Jan 30, 2009

Alkisah... Satu ketika dulu

Buah manggis masaknya hitam
Hati teringat kampung halaman

Ayam dan itik bergelak ketawa
Indahnya kenangan mengusik jiwa

Anak bebiri melompat tinggi
Sejuk menggigil nak mandi perigi
(Mandi perigi, air dikarai menggunakan baldi yang dicangkuk dihujung galah buluh. Tak pun guna baldi besi yg diikat dengan tali. Bapa saudara saya, Pak Soh, menggunakan upih pinang untuk buat timba - alternatif untuk baldi. Kreatif, kan?)



Kasut dipakai terasa ketat
Rupanya katak sedang berehat
(Dulu masa nak pegi sekolah waktu pagi, selalu ada katak dalam kasut. Geli!!!...)

Sejuk gedi mengayuh basikal
Segar merempuh kabus yang tebal
(Kabus embun pagi tebal sangat, sampaikan bulu mata pun jadi tempat singgahan kabus. Bila pejam mata, sejukkkk... dan segar sekali)

Anak dara melayan lara
Memotong getah mengikut bonda
(Suka ikut mak, sebab boleh kutip getah lebihan, kumpul utk buat bola. Tak mampu nak beli, jadi buat sendiri je bola tu.)

Susu getah di dalam baldi
Mesin getah memakan jari
(Mak sibuk membancuh getah dgn cuka, saya bermain mesin meleperkan getah dengan sepupu. Mesin daun-daun hutan yg dikutip sepanjang jalan… Tapi sudahnya tergelek jari sekali. Adoiii....)

Darah mengalir menitik merah
Ayah Min berlari tak cukup tanah
(Saya didukung bapa saudara, berlari bawa ke klinik desa. Hilang dua kuku, jari tengah dan jari manis. Nasib baik kuku tumbuh balik. Huhu)

Ikan gopi mencari arah
Meraung nak ikut ayah ke sawah
(Ada sekali ayah menanam padi. Katanya nak bagi anak-anak rasa bagaimana jadi pesawah. Selalunya ayah sewakan saja tanah tu pada orang kampung)

Bergotong royong menyemai padi
Aku berlumpur menyibukkan diri
(Orang menyemai, sayapun nak buat jugak. Nak cuba skil sebagai petani kononnya. Hehe...)

Batas sawah laluan ibu
Melihat lintah langkah seribu
(Tak suka lintah sebab bila dia dah mula hidap darah, memang susah nak cabut dari kulit. Kenyalnya semacam je. Heeiii… geli!!)

Anak katak bernama berudu
Leka mengejar si ikan puyu
(Anak semaian padi entah kemana sudahnya. Haha…)

Itik nenek bertelur merata
Tugas akulah untuk mengutipnya
(Saya usik nenek; “Nenek dah rabun, tak nampak telur itik lagi dah... kecuali kalau telur dah ada dalam pinggan depan mata, dan siap untuk dimakan. Hehehe")

Hujan merintik sehingga ke petang
Mengejar itik menyuruh pulang
(Paling suka kejar itik masuk ke rebannya masa hujan. Boleh main hujan sekali… Best!!)

Sirih pinang diracik digobek
Gigi nenek hilang, aku yg lembik
(Sebab kena tolong nenek 'menggobek' sirih sampai hancur, baru dia boleh makan.)

Ulat memakai baju berbulu
Bermain pacat dulu kegemaranku
(Sekarang tak lagi. Suka masukkan pacat dalam abu kayu dan tengok ia menggelepar lepas tu kaku. Ohhh... kejamnya.)

Durian berbunga, nenek bersedia
Ubi ditanam berjenis banyaknya
(Ubi kayu, keledek, ubi besar dan ubi takrak adalah antara ubi yg akan ditaman nenek sebelum musim durian gugur bermula.)

Meneman nenek menunggu durian
Nasi berlauk ikan kering makan berulam
Ditelan rakus berpinggan-pinggan
(Ops... pantun 3 kerat? Ada ke? Ahh... tak kisahlah kan.)

Ubi dibakar baunya harum
Perlu dijaga supaya tak rentung
(Ubi bakar... sedaaapppp sangat.)

Musim banjir, meriah sekali
Acara tahunan sering dinanti
(Macam pesta air meriahnya. Airnya jernih, sampaikan boleh nampak ikan berenang lenggang kangkung depan tangga rumah. Itu dulu... sekarang tak banjir lagi, selepas kerajaan buat terusan ke sawah padi. Salah satu kenangan yang hilang oleh kemajuan.)

Batang pisang dibuat rakit
Aku memandang sambil menjerit
(Mak tak bagi main rakit sebab takut jatuh. Teringin sangat nak naik rakit sebenarnya...)

Bunga melor dibelakang rumah,
Harumnya segar rindu bercambah
(Bunga yang senang nak hidup. Tak perlu dijaga dan dibelai sepanjang masa. Aromaterapi cara desa.)

Kudup si melor dikutip teliti
Dicucuk disimpul diikat mati
(Bunga melor yg dicucuk bertali, dibawa nenek ke masjid untuk dibahagikan pada kawan-kawannya. Ada ketika dijual dengan harga 10 sen untuk dua atau tiga tali bunga melor.)

Batang pisang dijadikan tali.
Daun kelapa pula dikisik dijadikan lidi
(Antara dua alat penting untuk cucuk bunga melor. Cara ikatannya lain sikit dari yang biasa kaum India buat. Mesra alam sungguh, kan?)

Orang kampung mengacau syura
Hitam pekat campuran segala benda
(Saya paling suka kalau syura tu banyak daging dan jagung.)

Kanak-kanak bersuara teruja
Sibuk mengikis tempurung kelapa
(Ibu bapa yang tak nak bagi anak-anak menyibuk, disuruhnya mengikis tempurung sehingga licin dan bersih. Nanti bila dah masak, syura yg panas tu dicedok, dmasukkan dalam tempurung tadi. Makan pulak dengan daun nenas yg dibentuk seperti sudu. Itulah syura yang paaaaling sedap rasanya.)

Gelap malam berteman pelita
Bulan mengambang senyum berbunga
(Masa bulan mengambang macam ni, mak dan ayah akan benarkan saya dan sepupu bermain dilaman. Bulannya cukup terang, udara malam juga sangat nyaman, tak perasan pun nyamuk yg terbang berkeliaran.)

Kunang-kunang terbang bebas
Kutangkap, kusimpan di dalam bekas
(Bekas tu botol putih lutsinar biasanya. Indahnya macam melihat percikan bunga api. Cuma bezanya, ia tak mudah padam.)

Aduhai kenangan, kekal diingatan
tersenyum sendiri, teringat kemeriahan
(Bukan berangan tau...)

Indah desa banyak yang hilang
Ditinggal masa, dipeluk kemajuan
(Sedihnya...)

Waaaa.... rindukan kampung... nak balik lagiiii....
(Walaupun baru je saya balik bercuti)

Nota : Saya belum ada mood nak menulis sebenarnya. Hati masih dikampung sana. Tulisan ringan suka-suka ini sekadar melanjutkan ilham dari suara hati yang merindui kenangan lama dikampung halaman bila membaca entri Ibnurashidi.

24 comments:

ns said...

alahai..rindunyaaaaaa dgn suasana kampung halaman :) teringat kenangan semasa menempuh zaman kanak2 kg dulu :)

Tie said...

Seronoknya baca kisah su ni...Tie pulak yang rasa teruja..

Pasal katak tu teringat anak2 Tie kini...sang katak suka sangat duduk dalam kasut sekolah mereka....kelakar betul...hi hi..

SRISUFI said...

salam kak su..

hope ceria selalu

Kehidupan ini kadang-kadang aneh sekali! Hanya dengan seuntai kata hati boleh tersentuh. Cuma dengan ungkapan mendayu, kalbu bisa saja meruntun. Manis madah yang diluahkan, indahlah kelopak jiwa yang kembang. Kesat ungkapan yang disebut, pedih telinga yang mendengar dan terguris jua hati yang merasa.


yang pasti tiap peristiwa tetap terpahat kukuh sbg sebuah kenangan yg pasti manis utk dikenang.

Mak Su said...

suara... pantun 2 kerat ker pantun lucu ni? kelakar plaks.

:D

MARIA said...

Baca n3 su kali ni, rasa rindu sesangat ngan zaman kanak2 dulu dikampung. Masa sentiasa berubah su, yang dah ditinggalkan tak kan dapat kembali lagi, hanya kenangan yang selalu membuat hati terasa sayu. Itulah yang paling berharga dalam hidup kita (kenangan) di mana bermulanya kembara kehidupan seorang wanita bergelar 'SUARA'.

suara said...

G'diz...
Best, kan? Su pun dok merindu ni. Rasa macam nak balik ke zaman dulu. huhu...

=================
Tie...
Agaknya katak rasa dalam kasut itulah tempat yg paling selesa. Err... deria bau katak berbeza dgn kita agaknya ye! haha...

suara said...

Salam Sri sayang...
Alhamdulillah, ceria tersenyum sendiri mengingat kenangan lama.

Anehkan hidup? Dimana letak dan ukuran keanehannya? Entahlah... Tak mampu kak su untuk memikirkannya. Minda hamba seperti kita cukup terbatas kemampuannya. Cukuplah kalau keanehan hidup ini buat kak su faham satu perkara; bukti keagungan Allah Al-Azhiim.

Words can heal, words can kill.
Itulah kuasa ungkapan, kata-kata yg diterjemahkan dalam bentuk bahasa.

Ada ketika hati mampu dirobek parah oleh luncuran kata-kata yg bersahaja. Adakala hati juga mampu sembuh sekelip mata dengan satu ungkapan saja, ungkapan maaf contohnya. :)

Kenangan... 'Yang pahit akan menjadi manis bila di sentuh masa...'

==================
Maksu...
Entahlah... mmg pantun dua kerat senang nak buat. Lucu kerana kenangan itu sendiri sememangnya buat su ketawa.

Yang pasti, ia pantun meluru keluar dari fikiran yg tepu dengan rindu. Bahasa berirama, pengaruh pantun la pulak. Kakaka...

==================
Tokma...
Best kan tokma, mengingati masa lalu yang tak boleh diganti dan dijual beli.

Budak-budak sekarang rugi sebab tak lagi dapat merasa kebebasan yang pernah kita rasai dulu. Terutama dibandar, segalanya perlu diawasi. :(

Nur said...

rindunya,rindnya, rindunya!

Segala2nya...saya kira, saya membesar cara kampung tapi tidak sepenuhnya, ada banyak aktiviti yang saya tidak dapat sertai dek takut dengan kemarahan ibu bapa...

kasihan remaja sekarang, tiada aktiviti kecuali melepak dibandar dan bermain video games....

DAMAI said...

salam buat akak yang sedang sakit rindu..

amboi akak...berpantun sakan nampak...hehe

macam best je bunyi kampung akak tu...bolehlah damai datang raya nanti....( gembira sebab insyaAllah tahun ni dapat raya di malaysia...setelah 6 tahun huhuhu )

~~hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri..lebih baik di negeri sendiri~~ hmm boleh digunapakai ke pantun ni...macam xmasuk je dengan topik entri ^^

apa2 pun akak sayang...jaga diri dan jaga iman ^^

suara said...

Fakhzan Marwan...
Mematuhi larangan ibu bapa... itu semestinya. Kak su pun cuba jugak tak mahu mengingkari. Kebanyakan aktiviti lasak (kononnya la) budak kampung, mmg mak dan ayah izinkan. Mungkin sbb kak su tak banyak membantah kata mrk, lalu mrk lebih bertoleransi dengan permintaan kak su.

Sekarang kan, Fakhzan dah dewasa. Dan banyak kawasan yg masih kekal kedesaannya. Mungkin belum terlambat untuk merasai semua itu. :)

==================
Salam Damai...
Kak su merindu kenangan, Maya pulak merindu seseorang, kan? ;)

Kampung kak su dulu mmg best... tapi keadaan dah berubah. Apatah lagi bila semua yg memanjakan kak su dulu dah meninggal dunia. Banyak keindahan lama telah hilang.

Nak datang beraya ye? Apa salahnya... Nanti kak su bawa Maya ronda-ronda kampung, ke kolam ikan dan ke kebun salak kepunyaan abang ipar.

Hujan emas di negeri orang, hujan batu dinegeri sendiri... kutip la emas tu bawak balik ke negeri sendiri. :)

InsyaAllah... kak su akan jaga diri... jaga iman adalah keutamaan. Moga Allah menjaga kak su dan Maya juga.

Iliana said...

kak su, tang kasut ketat tu pun saya selalu terkena..lepas tu, seharian la kaki masih terasa geliii~

zeanaaima said...

assalamualaikum....

kali pertama jejak sini...

salam kenal- kenal...

:)

Tie said...

Salam su, nanti senang datang blog Tie ambil award, ye..

Angah said...

Asslmkm,helo tuan rumah,erm gud info,erm..sye nk jemput tuan rumah ke blog sye ni di http://sabtu-day.blogspot.com ...n jgn lupe linkkan yer blog ni,ok bye

ryann said...

ni yang buat nak balik ni. tapi kampung tiada siapa.

Anonymous said...

e-leeyana...
Terkena jugak ye? Hahaha...
Nasib baik katak tu tak gigit, kan?

==================
emmacommey..
Salam kenal ye...
Thks sbb singgah. Ada masa dtglah lagi ye! :)

=================
Tie...
Ada award ye? InsyaAllah, nanti su p angkut ye!
:)

=================
ryann...
sbnrnya bukan kampung tiada sesiapa, tapi mungkin hubungan yg ada dah agak jauh.
balik lah bila berkesempatan...

Anonymous said...

salam kak suuuuu....

dla belum habis exam lagi. tak boleh nak feeling baca entri kak su ni. tapi gatal tangan nak tinggal komen. komen kak su di blog dla pun belum berbalas. fikiran ni asyik memikirkan exam aje....huhu....tak boleh nak fikir benda lain. nak bagi komen yang ada isi pun tak boleh...merapu macam ni boleh la...hihihii...

ok ye, itu dulu buat waktu ni. doakan dla ye!

Ibnurashidi said...

Assalamualaikum

Maaf, terlewat membalas. Maklumlah agak kekalutan sedikit 2,3 hari ini. Ini dia kita bawa mai pantun dari jauh..hehe

Ayam itik berlompat berlari
Cukup masa kita buat kari
(Mak selalu sembelih ayam kampung buat lauk..sedaapp!!)

Anak beberi warnanya putih
Anak lembu baru nak bertatih

Kasut dipakai terasa sakit
rupanya ada pacat sedang mengigit
(maklumlah, kalau pergi kebun pacat suka masuk dalam kasut dan gigit sampai berdarah..kena guna tembakau baru dia lari..hehe)

Mengayuh basikal ke sekolah di pagi hari
Last sekali basikal kena curi
(adooii..pengalaman paling tak best..pastu kena jalan kaki gi sekolah pondok)

Bola dibuat dari getah
Pagi-pagi hantar emak ke kebun sebelum pergi sekolah
(Bila ayah dah bagi naik motorlah..)


P/S : Sebagai respon pantun dua kerat kak su saya juga ada cerita ringkas berkenaannya..

Anonymous said...

Wan Nurul Adila...
Salam dik sayang. :)

Gatal tangan nak tinggal komen ye? Nanti mesti tangan rancak menjawab soalan exam. Hehehe...

Semoga Allah permudahkan Dla jawab exam. Buat elok-elok tau!

===================
Ibnurashidi...
Wahh... berbalas pantun dua kerat jugak ye! Bagus... bagus...
Lulus. Memang boleh jadi pengganti kak su nanti. Hehe

Balqis said...

Woah....

Memamng yterasa kesyahduannya jadi anak kampungkan, kak su?

Saya tak sempat merasa kehidupan begitu. Tetapi acapkali pulang ke kampung, ayah sering ebrcerita tentang kehidupannya jadi anak kampung. Oh, oh, oh... dan kami adik beradaik akan memaksa ayah buat itu dan ini, kami akan minta ayah bawa kami ke sawah bendang Tuk Uwa, suruh ayah tunjukkan cara buat air pinang dari buah pinang, mula dari mengambil buah di pangkal pokoknya, kemudian ayah tunjukkan tempat dia selalu berkubang kecil-kecil dahulu, lepas tu ayah akan rajin buatkan senapang kayu untuk adik-adik lelaki saya, ayah kenalkan pacat dan lintah, kera dan babi hutan yangs ering datang menyondol belakang rumah Tuk Uwa. Kadang-kadang Tuk Uwa juga tak lokek ajarkan saya buat atap nipah, penyapu lidi, dan anyam tikar mengkuang. Ruginya saya dah lupa apa yang diajarkan, isk...

Dulu, waktu saya kecil-kecil, belakang rumah Tuk Wan ada telaga besar empat segi. Ibu selalu sahaja bawa saya mandi pagi di situ, katanya biar berasa sejuk, buang daki-daki malas yang degil tu. Sejurus air mengenai kepala, maak aaaiihhh.... seejukkkknyaaa....
tapi sekarang telaga dah takde, dah ditimbus, takut ada budak-budak kecil main, nanti terjatuh ke dalam. Ah, nostalgia kan kak su?

Zu Ismail said...

hahahahha.. citer katak lam kasut tuh memang selalu di alami satu masa dulu... huhuhuhuuh

suara said...

Balqis...
Hebat kenangan yang Balqis miliki. Manis dan indah teradun sekali.

Alhamdulillah, Balqis pernah rasai semua itu walaupun hanya untuk seketika. Hidup kita ni, mana ada yg kekal, kan? Mampu mengecapnya untuk seketika, dah cukup istimewa rasanya, sbb generasi akan datang belum tentu berpeluang merasai apa yg pernah kita rasa.

==================
Cik Zura...
Sama ye? Hehehe...

Balqis said...

Salam Kak Su, boleh-boleh...
Sila-sila... hehe (^_^)

suara said...

Balqis...
Thks ya!