Kata pakar pemakanan, nak sihat, kurangkan guna minyak.
Ok. Jimat.
Nak maksimumkan khasiat sayur, sebaiknya kukus.
Ok. Steam.
Nak kukus, kena beli pengukus ke?
Tak payah. Letak je atas nasi yang dah hampir masak. 3-5 minit dah cukup.
Ok. Jimat lagi.
Tak payah beli pengukus. Tak perlu masak. Tak bazirkan gas. Tak payah basuh periuk/pengukus.
Jimat air, jimat sabun, jimat masa.
Bukan malas tau. Tapi nak sihat. 😁
Ini cara saya.
Diizinkan tiru kalau mahu. 😂
....
Telur dadar kacang botol.
Dua dalam satu.
Setengah sudu minyak. Tumis bawang dan masukkan kacang botol. Panaskan hanya setengah minit. Masukkan telur. Lipat bila telur setengah masak (ini cara nak selamatkan protein telur dari rosak terus).
Taburkan serbuk lada sulah untuk rasa yang lebih enak.
Telur yang lembut digabungkan dengan rangup kacang botol. Alhamdulillah... Sedaaapp!😋
#menusihat
Jan 14, 2020
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment