sahabat... terima kasih kerana berkongsi cerita, terima kasih kerana mengizinkan jejari ini mengukir bicara, melakar kisah yang kedengaran simple tapi memangnya penuh makna... Semoga Allah sentiasa membuka mata kita untuk melihat betapa setiap kejadian itu ada pengajaran disebaliknya. Dan semoga segala yang terjadi hanya akan mendekatkan kita padaNya... 

No comments: