"2 minggu lepas bicara Ad-Din bincang tentang mati, kan?" Tiba-tiba suami bersuara.
"A'ah. Tentang sakratul maut. Minggu ni tak tahu tajuk apa pulak." Teringat cerita ustaz tentang siksanya menghadapi sakratul maut. Kisah pemergian Rasulullah. Betapa halus dan lembutnya malaikat mencabut roh dari jasad, tapi peritnya sampaikan Jibrail tak sanggup mengangkat muka. Kita yang bukan sesiapa ini, pasti sakitnya lebih lagi.
"Ermm... mudahnya orang mati..." Katanya sedikit mengeluh.
"Mudahnya mati? Maksud abang mudahnya orang meninggal atau mudahnya maut datang?" Saya keliru.
"Mudahnya maut datang... Setiap hari ada je orang meninggal. Accident, jatuh bangunan, sakit... macam-macam lah." Jelasnya dengan nada suara yang rendah.
"Erm... Su harap kita nanti akan mati mudah. Tak menyusahkan orang lain. Tapi bukan lah mati accident ke... atau kemalangan." Saya luahkan hasrat yang tertanam jauh di lubuk hati.
Kemudian saya menyambung;
"Macam ma cerita, Pakcik Mahmud tu, dok tengah mengurut anaknya, nak berehat kejap katanya, baring kejap lepas tu terus 'pergi'. Mak Dah tu, sehari sebelum meninggal, elok je dia borak dengan Su Milah, esoknya dah meninggal... Macam mudah je Allah jemput dia orang. Mayat pun jernih... riak wajah tenang je." Ramai lagi sebenarnya yang ma ceritakan pada saya.
"Pakcik Mahmud tu rajin ke surau. Orangnya baik sangat. Mudah mintak tolong dia... Mak Dah pulak memang lembut orangnya, tak pernah buat orang sakit hati. Tak pernah nak menyusahkan orang. Sampailah dia meninggal. Agaknya sebab tu lah Allah mudahkan..." Jelas suami. Abang memang lebih mengenali mereka, semenjak kecil.
"Abg, kalau umur kita panjang, dah tua, dah pencen dan tak ada tanggungan.... nak tak kalau kita tinggal kat pondok? Kita habiskan sisa hidup kita dengan cara yang sederhana je, jauh dari kesibukan dibandar..." Tanya saya tiba-tiba.
"Abang memang pernah fikir jugak, sejak dari zaman sekolah lagi." Jelasnya. Saya terkejut. Tak pernah dia bercerita tentang impiannya yang satu ini.
"Laaa... ye ke? Abang tak bagitahu Su pun."
"Abang tak tahu Yang nak kehidupan yang bagaimana bila tua nanti. Lagipun kita tak tahu apa yang ada depan kita." Jelasnya. Saya teringat impian lama, mahu hidup senang dan berjaya dalam kerjaya tapi tak pernah mendefinasikan senang dan berjaya yang bagaimana mahu saya kejar dalam hidup ini.
"Erm... Su harap sangat moga Allah berikan kesihatan yang baik pada kita, sampai kehujung usia. Kalau kita tinggal di pondok atau di kampung, lepas balik dari solat subuh, kita bersihkan laman rumah, pegang cangkul sikit dan kemudian belajar dan mengajar apa yg kita mampu pada orang lain. Budak-budak atau orang tua, tak kisahlah, asalkan mereka nak belajar. Ajar baca Quran, tajwid dan apa-apa yang boleh bawa kebaikan pada dunia dan akhirat mereka. Kalau kita tak mampu mengajar, kita cari orang yang boleh mengajar mereka...."Saya memasang angan-angan. Dia tersenyum.
"InsyaAllah..." Katanya ringkas.
Impian kecil dan ringkas yang manis sekali untuk digambarkan. Semakin meningkat usia, saya merasakan semakin tiada gunanya mengejar harta dunia yang tak pernah cukup-cukup. Tak mampu memuaskan hati. Gelisah memikirkan banyak perkara.
Mungkin masih ada sedikit keinginan untuk membuatkan ma dan ayah bangga kerana anak menantunya berjaya dalam hidup, dan memberikan apa yang mereka inginkan. Tapi apa yang mereka inginkan? Mereka tak pernah meminta. Ditawarkan, mereka menolak, dihulur, mereka menerima dengan senyum.
Kata mereka, hidup ini singkat, bersyukur dengan apa yang ada. Saya tahu ma dan ayah cukup bahagia bila melihat kami bahagia, walaupun hidup dengan seadanya....
Err... ada yang mahu join saya untuk hidup di pondok jika kita berpeluang untuk melalui usia emas nanti? Mungkin menu hariannya nanti hanyalah nasi panas dengan ikan kering dan sambal belacan dicicah dengan pucuk ubi.... ;)
Oct 29, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
Baca perenggan pertama tu terus teringat mcm mana kiasan2 ustazah cakap
macam menarik kain sutera atas pokok rose yg berduri
Su..kadang2 takut mati hanya di mulut, bukan dihati.
iss...takut kak jie nak ckp, takut kak jie sendiri tergelincir.
@kak jie
"...menarik kain sutera atas pokok rose berduri..."
Aduhai...
Su selalu diingatkan, ingati mati sebab ia mampu melembutkan hati. Tapi pastikan sebutan mati itu meresap kehati, baru berkesan, kan kak jie...?
aduhhhhh...speechless...moga setiap yg kita impikan akan tercapai hendaknya.... (",)
:)
Salam Kak Su~ :)
Reen teringat yang pernah conduct satu program dengan adik-adik dan ada sebut tentang kematian. Malam tu masing-masing dok nangis. Tapi esoknya dok buat perangai nakal lagi. Ish3. Geram pun ada. Huhu.
PS: lapar nasi panas dengan ikan kering dan sambal belacan dicicah dengan pucuk ubi. nyum3.. bunyi2 dah perut ni. :D
Selalu juga fikir tentang mati, tapi bimbangkan tentang anak2 yang akan ditinggalkan,walaupun seharusnya fikir tentang amalan dan alam barzakh tu..
~ terasa begitu hina disisiNya.
@kamarhati
Amin.
===================
@Maksu,
:D
===================
@Nooreena
Salam Reen,
Biasalah tu. Sedar masa ceramah tu je. Lepas tu dah lupa. Sama macam motivasi peperiksaan jugak. Semangat nak belajar sekejap je, lepas tu malas. :D
===================
@Kak Tie,
Alhamdulillah....
Setiap ibu memang begitu, selalu fikirkan tentang anak-anak. :)
Allah kan ada untuk menjaga mereka...
betul tu kak su..mngejar harta dunia mmg xpnh cukup..yg kaya nk jd kaya lg.yg xberharta sentiasa memikirkan cara nk jd kaya hinggakan bekalan untuk akhirat dilupakan..nauzubillahiminzaalik.smoga Allah lindungi kita smua..amiin
@Arah's
Hidup ini banyak sekali keperluan yang mahu dipenuhi. Tapi kalau hidup yang tak diiringi dengan rasa bersyukur, itu yang buat nak lagi...lagi... dan lagi... Moga syukur itu sentiasa ada dalam hati kita...
Post a Comment