Jan 18, 2008

180108

“Happy birthday to you... happy birthday to you... happy birthday to Su... happy birthday to you...” Sayup-sayup kedengaran nyanyian Adila dari hujung talian. Aku tersenyum lebar mendengar suara manis itu

“Terima kasih... terima kasih... Versi melayunya mana?” Aku bertanya merangkap permintaan, sekadar mengusik mengisi perbualan pagi.

“Versi melayu pun nak jugak? Oklah... Allah selamatkan kamu... Allah selamatkan kamu...” Aku tergelak besar. Tiba-tiba saja teringat cerita Labu Labi dalam filem P.Ramlee yang mana lagu dinyanyikan untuk Haji Bakhil yang menyambut ulang tahun kelahirannya yang entah keberapa puluh. Aku...? Hehe...

“Su, ulang tahun ke berapa ni?” Adila bertanya.

“Ke-18.” Jawabku ringkas.

“Banyak lah 18. 18 darab 2 erk?” tanyanya mengusik.

“Wei!!... Su sentiasa menyambut ulang tahun ke 18 tau. 18 haribulan, ulangtahun mestilah 18.” Aku mengelak dan bergurau. Dia ketawa mesra. Alhamdulillah... dia ingat harilahirku.

Teringat perbualan antara aku dengan kak Dah, Isnin lepas.

Seawal pagi, sesampainya di pejabat dan membuka email, aku teringat sesuatu yang perlu aku lakukan dua hari sebelumnya. Aduh... macam mana aku boleh lupa ni... Aku mengetuk kepala sendiri.

“Happy birthday kak.” Aku cuba bersuara riang dalam usaha untuk membuang rasa bersalah yang menggunung.

“Terima kasih.” Ucapnya mesra.

“Dapat hadiah apa dari abg?” Aku bertanya mengusik.

“Hadiah apa. Ingat pun tak.” Dia berkata dengan nada biasa, namun dapat aku kesan kandungan kecewa yang terisi dlm suaranya, namun di selitkan dengan ketawa kecil yang ditelingaku kedengaran seolah di buat-buat.

“Sapa yang dah ucap happy birthday kat kak setakat ni? Abg Jie? Ana?” Aku bertanya mengusul.

“Su lah orang pertama yang ucap. Sbb tu lah kak ucapkan terima kasih tadi.” Katanya lagi.

“Su orang pertama? Masih jadi orang pertama selepas 2 hari?” Aku terkejut.

“A’ah. Semua orang sibuk agaknya. Sebab tu lah tak ingat.” Nyata dia cuba untuk memahami dan menerima keadaan itu. Terdetik rasa bersalah, kecewa dan marah, namun apa yang boleh aku lakukan. Aku juga terlewat.

“Sibuklah Su. Sibuk sangat semester ni.” Alasan yang di berikan oleh anak buahku bila aku persoalkan kelalaian mereka mengingati ulang tahun kelahiran mamanya. Aku faham kesibukan belajar yang di hadapi di kampus sana tapi rasa terkilan membuatkan aku mahu berleter pada mereka.

“Su rasa ma tak akan lupakan birthday awak sebab dia yang lahirkan awak. Sekarang ni awak masih belajar dan bergantung dgn ma, mintak duit dgn ma, malah pegi sana pun pinjam kereta ma. Bagaimana agaknya kalau awak dah keje sendiri nanti. Apapun alasan awak, Su tak nak ini berlaku lagi di masa akan datang. Ingat tu.” Aku membebel panjang.

“Malam ni jgn lupa sembahyang hajat, mintak agar Allah berikan kesihatan dan panjangkan umur ma. Lain kali buat reminder kat hp. Tak guna ada hp kalau itupun tak boleh buat.” Hanya itu yang mampu aku katakan.


Pesanan yang aku mahu di ingati. Ingatan untuk mereka, ingatan untuk aku juga. Kita manusia memang punya sifat lupa dan perlu saling mengingatkan. Semoga tahun-tahun akan datang tak akan berlaku lagi peristiwa seumpama ini. Pasti sedih bila meraikan hari lahir hanya dengan diri sendiri. Aku pernah merasainya lama dulu... Dan seawal 12:01:13 pagi, aku menerima ucapan pertama, sms dari Ana mengucapkan selamat hari lahir. Pasti dia telah buatkan reminder di hpnya. Terima kasih ya sayang!

Setiap orang punya tarikh untuk di raikan kelahirannya, namun andai arwah mak dan ayah masih hidup, aku masih tak dapat nak meraikan ulang tahun kelahiran mereka. Arwah berdua ialah anak desa yang lahir sebelum kemerdekaan lagi. Ketika mereka membuat pendaftaran untuk IC, hanya tahun saja yang dinyatakan, itupun tak dapat di pastikan dan di sahkan. Itulah yang di cerita oleh arwah dulu bila aku bertanya.

Banyak yang aku teringin lakukan andai mereka masih ada. Teringin sekali untuk meraikan mereka, mengucapkan selamat hari bapa, selamat hari ibu, selamat hari lahir untuk mereka, namun aku ternyata tidak di takdirkan untuk melakukan semua itu. Sedih, namun apa yang boleh aku lakukan, selain mengenang dan membayangkan apa yang aku ingin lakukan itu bila setiap kali aku memejamkan mata. Al Fatihah untuk ayah bonda.

“Susah jugak kalau birthday dekat macam ni. Nanti tak dapat hadiah kalau tak bagi hadiah. Masa birthday dia hari tu, Avy bagi hadiah. Tak kan tak de hadiah masa birthday Avy. Nak le jugak hadiah.” Rajuk yang di adu oleh teman rapatku bila pagi itu dia hanya di berikan ucapan dan ciuman saja oleh suami tercinta.

“Ooo... Nak kan balasan lah ni.” Aku mengusik dan mengata.

“Hehe.. biasalah. Alah... lagipun Avy bukan nak apa sangat, kad sekeping pun ok gak per. Cuma nak le romantik sikit.” Katanya memberi alasan dan menerangkan kemahuan sebenar.

Tak salah meluahkan apa yang di rasa dan di inginkan. Rasanya jiwa wanita memangnya begitu, mahu di manja oleh yang tersayang dengan apa jua cara. Walaupun simple tapi itulah yang membahagiakan. Walaupun sekeping kad, namun ia dah cukup bermakna, cukup mengharukan.

“The best birthday present I’ve ever had? Everything. Well... Actually I don't expect any special present during my birthday, even from my husband. For me and my hubby, everyday is a special day. If I feel like giving him a present, I just give to him anytime I want. He did the same thing also. Most important for me is his wishes, birthday kiss and prayer....”

Itulah kata-kataku bila di minta berkongsi cerita tentang diri semasa birthday session yang di anjurkan oleh syarikat tempat aku bekerja beberapa tahun yang lepas.

“Kau ni biar betul. Tak kan kau tak harap langsung dia bagi apa-apa kat kau masa birthday kau? Birthday bukan selalu tau, setahun sekali je.” Ayu bertanya selepas sesi itu berakhir. Mungkin agak pelik baginya.

“Erm.. macam mana nak terangkan ya... Aku memang tak berharap, tapi kalau dia bagi, aku memang hargai. Cuma bagi aku walaupun setahun sekali je birthday ni, tapi bukan senang nak cari hadiah. Lagipun masa birthday dia pun aku selalu bermasalah nak cari hadiah untuk dia. Masa birthday aku pun, dia hadapi masalah yang sama jugak. Bila dia tanya aku apa yang aku nak, aku tak tahu nak jawab. Awal-awal dulu pernahlah dia bagi surprise present kat aku dan aku pun sama, tapi lepas tu kami rasa tak perlu lagi buat surprise macam tu. Buat apa beli sesuatu yang tak di gunakan sangat, sudahnya membazir je. Aku dah cakap awal-awal kat dia, jgn belikan aku perfume, aku tak suka. Nak beli baju? Itu bila-bila masa je dia akan belikan untuk aku.”

“Abih tu, tak kan tak ada apa-apa yg istimewa kot.” Katanya tak puas hati.

“Istimewa memanglah ada tapi bukan semestinya hadiah yang berbentuk kebendaan. Paling penting ialah ingatan dan cara dia tunjukkan penghargaan tu. Paling tidak, dia akan belanja aku makan malam kat mana-mana. Tak pun dia akan layan aku macam puteri hari tu. Dia tak benarkan aku buat keje rumah, bawak aku pegi jalan-jalan....”
Aku tersenyum mengingatkan apa yang pernah dilakukan oleh suami semasa ulangtahun yang lepas-lepas.

“Hmm... tak pelah kalau macam tu. Ada jugak yang istimewa, kan?” Ayu berkata sambil mengangkat kening dan tersenyum mengusik.

Teringat kata-kata Kelvin pagi tadi semasa birthday session bersama MD; what cames around goes around, and you will get what you have ever given before. Rasanya boleh digunakan jugak untuk situasi aku sekarang ni. Jadi, kalau aku tak berikan apa-apa pada dia semasa birthday yang lepas, kenapa aku harus berharap untuk dapat sesuatu yang istimewa jugak. Cukup bagiku ingatan dan doa ikhlas darinya. Candle light dinner? Tengoklah nanti... lagipun dah selalu sangat kami candle light dinner. Gerai makan di kawasan perumahan ku kebanyakannya memang ada candle pun. Hahaha...

Apapun, aku telah berpuas hati dan bersyukur kerana pagi ku telah di hiasi dengan ucapan selamat hari lahir dari seorang lelaki bergelar suami. Satu-satunya lelaki yang ingat tarikh aku di lahirkan. Terima kasih abang, kerana tak pernah lupa birthday Su.... sebab Su pun tak pernah lupa birthday abang, kan? Love you so much.

4 comments:

Jie said...

Selamat ulangtahun kelahiran, semoga ditetapkan iman ,sihat tubuh badan, kesenangan harta benda juga kesejahteraan dunia akhirat.

> hadiah?

Sejak dah kahwin 16 tahun, memang dapat la, tapi ada juga tahun²nya tak dapat..tengok keadaan ekonomi.:p

Skg ini yang tak pernah tinggal, kek ,sebotol coke..kami anak beranak tiup lilin sambut sama²...itu saja.

Anonymous said...

K'jie, terima kasih ya. Saya benar-benar hargai ucapan dari k'jie sbb walaupun baru kenal saya (itupun hanya melalui blog saja), tak pernah berjumpa tapi tetap memberikan ucapan untuk saya :-)

Saya mmg tak pentingkan hadiah sbb paling penting ialah ingatan. Tak nak mengharap sebenarnya walaupun dari orang yg paling rapat dgn diri saya iaitu suami.

Tapi kan, sy dpt hadiah yg paling unik dan paling kelakar dr suami tahun ni... iaitu durian... best sgt sbb saya suka durian dan durian yg dia hadiahkan tu sedap sangat... hahaha

Anonymous said...

Hmmm. Nampaknya dla buat 'marathon', membebel di blog Kak Su ni. Hihi.

Eh eh, ada nama 'Adila' pula kat entri ni, ya. Siapa tu? Kawan Kak Su ke? [selalu excited bila jumpa nama sendiri. haha]

Dla pun tak kisah kalau tak ada hadiah, cuma kadang-kadang tu nak la juga diingati. Hihi.

Memang susah nak cari hadiah. Tapi andainya seseorang tu pandai menghargai dan bersyukur macam Kak Su ni, semua pun boleh jadi istimewa. Yang memberinya pun, mestilah ikhlas dan berniat baik. =)

Anonymous said...

Hehe... marathon ke, jogathon ke... tak kisahlah.

Adila adalah anak buah kak su. Nurul Adila Farhana namanya.

Kita mesti cuba utk jadikan diri kita istimewa dgn cara kita sendiri. Dan sebagai hamba, kita mesti berusaha utk sentiasa bersyukur. Kerana itulah sumber ketenangan. Nilai yang tak boleh di beli. :)