Nov 4, 2009

Doa wanita...

Kata ustaz dalam slot Bicara Ad-Din minggu lepas;

"Perkahwinan susah nak diselamatkan jika ada antara pasangan yang mengambil mudah tentang solat. Pergi je ke mana-mana Jabatan Agama Islam, tanya mereka yang sedang buat permohonan cerai; Bila kali terakhir kalian suami isteri solat jemaah bersama? Pastinya jawapan yang diberikan ialah dah berbulan-bulan, atau mungkin bertahun-tahun, atau mungkin jugak tak pernah!"

Sedihkan?

"Aku terkejut tengok adik aku jarang solat selepas kawin. Isterinya solat masa kat rumah mertua je, kat rumah sendiri tak solat, dan dia sekarang dah terikut-ikut sama." Luah seorang teman dengan nada sedih.

Jelas sekali pengaruh perbuatan dan perlakuan seseorang isteri itu amat besar.

***************************************

"Alah... bila dah jadi isteri ni, susah nak kemana-mana macam dulu. Tambah lagi dengan anak-anak. Kadang ada juga jiran bagitahu ada ceramah kat masjid. Aku ajak la, tapi kalau dia tak nak, apa aku boleh buat." Telinga saya menangkap perbualan sekumpulan wanita.

"Aku pun. Kalau laki aku bangun lambat, subuh pun subuh gajah, aku apa lagi, join sekali la." Sampuk temannya sambil ketawa.

Suami teraju keluarga. Nakhoda untuk bahtera rumahtangga. Ke mana anak kapal menghala kalau tidak mengikut arah yang dibawa nakhoda?

***************************************

"Alah... nak nasihatkan orang, awak pun dua kali lima je..." Kata si isteri sambil menjeling tajam ke arah suami. Saling menempelak. Sudahnya hijrah yang diharapkan membawa kebaikan tidak sampai ke distinasi sama.

Siapa yang rugi? Diri sendiri, kan?

****************************************

"Arwah suami saya dulupun payah nak ke masjid. Sibuk. Tapi dia tak halang saya aktif dengan aktiviti masjid. Dan alhamdulillah, di hujung usianya, dia selalu datang ke masjid." Luah Ustazah Hindon yang saya anggap seperti orang tua saya sendiri. Saya kagum dengan sikap dan perjuangannya. Sumbangannya terhadap bidang dakwah memang tak dapat dinafikan lagi. Pengerusi Unit Mubalighat ini pernah memenangi anugerah tokoh maal hijrah bagi negeri Selangor tahun lepas.

"Berkat doa seorang isteri yang solehah. Doa isteri kan mudah makbul!" Sampuk seorang jemaah yang lain sambil memeluk bahu Ustazah. Saya tersenyum sambil mengangguk kepala.

"Orang selalu kata, kubur masing-masing. Tapi Su ada terbaca, yang mana di akhirat nanti ada hamba Allah yang akan menarik ahli keluarganya samada masuk ke syurga atau neraka. Betulkan ustazah?" Tanya saya menyampuk perbualan.

"Betul tu. Sepatutnya kita jangan lah ambil mudah dan hanya fikir nak jaga diri sendiri je. Kena berikhtiar mengajak ahli keluarga dan jiran-jiran kita. Kerja membuka pintu hati tu, hanya Allah je yang boleh buat." Kata ustazah mengakui.

**************************************
Selalu kita dengar...

Wanita itu adalah tulang belakang bagi lelaki.
Lalu, haruskah kita biarkan tulang ini bengkok? Nanti yang bongkok, bukan orang lain, adalah suami dan anak-anak kita.

Tangan wanita yang menghayun buaian, mampu menggegarkan dunia.
Kenapa kita tak gegarkan jiwa suami dan anak-anak dengan doa kita?

Disebalik kejayaan seorang lelaki, di belakangnya adalah wanita.
Kenapa kita tak pastikan kejayaan itu bukan saja untuk dunia, tapi juga untuk akhirat yang abadi?

Kena saya hanya fokus pada wanita? Lelaki?
Lelaki dianugerahkan Allah 9 akal dan satu nafsu. Moga mereka tahu apa yang mereka pikul dan sedar apa yang patut mereka buat...

6 comments:

Tie said...

Dari pengalaman kak tie sendiri, memang kak tie percaya, doa seorang ibu dan isteri memang mudah makbul. Terutama bila kita redha dan selalu memohon perlindungan dariNya.

suara said...

@Kak Tie
Betul..betul.. betul..
Bila Su fikirkan balik apa yg berlaku dlm hidup, mmg banyak sekali kebenarannya.

nohas said...

Kadang2 sedih juga melihat rakan2 sepejabat tidak solat, macam2 alasan..sedang berfikir cara2 nak ajak mereka solat..

suara said...

@nohas,
Su pun sama. Semacam tak ada kekuatan dan keberanian untuk mengajak mereka. Bimbang dgn tanggapan mereka selepas menegur. Ya Allah... ampunkan kami. Berikan kami kekuatan untuk mengajak sahabat2 kami melangkah ke arahMu.

Kamsiah yusoff said...

pincang nahkoda kapal..hancur la sebuah pelayaran..
suami isteri...saling melengkapi...jgn diungkit2 jika pasanagn mempunyai kelemahan..sebaliknya sama2 perbaiki..

suara said...

Mengungkit tak menyelesaikan masalah, kan kak? Memburukkan keadaan ada la...