Jan 1, 2020

Resepi kelapa muda

Air kelapa muda, memang minuman kegemaran saya.

"Abang, nak beli air kelapa boleh? Dahaga la." Saya bertanya separuh merayu.

Cuaca panas membuatkan tekak sedikit kering. Selepas meneliti air pelbagai warna yang banyak dijual digerai, air kelapa juga yang didambakan.

"Ok. Abang beli sebiji terus." RM3.50. Itu harga hampir 15 tahun lepas di bandar Kinrara.

Kadang dapat yang manis, kadang jumpa yang wangi dan sering juga dapat yang tawar.

Itu dulu.

....

Sekarang.

"Abang, nak beli air kelapa boleh?"

"Tak payahlah. Kalau setakat nak air kelapa, tunggu baliklah. Nanti abang ambik kat rumah. Setandan cukup?" Dia menolak sambil mengusik.

"Pilih la air lain." Sambungnya lagi bila saya mula buat muka kecewa.

Memang rezeki bila balik kampung. Peluang untuk hidup lebih mesra dengan alam. Segalanya mudah dan sihat.

Sama seperti durian, kelapa ada kepelbagaian nama dan rasa.

Saya tak mahir dengan spesis kelapa. Yang saya tahu cuma kelapa tua, kelapa muda dan kelapa pertengahan (kelapa yang sesuai untuk buat kueh). 😉😆🥥

....

"Abang, kelapa pandan kita dah tanam ke?"

"Dah, tapi belum berbuah." Jawabnya jelas.

"Oohh... Ok."

....

Kelapa pandan memang sedap. Tapi buahnya kecil je. Sebiji, hanya segelas air.

Tak ada ya? Tak apa. Penyelesaiannya mudah. Allah dah bagi alternatif, guna je lah.

Resepi detox paling baik.

Kelapa muda (yang isinya berhingus)
Daun pandan dihiris
Serai diketuk manja.

Siap!
No ice, no sugar please!
Kalau nak manis, tambah saja madu.

Nota:
Resepi ini amat baik jika diamalkan selalu.
Kalau wanita yang haid mengamalkannya, ia membantu mengeluarkan segala darah kotor yang berpenyakit dengan maksima. Badan rasa lebih segar dan bertenaga selepas period habis.

Amat digalakkan untuk dikonsumsi oleh wanita yang merancang untuk kehamilan. Tapi awas, bila dah hamil, jangan minum lagi kerana ia mungkin boleh menyebabkan keguguran! Paling tidak untuk 5 bulan pertama, elakkan. Selepas itu, amat digalakkan.

#resepidetoxalami
#sihatsecaraalami
😁

No comments: