"Abang, Su nak mintak cuti masak hari ni boleh?" Mesej dihantar.
"Boleh. Tapi kenapa?" Soalnya kembali.
"Tak larat. Sakit badan. Letih. Malas. Rasa nak demam." Uihh... Banyak betul alasan untuk permohonan cuti tak rasmi. π΅π₯΅π₯Άπ€π€π€§
"Ok. Rehatlah. Tak payah masak. Nanti kita beli atau makan kat luar." Balasnya lagi.
Alhamdulillah... π
.....
Bila badan tak berfungsi seperti sepatutnya, saya sering mengambil alternatif pertama; rehat. π€
Mungkin hanya itu yang badan saya perlukan.
Bila sakit kepala, saya lebihkan sujud. Mungkin otak kurang oksigen dan hati pula kurang vitamin iman.
Bila telinga rasa bengang semacam, mungkin itu disebabkan dosa mendengar sesuatu yang tak sepatutnya, lalu saya cuba perbanyakkan bacaan Quran. Dengan suara yang sedikit nyaring dari kebiasaan.
"Bacaan ayat-ayat Quran tu adalah syifa'. Lagi sakit, lagi banyak baca Quran. Kalau tak mampu, banyakkan dengar." Pesan guru Quran saya, Ustazah Wan Khadijah.
Ada kala mata berpinar, tak mampu membaca, mata berat disertai dengan sakit kepala (mungkin kerana banyak melihat perkara tidak berfaedah), lalu saya pasangkan bacaan Quran dan akhirnya terlena.
.....
Kemudian, saya banyakkan makan sayur dan buah. Guna segala yang ada di dapur sebagai bantuan ke arah kesembuhan secara alami.
“Tidaklah Allah menurunkan penyakit kecuali Dia juga menurunkan penawarnya.” (HR Bukhari).
Dalam satu-satu masa, di rumah saya mesti ada lebih dari 2 jenis buah.
Saat saya menulis ini pun, di rumah ada limau, pisang, delima, nangka, nenas, lemon, mangga... Tak termasuk lagi buah terung, cili, timun, buah kabung, buah kurma, buah tin, kismis, buah ulu (baulu).... ππ
Oohhh... Ada satu lagi; buah kelapa. π
Semua tu rezeki. Yang dibeli, ditanam dan yang orang sedekahkan... Alhamdulillah.
Tinggal hanya perlu dimanfaatkan saja. Dimakan untuk kenyang, untuk kesihatan dan kesembuhan.
Akhirnya sakit itu hilang sendiri. Demam yang dialami kebah tanpa disedari.
Sakit itu sebenarnya cara Allah memberikan signal bahawa ada sesuatu yang perlu diperbaiki.
Hati dan jasad saya perlukan vitamin tambahan. Bukan supplemen yang perlu diorder dan dicari serata dunia. Hanya gunakan saja apa yang dah tersedia di depan mata.
Saya memang liat nak makan ubat. Selagi boleh dielak, saya memang tak mahu.
Saya fikir... Kenapa saya harus mencari ubatan yang menghapuskan peringatan Allah?
Saya hanya perlu kembali pada Dia...
“Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkanku.” [Asy Syu’ara: 80]
#muhasabahdiri
#ubatanalami
#vitaminrohdanjasad
Jan 9, 2020
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment