Jan 15, 2009

Apa matlamat hidupmu?



A : Apa matlamat hidup kau?

B : Matlamat hidup? Aku sekarang ni hidup demi anak-anak. Mereka perlukan aku.

A : Kau?

C : Aku nak balas budi mak ayah aku. Nak beri kesenangan pada mereka. Dah lama mereka susah.

A : Bagaimana dengan kau?

D : Aku nak capai kejayaan dalam karier aku. Nak buktikan yang bangsa kita juga boleh maju. Nak sumbangkan sesuatu untuk negara.

A : Ok. Kau pulak?

E : Entah. Aku hidup dengan seadanya. Selagi bernafas, selagi itu aku akan berusaha capai yang terbaik. Aku lebih suka ikut arus. Kita mana tahu apa yang ada di masa depan, kan?

A : Ye ke tak tahu? Aku ingat semua orang tahu apa yang akan berlaku dimasa depan.

C : Mana ada ahli nujum yang mampu meramal segalanya. Kalau yang diramal itu berlaku, itu hanya kebetulan saja.

D : Betul. Aku setuju.

E : Kau sibuk tanya orang, bagamana dengan matlamat hidup kau?

A : Matlamat aku adalah pengakhiran hidup aku.

B : Tak faham. Apa maksud kau?

A : Sedar atau tidak, distinasi kita satu. Matlamat kita sepatutnya sama.

Semua terdiam.

A : Yang hidup akan mati. Itu pasti. Penghujung satu kehidupan adalah kematian. Bukankah itu sebenarnya yang patut dilabelkan sebagai distinasi? Pengakhiran untuk semua usaha untuk mencapai matlamat lain yang hanya bersifat duniawi. Jadi matlamat kita seharusnya bersedia menuju kematian.

B : Maksud kau kita kena beribadat dan lupakan dunia?

A : Bukan sampai lupakan dunia. Tapi kita kena jadikan dunia sebagai jejantas selamat untuk kita menuju kematian, agar syurga mampu kita sentuh tanpa luka dari dosa akibat kelalaian kita pada tuntutan agama.

Sunyi lagi.

Nota : Intipati diambil dari tazkirah. Entah kenapa tiba-tiba saya teringat kata-kata sepupu yang mengibaratkan dunia ini sebagai titian Siratul Mustaqim. Apa yang dibuat didunia ini, adalah gambaran perjalanan kita menuju ke syurga. Mahu merangkak, berjalan atau berlari, sebenarnya kita yang memilih.

Apapun yang saya pilih, saya tak mahu rasa lelah. Anda bagaimana?
'Ya Allah... bantu daku ya Tuhan!'



14 comments:

Tie said...

Ye la su...

Rasa jauh sangat ketinggalan... nak kejar dunia(anak2 dan suami) dan nak kendong akhirat juga...Harap2 dapat cukupkan juga amal kita, kan....

Abqori said...

السلام عليكم كق سو.
تريما كاسيه أتس إينتري يغ مغيغتكن إيني.
تريغت عبقري كات2 تاويل سبلوم إيني :
دنيا إيت أومفام جمباتن كأخيرة. جادي جاغن بينا أف2 أتس جمباتن, فرنه تيدق أندا ليهت أورغ يغ ممبينا باغونن دأتس جمباتن؟
سديه مميكيركن ناسيب ديري سنديري دان مشاركة يغ هيدوف بردفن دغن فتنة أخير زمان.
أوه توهن, سلامتكن كامي.

suara said...

Tie...
Su pun banyak ketinggalan. Tgh cuba nak mengejar ni. huhu...
Teringat kata-kata seorang ustaz... 'Kejar dunia, dunia akan lari. Kejar akhirat, dunia akan mengejar kita'.

==================
Waalaikumussalam Alqori
[Kak su balas dgn tulisan rumi je lah ye. :) ]
Kak su setuju dgn kata-kata Tawel tu. Bayangkan kalau atas jambatan ada bangunan pencakar langit... Bukankan nanti lagi mudah jambatan itu runtuh, kan?
Moga Allah akan selamatkan kita semua. Amin.

Roza said...

Suara sayang,

Jadi, sama-samalah kita ingat kepada 5 perkara sebelum datang 5 perkara..

::SRISUFI:: said...

salam bahagia buat sis...

terima kasih kerna sudi menitipkan nasihat pesanan di teratak sri...

salam kenal ye akak...

c u

;)

suara said...

Kak Roza...
InsyaAllah. Su harap diri tak lupa 5 perkara yg masih dinikmati sekarang ini. Moga Allah bantu su.

Terima kasih ye kak. Sbb singgah sini.

=================
Salam bahagia buat Sri juga...
Salam kenal ye dik.
Nasihat dan ingatan diberi kerana rasa sayang...
;)

kamar hati said...

Thanks kak atas ingatan yang diberi...
(",)

Ibnurashidi said...

Salam Kak Su...

Kini, banyak tazkirah yang saya dapat kutip disini..zuhudlah kita kepada dunia. Apakah makna zuhud? siapa tahu sila terangkan.


p/s : Cuba try buat 'baca lagi' ya kak su? macammana nak memasukkan twitter dalam blog?

suara said...

Kamar...
Kak su pun nak kena selalu ingatkan diri sendiri jugak ni. huhu...

suara said...

Salam Ibnurashidi...
Kak su pun kutip dari orang lain gak. Cuma di sini cara kak su berkongsi apa yg melekat dihati.

Zuhud... errr... kak su tak delah pandai sgt, tapi mengikut pemahaman kak su zuhud tu ialah mengikis sifat yg terlalu mementingkan hal-hal keduniaan. Mengambil dunia sekadar keperluan saja. Errr... betul ke? Kalau salah, Farid tolong betulkan ye?

p/s : Mmg cuba try buat 'baca lagi' tapi macam tak berapa menjadi je. huhu...
Nak masukkan twitter dlm blog ye? Gunakan twitter badge. Kalau tak jumpa, cari link dlm FAQ.

DAMAI said...

salam kak su sayang...

entri yang simple namun penuh maksud tersirat ni...

kadang2,lisan mudah bersuara...tapi,anggota yang lain,malas betul nak mempraktikan...huhu

semoga Allah beri keampunan pada kita yang lemah ini...

jaga diri ya akak ^^

Wan Nurul Adila said...

Begin with the end in mind.

Dulu seriously, dla tak faham apa maksudnya ayat di atas ni. Tapi hari tu baca buku Ustaz Pahrol tu barulah mengerti apa maksudnya. Sama juga dengan apa yang KakSu utarakan dalam entri ni.

"Matlamat aku adalah pengakhiran hidup aku"

Tetapi dalam menuju ke pengakhiran hidup itu, kita mestilah hidup dulu dan perkara-perkara duniawi itu perlu. Perlu sebagai alat untuk sampai kepada-NYA. Memetik kata-kata Ustaz Pahrol dalam majalah ANIS keluaran November 2008,

"Sesungguhnya, hidup sebelum mati ini adalah bekal untuk hidup selepas mati. Katakan pada diri, hidup bukan sekali. Jadi, hiduplah selagi hidup...kerana hidup ini hakikatnya untuk HIDUP!"

Wallahu'alam.

e-leeyana said...

seakan-akan tersentak saya membaca entri ini. sungguh bermakna sekali..terima kasih kak su atas perkongsian ini..

suara said...

Salam Damai...
Betul tu. Sebab tu lah kak su selalu ingatkan diri agar sentiasa berdoa mintak dijauhkan perasaan malas. Tapi adakalanya tewas jugak... aduh... Ampun ya Allah.

Semoga Allah sentiasa menjaga Maya... menjaga kita semua. InsyaAllah

==================
Wan Nurul Adila...
Kak su setuju tu. Kita mmg perlu 'hidup' dulu untuk pastikan kita mampu mengejar matlamat akhir.

Tapi hakikat kita sebagai manusia biasa yg punya nafsu tak terbatas, terlalu banyak 'aksesori' dunia yang diambil, malah dipentingkan sehingga lupa matlamat akhir yg perlu diutamakan.

'Manusia mudah lupa.' Semoga Allah sentiasa mengirimkan ingatan tu buat kita yg sering leka.

==================
E-leeyana...
Sama-sama.
Entry ini untuk mengingatkan diri kak su sebenarnya. Semoga boleh dimanfaatkan semua.