0101
Tarikh ini sering menyedarkan saya bahawa ia bukan saja satu tarikh untuk satu permulaan, tapi boleh juga menjadi satu tarikh pengakhiran... 😔
Satu haribulan satu.
Ramai yang meraikan. Ramai yang memperbaharui azam. Ramai yang menjadikan ianya satu tarikh untuk memulakan sesuatu.
Tapi bagi saya, tarikh ini punya kisah tersendiri. Kisah airmata. Kisah sayang dan cinta yang penuh makna.
Tarikh ini ada cerita yang lara. Kisah perpisahan antara kami dan dia...
Perpisahan antara roh dan jasad. Lalu, saya lebih suka mengingatinya dengan cara saya sendiri. 😢😪
Ibarat perpisahan antara malam dan siang, tak akan ada pertemuan sehingga kita semua dibangkitkan.
Lalu, rindu itu akan terus begitu...
.....
Doa Buat Dia.
Buat ibu mertua yang amat ku sayangi, insan istimewa yang sudi menerima diri dan melayaniku bagai anak sendiri...
Terima kasih kerana mengisi kekosongan hati yang kerinduan kasih bonda setiap hari...
Terima kasih kerana menurunkan segala ilmu kehidupan yang amat bererti...
Terima kasih kerana tidak pernah mengungkit kekurangan diri...
Terima kasih kerana sudi berkongsi segala yang dimiliki...
Terima kasih kerana tidak pernah mengenepikan diri ini dari segenap segi...
Terima kasih kerana menceriakan hidup ini dengan usik tawa yang menghiasi taman hati...
Terima kasih kerana sentiasa setia mendengar luahan rasa sepi...
Terima kasih kerana tidak pernah letih memaafkan kesilapan diri ini, malah selalu mengajar untuk memperbaiki diri...
Buat insan yang terlalu bermakna dalam hidup ini...
Che Esah binti Aminah @ Che Esah Binti Che Mamat
Terima kasih atas segalanya...
Halalkan kasih sayang dan ilmu yang pernah diberi kepada menantumu ini...
Dan maafkan Su andai ada ketidaksempurnaan sepanjang tempoh diri ini menjadi ahli keluarga Ma...
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim....
Tempatkan dia di kalangan hambaMu yang Kau redhai...
Tempatkan dia di kalangan mereka yang Kau kasihi...
Tempatkan dia di kalangan mereka yang Kau lindungi...
Tempatkan dia di syurgaMu yang paling indah sekali...
Lapangkanlah ruang kuburnya agar dia selesa di alam sana...
Permudahkanlah hisabnya agar dia segera ditemani bidadara syurga...
Andai ada kekurangan dalam ibadatnya, Kau terimalah ia dalam keadaan sempurna Ya Allah...
Andai ada keaibannya yang hanya Kau ketahui, sembunyikan ia Ya Allah...
Andai ada dosa-dosanya yang belum Kau hapuskan, ampuni dia Ya Allah...
Andai ada silap dan salah yang belum sempat dipohon kemaafan, lembutkan hati mereka untuk memaafkannya Ya Allah...
Andai ada doa-doanya yang belum dimakbulkan, Kau sampaikanlah hajatnya Ya Allah...
Ya Allah Ya Rahman Ya Waduud...
Tuhan yang Maha Melimpah Kasih Sayang, Yang Maha Menguasai Cinta...
Terima kasih kerana mengizinkan aku menikmati kasihMu melalui dia yang bergelar ibu mertua...
Mohon padaMu Ya Waliyy, peliharalah dia, lindungi dia, kasihi dia, anugerahi dia dengan segala kebaikan dan kelebihan sebagai hambaMu penghuni syurga...
Ya Allah...
Temukan kami dan kumpulkan kami di Syurga Firdausi...
Tuhan...
Kabulkanlah doaku ini...
....
Airmataku melimpah lagi untuk ke sekian kali.... ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment